Monday, 12 December 2011
A step towards happiness
Kuss semangat. Balik sahaja dari KARNIVAL PEMILIHAN ATLET BADMINTON TERENGGANU, aku dikejutkan dengan berita itu. Macam mana kakak aku ni boleh setuju nak kahwin dengan orang tu? Selama ni bermati-matian dia menolak (Tak adalah dia 100 peratus tak mahu pada lelaki itu. Ada beberapa perkara yang dia tak berkenan, tu je.)
AKu menguis-nguis nasi di dalam pinggan. Dalam kepala ni, berkecamuk pelbagai soalan. emo betul. ish! Apakah kakak aku takut tak ada orang lain mahu padanya? Kenapa dia nak terima pulak? Kenapa?
"Baik terima orang yang sayang kita lebih, Kak Long." jawab kakak aku. Aku senyap.
Kakak aku ini bukan orang yang memandang rupa, jauh sekali harta lelaki, hatta pangkat. Tidak ada dalam kamusnya semua itu. Dia tidak demanding. Dia tidak berpendidikan tinggi. Tapi akhlaknya, tinggi. Hatinya tulus. Tak lokek dengan ibu. Dia tak pernah membantah cakap ibu. Bukan seperti aku (yang kuat juga memberontak). Dia berkawan dengan semua orang, peramah. Tak pernah menilai seseorang berdasarkan fizikal dan taraf sosial. Dia cukup baik sebagai seorang manusia.
Kerana itu aku mahu dia mendapat yang lebih baik. Orang yang mampu membahagiakannya. Rupa-rupanya, lelaki yang menunggunya selama 6 tahun itu juga yang berjaya. Aku juga perlu menerima. InsyaAllah. Moga-moga ini yang terbaik.
******
Mula-mula pihak lelaki mahu datang merisik. Alih-alih, 5 hari sebelum, mahu terus bertunang. dan ibu panik. Hantaran! Macam mana nak siapkan hantaran??
Tapi, aku ni, banyak mulut. Selalu nak mempersoalkan adat. Ibu penat menguruskan. Beli itu,beli ini. i don't like seeing her all tired, coz then.. she'll be grumpy and easily irritated. kehhh, sounds familiar (><')
Aku jadi kasihan padanya, lantas bertanya, "Kenapa kena buat majlis pertunangan? Tak boleh ke pihak lelaki datang hantar cincin aje? Emm, tak buat hantaran tak boleh ke? Wajib ke? Dosa ke kalau tak ada balasan pihak perempuan? Kenapa perempuan kena bagi lebih? Buat je la sama, 5 balas 5."!!!!!!
seb baik tak kena 'PANG' dengan ibu. huhuhu. tidak, aku tak naik suara. aku tanya slow-slow. Tapi aku tak adalah membantah atau boikot. Aku cuma berusaha beri cadangan, atau jalan keluar supaya parents, family tak rasa terbeban nak menyiapkan ADAT Melayu itu. Malahan aku juga seronok mahu meraikan.
Maka persiapan menjelang majlis pertunangan pun bermula. Sabtu lepas, rumah warisan ini terhias cantik. Al-maklum, sudah lama rumah pusaka ini tidak meraikan sesuatu seperti ini. Maka, mak cik-makcik dan pakcik-pakcik terdekat sibuk membantu. Alhamdulillah. masing-masing menyumbangkan sesuatu bagi memastikan kelancaran majlis. Sekali aku tengok, dah macam nak buat majlis nikah pulak. Dengan karpet-karpet, langsir pinjam. Cantik sangat.
******
Ohya! Malam itu ada gerhana bulan. Maka, majlis mula dalam pukul 9.30 malam, supaya semua orang berpeluang solat sunat gerhana.
Rombongan lelaki tiba dengan 5 buah kereta. maka, penuhlah satu rumah. Terang-benderang macam nak raya. (Terjengket-jengket juga aku mencari si lelaki, tapi, cik adik oi, biasanya si lelaki tak akan datang majlis bertunang. nanti orang kata gatal. huhuhu. i dunno why, but i'm in love with this kind of adat. HALUS caranya.heheh.)
Dulang-dulang hantaran disusun sebelah-menyebelah. Masa inilah kedua belah pihak memperkenalkan ahli keluarga. Jurugambar-jurugambar pun mulalah beroperasi. Bunyi-bunyi lensa *snap* *snaP* serancak dialog jurucakap keluarga masing-masing. Doa selamat pun bergema. Dalam majlis ini jugalah mereka berbincang mengenai :
i) tarikh pernikahan
ii) jumlah hantaran
iii) sebarang kemusykilan lain (which tak ada pun :>)
Biasanya selepas perbincangan, dan kedua belah pihak bersetuju, maka adat menyarung cincin tunang dilaksanakan. (Emak si lelaki yang akan menyarungkan cincin tunang ke jari manis tangan kanan si perempuan, okay! Jangan memandai si lelaki nak pergi sarung cincin tuh sendiri. Kerat tangan baru tau!)
Tapi, majlis ni tak jadi macam biasa. Sebab bapak aku belum balik dari solat sunat gerhana. Orang lain pergi masjid lain dah lama balik. Tapi masjid kat kampung aku ni, mula lambat sikit. jadi, bagi menghormati bapak, semua tetamu dijemput makan terlebih dahulu.
(Of course Kak Wa aku mahu makan sama-sama. Perutnya dah meragam. itulah, orang suruh makan awal tadi, tak mahu. Kenyang la, hape la.) dengan rasa berat hati, terpaksa kami tak bagi dia keluar bilik untuk makan. Mana boleh. Anak dara ni tak boleh 'reveal' dulu. Tak saspens.
Tepat pukul 10 malam, semua orang kembali ke posisi masing-masing. Bapak pun dah balik. Tersengih dia. Apalagi, anak dara disuruh keluar, terus ke ruang tamu yang dah ada langsir bergantungan. Nganga semua orang. Kakak aku lawa tau. Sekali dia pakai baju cantik, semua orang tak lepas pandang. Kak Wa bersimpuh di atas kusyen bersarung kain berwarna krim. Ibu baru siap jahit semalam. hahahha. *klik* Klik* KLiK*!!!
Tetamu meminta diri. Sudah 10.30 malam. Selesai. Alhamdulillah!
(semua orang bergegas ambil pinggan, ceduk nasi panas, gulai daging, ayam masak merah, sambal belacan, ikan kering... PERGHHHH!melantak!)
****
Aku bukan membantah adat. Adat Melayu terkenal dengan kehalusan dan maksud tersirat. Aku suka. Cumanya, bilamana adat menjadi satu bebanan ke atas pelaksana, maka di situ aku berani mempersoalkan. 'Nanti apa orang kata?'- itulah baris ayat yang paling menakutkan masyarakat Melayu. kalau kita tahu kita tidak melanggar syariat Islam, dan berada di pihak yang benar, kenapa perlu takut pada kata-kata orang?
Sejauh mana yang aku faham, ISLAM lebih tinggi dan mulia dari mana-mana adat. ISLAM yang tidak membebankan dan mampu dilaksankan oleh semua golongan. Mari kita berusaha agar syariat lebih mudah untuk dilaksanakan.
*makan sirih itu memudahkan urusan jodoh, betul ke? pikir sendiri! Hewhewhewhew (>,<)
fakta auta
err... Aku pandang sekilas ke arahnya. Dari tadi tak habis-habis cerita pasal orang. Apa motif? Habis sahaja air di dalam gelas, aku terus berdiri, mahu menuju ke dapur. "Sudahlah. Apa cerita pasal orang?" aku senyum padanya.
Terjegil matanya. Ah, bukan aku tak biasa dengan jegilan tak puas hati itu. Ujarnya, "Orang bagitahu fakta. Bukan nak mengumpat.
Aku tersengih. "Iya. Betul. Bukan ke mengumpat tu maksudnya menceritakan fakta tentang orang? Kalau tak fakta, AUTA (tipu dalam loghat Terengganu). Jadi fitnah pulak."
Segera aku tinggalkan orang-orang tua itu terpingga-pingga. Apa yang dicakapkan kembali kepadaku pun aku tak dengar. Jarak ruang tamu ke dapur agak besar. Sampai di dapur, aku menghembus nafas lega. LEGA! Berjaya lari dari menadah telinga ini. Iya. AKu sudah banyak kali buat begini. Melarikan diri. Adik aku juga pun pernah menegur, katanya aku kurang ajar. Orang berasa hati dengan sikap aku yang suka 'angkat kaki' ini.
Tapi, apa aku boleh buat? Hati aku merusuh. Aku tak mahu menadah telinga mendengar umpatan orang. Sudah ditegur jangan mengumpat, aku juga yang dipersalahkan. Salahkah aku bilamana aku melarang membuka aib orang lain? AKu juga yang jadi ALIEN. Tak apalah. Tak mampu mengubah dengan lidah, baik aku arahkan tubuh aku berubah tempat. Heheh.
Kembali aku menapak melintasi ruang tamu. Mahu ke bilik. Aku tahu dia makan hati dengan sikapku. Jadi, aku pun bertanya padanya, "Tak tahulah. Dulu orang belajar, mengumpat tu menceritakan hal orang. Samaada baik atau buruk. Ke, orang salah dengar?"
"Em. Betullah. Orang tak kata salah." itu jawapan darinya.
Settled. Masuk bilik. Kunci pintu. FUUHHH.
'Oh, hati. Kau kena kuat. At least, kau kena tolong aku menidakkan kemungkaran. Kau jangan goyah, beb!'
mencari
Assalamualaikum wbt.
Cuti dah hampir sampai ke penghujung. Dalam cuti ini jugalah ramai kawan-kawan yang melangsungkan ikatan pernikahan. Barakallahu feekum. Mohon maaf sebab tak dapat hadir (><).
Dalam umur yang sebegini, soalan-soalan yang biasa singgah adalah:
"Tak ada boyfriend?"
"Kak Long dah ada orang belum?"
"Ada berkenan pada siapa-siapa?"
"Bila nak nikah nih?"
Dulu, saya akan jawab, "ish, mana ada".
Sekarang, jawapan standard adalah, "Sampai jodoh, one day, insyaAllah."
Semenjak saya faham bahawa kata-kata anak Adam adalah satu doa, maka, (of course) saya mahu jadikan kata-kata saya satu doa. Apatah lagi, soalan-soalan seperti di atas bukan sekali dua perlu dijawab; boleh dikatakan hampir semua saudara saya bertanyakan hal yang serupa. Maka, jawapan berbentuk doa menjadi pilihan saya. Amin. (^^)
Sebenarnya, sebagai insan biasa, saya tak lari daripada dibelenggu dengan kerisauan terhadap persoalan jodoh (@_@'). Suatu hari, De (ini panggilan untuk mak uda saya) berpesan kepada saya supaya amalkan ayat ni:
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan berpasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
Tuesday, 11 October 2011
dinner with the critique
I'm happy. Alhamdulillah.
I cooked dinner. n the head judge ate them till her plate clean. Mom ate the food that I cooked! Masya Allah! I'm happy... felt a little proud, satisfied with sense of relief when she did just that.
(^^)/ yEA!!
Friday, 10 June 2011
a flight Booked
Saya sudah berada dalam senarai penumpang sebuah penerbangan. HoOray?
hahahha. musti nak tau pergi mana, kan?
okay. okay. It's no fun to just TELL where i'm going to, right? SO, here are the clueS!
1. It's a free ticket (^^)! Yiippie! Time ni musti ada yang dah meluap-luap rasa nak tahu cemana boleh dapat tiket flight free. hehhe.
2. The problem is, i dunno bout the time and date. NOpe, the flight agency won't give me a call. Sigh! Should get prepared coz it could be... any time from now.
3. Kalau di Malaysia, kita asyik komplen pasal bas lewat, flight lewat etc... But dear friends, this won't happen with this flight. TRUST me on this one. They are so punctual, even to the seconds!
4. Extra baggage is not allowed i think... but maximum weight, is up to The Owner of the flight agency. So, yeah, need to keep a close contact :)
5. AH! need to wear an attire ... from plain white cloth.
6. Pasport ready. must be stamped with these letters: I. S. L. A. M. WOw! imagine how many countries i could travel to with only these letters.
7. Visa? Dude, it's FOrEva!
8. Did i tell you dat it's a one-way ticket?
9. I just hope dat i could get through the immigression officers; i only know their names--> Munkar n Nakir. D'you know 'em? Heard that they are very strict, and fierce (T.T)
10. oh! Our transit is at Al-Barzakh.
11. Sorry. should have told you the flight name earlier: It's AL-JENAZAH.
i think you've got it... my destination: it's THE HEREAFTER...
ah! NOw I remember! Your name is on the list too. but i dunno exactly when your turn is.
so.... HoOray?
Thursday, 9 June 2011
tolong berhenti
Hari itu, aku terlalu hiba. Sedih.
Dia antara pelajar-pelajar di situ.
Belum pandai membaca.
Cuma mengenal huruf.
Kalau menjawab soalan lisan, ekor matanya mengerling pada kawan-kawan sekeliling; rayuan bisu untuk jawapan.
Kalau disuruh berfikir, dia jadi mengantuk. Mindanya tak mampu dipaksa berfikir.
Hari itu, namanya dipanggil.
Dia antara mereka yang meroSakkan diri dengan sebatang racun bernama r.o.k.o.k.
aku jadi sebak.
aku benci racun itu.
dan aku sayang pada pelajar itu.
Orang yang aku sayang merosaKkan diri dengan benda yang aku paLing benci.
Dan mindaku melayang pada ibunya. Dadaku jadi sempit membayangkan reaksi ibunya, andai wanita itu tahu apa yang anaknya lakukan.
Tolong berhenti. Titik.
Wednesday, 26 January 2011
Nabi Yunus as- kisah pemuda
Tengah seronok-seronok makan malam (dalam 7.30malam), tiba-tiba mata menyorot pada kaca tv. Elok pula masanya, TV Al-Hijrah menyiarkan sebuah dokumentari 3D kisah Nabi Yunus as. Oh, terus terpaku di tempat duduk. 'Menarik ni', kata hati saya yang selalu teruja mendengar kisah-kisah nabi.
Tapi, ini bukan kisah untuk sekadar menambah pengetahuan am. Dokumentari dalam bahasa Arab ini sarat dengan teguran dan pengajaran. Ia peringatan bagi yang lalai. Peringatan dari Allah yang tiba bagi aku yang lalai.
Ini kisah seorang pemuda pilihan Allah. Pemuda. Kisah Nabi Yunus adalah kisah motivasi untuk mereka, terutama pemuda, yang belum berani melakukan perubahan yang haq.
Kisah seorang pemuda yang mahu lari dari kegelapan dan kezaliman di kampung halamannya.
Kisah seorang pemuda yang takut dengan cabaran yang akan melandanya.
...juga takut dengan tanggungjawab yang Allah berikan padanya.
Dia cuba mencari sinar baru di tanah seberang. Kata orang, sentiasa ada harapan baru di tanah di hujung laut. Lantas, dia menumpang sebuah kapal penuh muatan.
Amalan khurafat yang berleluasa menyebabkan Nabi Yunus teraniaya dan dizalimi. Seluruh isi kapal percaya bahawa tuhan laut dan tuhan angin sedang murka. Maka, korban perlu dipersembahkan. Lantas, undian dilaksanakan. Allah mentakdirkan Nabi Yunus menjadi pilihan; pemuda itu dicampakkan ke dalam geloran lautan.
Sekali lagi, dia ditelan kegelapan. Ironi. Pemuda itu mahu lari dari kegelapan yang menghantui kampung halamannya. Tetapi, atas kuasa Allah, dia kembali ditelan kegelapan. Berseorangan. Tiada jalan lagi untuk lari. Dia bermuhasabah, di dalam perut ikan nun.
Di situ dia sedar; cabaran yang sama mengejarnya saat dia cuba melarikan diri. Cabaran yang sama berulang apabila dia gagal mengharungi gelora yang pertama. Seolah-olah gagal peperiksaan, dan perlu mengharungi peperiksaan ulangan. Allah mendidik hamba-Nya untuk muhasabah dan memperbaiki diri supaya semuanya lulus dalam ujian.
Dan Nabi yunus tahu akan tanggungjawab yang harus dipikulnya. Dia adalah agen perubahan. Dia bertanggungjawab membawa umatnya keluar dari kebatilan ke arah kebenaran hakiki.
Dia perlu bergerak menanamkan kesedaran kepada umatnya.
Dia perlu bergerak melawan kezaliman yang bermaharaja.
Dia perlu bergerak memberikan harapan dan sinar baru pada rakyat buminya yang meringkuk di zaman kegelapan.
Dia perlu teguh pada pendirian; kepercayaan berasaskan akidah yang sejahtera.
dan Allah menceritakan pada kita mengenai Nabi Ibrahim as. Pemuda yang begitu berani menentang kepercayaan karut masyarakat di sekelilingnya. Pemuda yang bijak, tidak tunduk pada khurafat dan perkara syirik yang diamalkan orang-orang yang lebih tua darinya.
Pemuda yang mencari kebenaran.
Pemuda yang faham akan kehebatan Tuhan yang sebenar.
Dia ikhlas dalam ibadahnya, dan cinta-Nya luhur kepada Pemilik Nyawanya.
Nabi Ibrahim adalah agen perubahan untuk masyarakatnya.
...
mungkin sudah sampai masanya, orang muda, kita cari kebenaran tentang hakikat kehidupan. Muda bukan masa untuk melepaskan diri dari tanggungjawab. Ia adalah zaman kegemilangan; kerana itu al-Quran menceritakan kehebatan orang-orang muda.
sayang sekali kalau masa muda anda terbuang mengejar keseronokan yang fana.
Masa muda adalah masa untuk bergerak!
Ayuh! Kita jadi agen perubahan!
Friday, 10 September 2010
Syawal tahun ini
Assalamualaikum wbt.
Sekarang, bukan sahaja sesi mencantikkan rumah di kampung ni, ruang sesawang ini juga kena dibersihkan. huuhu
First of all, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah menerima amalan saya dan amalan kalian. Amin.
Hari raya bagi saya tahun ini, meriah! Tahun ini tahun berkumpul ahli keluarga Hajah Jarah, arwah Tok Wan saya. Kebiasaannya, dua tahun sekali, kami berkumpul beramai-ramai di Kampung Batu Burok ini. Seperti biasa, menjelang hari raya, tentu sahaja banyak persiapan yang perlu diuruskan. Dari mengemas rumah sehinggalah masak-memasak, semua orang sibuk dengan agenda masing-masing. Kebetulan saya mengambil giliran membasuh pinggan mangkuk sesi tengah malam. Well, actually, there's no such thing as 'ambil giliran', it's just common sense; understand things you should do to ease the burden of the others'.
I didn't realize how time flies; Saya cuma sedar malam sudah terlalu larut ketika terdengar bunyi dari bilik air (Wasn't a frightening experience, alhamdulillah... It was the sound of water gushing out from the pipe when one of my uncles went to the bathroom to take his wudhu')...
Oh! Ketika itulah saya melihat jam di dinding. Sudah pukul 4 pagi!
MasyaAllah!
Ramadhan sudah berlalu. Itu adalah pagi 1 Syawal. He woke up for qiam, di sepertiga malam yang terakhir. Tersentuh hati saya melihatnya bangun seawal itu... kebiasaan Ramadhan yang berterusan sehingga insyaAllah sampai akhir usia...
Kemudian, hampir pukul 5 pagi, seorang lagi pak cik saya bangkit dari tidur dan menegur saya yang masih belum habis mengemas dapur. "Tak tidur ke, kak long?" ujarnya. Saya cuma diam, tersenyum sahaja.
Mereka antara orang-orang yang bertuah kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk membiasakan diri bangun di sepertiga malam yang terakhir. Subhanallah. Namun, semua itu bukanlah kekuatan yang diberi percuma oleh Allah swt. Allah cuma akan memberikan nikmat itu kepada mereka yang mencari dan meminta kepada-Nya.
... emm.. saya jeles!
Tapi, tak ada maknanya jeles tu kalau tak ada usaha untuk meraih kekuatan itu!
*pang! rasa kena tampar dengan ayat sendiri*
Tuesday, 22 June 2010
Sports fever
I thought watching football can make my brothers and I have something in common to talk about. Unfortunately, it seems that we only have more things to argue about now compared to the time before the World Cup begins. I, as I have the knick for sports, couldn't stop myself from judging the game and be emotionally affected (well, girls.. emotional). My teenage brother began to sulk after Kaka was sent off the field in the match against Ivory Coast (emo jugak), which I didn't care much about. I don't support Brazil anyway, just because. (-.-') The little brother just tagging along, I think for the same reason: he just wanted to find something in common between him and the elder brother. However, since I'm the one who spends more time at home, thus making me appear to be indulged with the World Cup programme more, the little brother eventually spends more time with me compared to with the other brother. The funny things is, this little brother does not support any team in particular; instead, he just trying to be funny by supporting any team that plays against the teams I support. Geram; saja cari pasal.
Well, that was the scene with my family. We're not supporting our own country by the way; but we're arguing as if the teams represent our homeland, or feel that we're part of the teams. <(@.@)> fuyyoyo.
When losing, the referee and the players are always the targets for the fans to relinquish their anger. Fingers shot out to point who to be blamed for the lost. I find it very amusing whenever the umpire makes a call (not the telephone call, baby, no.) whenever foul-play was committed. The accused team and their supporters would throw insults to the umpire, and try to back up the player with any possible reason (which sometimes can be unreasonable). The umpire would appear as being biased towards them. Sometimes, the umpire can make a mistake. Let say, A did not commit a foul play against B; but the umpire said so, thus letting B to have a free-kick. However, would you find B explain to the referee that A did not do it? NO. The opponent team would be relieved with the call and will just continue the game. Here, the umpire appears to be 'very fair'.
Losing
Think. Just because we want to be parts of this World Cup (hey, it's only 'world' cup, not Akhirat cup *gulp*), we offer ourselves a hard time to become the fanatic supporters. We know it is supposed to be a fair game. But, the 'fair-play' is never fair to the losing team or when your favourite player is at fault, right? and the rules of the game can always be manipulated. What more, with the betting system going on all over the world, people will just do almost everything to make sure their bets give them benefits. And when the team lost, you lost your money. You lost your money, and become worried (isn't that money for your child's college fees?)...
I'd simply put the links like this:
team lost = lost money --> become worried --> become emotionally disturbed --> become easily agitated --> someone provokes, you lost your patience --> can't control yourself --> throw punches+insults and threaten... --> lost your dignity (nobility or elevation of character)... OUCH!
Within my limited knowledge (which is also a blessing from Allah The All-Knowing), this is what as far as I can see (Can you see the bigger picture?). Islam forbids any form of 'judi', which at the end there's always a losing side. Judi, rasuah, aurat.... menjadi perkara-perkara yang dipandang enteng. Even the muslims have not protect their tongues from insulting and hurting others; and the Malays are proud to show off their 'excellent competency' in English by shouting insolent words in that language.
Winning
Even winning is not always a favoured situation. Winning equals to showers of praises from the fans and worldly rewards from the sponsors etc. Be careful, my friends. It's not easy to protect our hearts from illness. Riak, ujub and takabbur are parts of the illness. We learnt that the only unforgiven sin is 'shirk'; and we learnt that there are two types of shirk- the major one and the minor/hidden one. Riak, ujub and takabbur are parts of the hidden shirk. Why?
1) Riak- it means showing off in the material world; often associated with expecting rewards (gifts/praises) from humans. Aren't we supposed to expect rewards only from Allah SWT?
2) Ujub- you feel amazed with your own self. Rasa 'ajaib' dengan diri sendir (make sense?) The fact is, Allah is The One who lent you the ability to play. He is The One who moved your limbs so that you can run etc. Supposedly, we should always direct all praises to Allah and be thankful to Him.
3) Takabbur- you feel that you're the best and no one can be compared to you. Takabbur ni, adalah perbuatan membesarkan diri sendiri, padahal Allah jualah Yang Maha Besar. Allahuakbar! What do you feel when you shout this? Just for fun? No. When you shout the takbir, make sure your heart and your whole body understand how Great Allah is. Allah Yang Maha Besar, He is above everything that He created; and you need Him to give you strength. Let that spirit runs in your every vein. Allahuakbar. Indah bukan?
Bukankah Islam itu syumul? Islam is a complete guide, in all aspects of our lives. Of course sports is part of it. It's a form of entertainment. But, how Islamic is the sports world now? And we muslims tend to follow suit whatever the others are doing. We tend to follow what the non-believers do though it transgresses what has been revealed in the Qur'an, just because they excel in this area, right? Shouldn't we believe that whatever Allah has commanded on us, suits our ability? Islam itu tinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam.
Just for extra info: here is a video on some of the international football players- and I'm proud to say they are muslims :)
May Allah protect us from associating Him with anything that we know and things we don't know.
May Allah make us among those who are committed to the Quran.
May Allah have mercy on us on the Day of Judgement.