Pages

Tuesday 28 October 2008

Ghuraba (Strangers)



'This is a video clip that shows "Ikhwanul Muslimeen" prisoners in Egypt during the time when Syed Qutb was in jail. In the video the prisoners are in a jail cell and have been sentenced to death. And one of the prisoner starts to recite a poetry known as "Ghurabaa"(Strangers). Subhanallah, it is not dificult to feel their pain.. May Allah (swt) give them jannatul firdaws... '

Seorang kawan saya bagitahu, orang-orang Ikhwanul Muslimin nih sentiasa berfikiran positif. Bagi mereka, kalau tak masuk penjara, diorang akan terus berdakwah menyebarkan Islam. Kalau masuk penjara pun, tak apa. Sebab, bagi brothers nih, masuk penjara bermakna diorang ada lebih masa untuk beribadat. Jadi, tak ada penyesalan bagi mereka. Yang penting, mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menegakkan syiar Islam...
*haih...tirah, setitis darah pun belum kau korbankan untuk Islam...*

Monday 20 October 2008

Red Riding Hood

watch this...tengok tau hehe

group kami :) fayadh, nadhirah n me!!

fayadh as Mr. Wolf

nadhirah as Grandma

me? hehehe mother's hand n the screen cleaner (^^,)v

well done, korang...salute abes ar...jadi je watak masing-masing...saye duk belakang tirai sakit perut gelak dgn budak2 lain hehehe

well, hari ni seronok...main dengan bayang-bayang...


Friday 17 October 2008

penat...tapi puas (^0^)v

hari nih saje mengekor nabilah n moon ke city centre. Diorang pegi buat National Insurance nyer number; saye? hehe saye pegi cari gerai yang jual nasi + kuah kari...mmmmm (pikir je pun dah terbau-bau kari dia tuh)... Semalam pun dah pegi beli, pakcik tuh dah kenal dah muke saye...tak tahan betul, macam dh addicted to curry (><) makan as a breakfast pulak tuh.

pastu jumpa Syaz n KaE kat Sportsworld...borong barang macam orang bagi free heheh...bila keluar dengan dua shopaholic nih (quote from Syaz n KaE), semua barang nampak macam cantik ; affordable (walaupun realitinya tak hehe). dalam kedai tuh, kitorang naik turun guna lif, barang banyak sangat, tak larat nak jalan sampai kat tempat escalator (tapi, lif dia nih, pening la, saye jadi unstable sekejap bila keluar dari lif, rasa macam lantai tuh bergoyang)...duduk kat kedai tu pun dah berapa jam, dari 11 kot sampai 2 lebih...pastu baru perasan, "Alamak! dah nak dekat pukul 3!"
Pukul 3ptg sampai 5ptg sepatutnye ada latihan badminton (memang ada pun, saye, moon n syaz la yang lambat...), maka berjalanlah kami dengan lajunya; nak lari tak mampu, penat...

Selama naik teksi balik ke kolej, saya banyak berdiam diri; sebab nak melawan rasa pening... Pak Cik teksi nih baiklah, dia bagi nama ubat untuk motion sickness (kene cari ASAP). sampai-sampai kolej, dah pukul 3 lebih. yang lain semua dah ada kat dalam dewan...sorry korang...dengan pening-pening kepalanye, saye main je la...(X.x) semput sungguh nak mengejar; tak larat main single...pukul bola sesuka hati je la...disebabkan saye n syaz n moon cume dapat main untuk 1 jam sahaja, kitorang tempah balik court pukul 6pm-7pm...main sampai penat, sampai pening hohoho...esok pun kitorang tempah :)(GIRLS, BADMINTON AT 3PM-5PM, SPORTS HALL 2)

itu la cerita hari ini secara ringkasnye... now, i need a space in my room (there's too many things on the floor, i could barely see the carpet hehe)...clean up, clean up! do laundry!

Tuesday 14 October 2008

perubahan

(it just a reminder for me n my friends...especially kaum Hawa nih...)
sejak ada kamera sendiri nih, saye seronok amik gambar sana, amik gambar sini... i tried to capture, if possible, every significant moment in my life, n others' of course...



setiap gambar tuh, pasti ada kenangan yang tak dapat dilupakan, mesti ada cerita di sebaliknya...kadang-kadang ada perubahan yang berlaku yang kita terlepas pandang; dan gambar2 yang kita ambil nih lambat-laun akan menolong kita mengenalpasti apa yang berlaku dalam hari-hari yang sudah lepas...(saye makin tembam, ye saye tau heheh)...
ada kawan-kawan kita yang berubah ke arah lebih baik, alhamdulillah (saya pun nak jugak masuk dalam golongan yang dah berhijrah nih, amin)...tapi, mungkin yang tak bernasib baik, berubah ke arah yang satu lagi...dua-dua kes pun kena ada orang membantu...ini peranan kawan (Ya Allah, ini peringatan untuk saya jugak)...
kes 1: katakan si A nih dh terdorong ke arah kurang baik, maka kawan si A nih, iaitu si B, kene tarik si A balik. B tak boleh asyik setuju dgn A dgn alasan menjaga hati A, tapi approach si B kene bijaksana...tak boleh terjah je... kepada si A pulak, janganlah asyik nak tolak si B pergi, jangan keraskan hati. Kebenaran tu perit, kan? si B bukan 100% baik, ye kita tahu, dia bukan maksum dan dia tidak sempurna...jadi, janganlah kelemahan si B menjadi alasan untuk A menolak ajakan B ke arah kebaikan...OK.
kes 2: (kite gune huruf lain..huhu) si Z nih dah sedar dia lalai selama nih dan mahu berubah menjadi insan yang lebih baik...orang macam nih yang perlukan sokongan daripada kawan2 dia. JANGAN LEMAHKAN SEMANGAT si Z...
"Rilek la..aku pun bukan baik sangat"
"Eleh, dulu ko tu lagi teruk daripada aku"
macam pernah dengar ke? emmm, sebenarnye, ade lagi komen yang lagi teruk , tapi saye pun tak mampu nak tulis huhu maafkan saye...
Y (kawan si Z) kalau tak mampu tolong secara terang-terangan, secara diam-diam pun boleh...Contohnye, macam gambar... Si Z nih suka amik gambar, n suka upload gambar...n banyak gambar Z yang dulu-dulu tak tutup aurat (contohnye)... Jadi, setelah dia berubah, dia pun segan la nak tayang kat umum gambar2 sedemikian. Tapi, masalahnye ade gambar si Z nih dalam page si Y (gambar tak tutup aurat). maka, Y kena amik perhatian pasal hal nih... sebagai kawan, Y pun kene tolong menjaga aurat dan maruah si Z (faham-faham, ye...) Mungkin Z segan nak bgtau Y supaya tak letak gambar dia tak tutup aurat, nak jaga hati Y...kan?
Manusia nih bukan sifatnya statik...ada perubahan yang perlu dilalui dalam proses mematangkan diri. Perubahan itu bukan sesuatu perkara yang mudah. Perlu ada satu kekuatan untuk berubah. Minta Allah jangan buatkan hati kita berbolak-balik.
"Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah telah menyebutkan "Kebahagiaan dalam bergaul dengan orang akn diraih jika engkau bergaul dengan mereka karena Allah, engkau mengharapkan ridha Allah dan tidak mengharapkan ridha mereka, engkau takut kepada Allah dan tidak takut kepada mereka, engkau berbuat baik kepada mereka karena mengharap pahala dari Allah dan tidak balasan dari mereka, engkau tidak menzhalimi mereka karena takut kepada Allah dan tidak takut kepada mereka. Sebagaimana disebutkan juga di dalam sebuah atsar, "Berharaplah pahala kepada Allah dalam urusan manusia, dan jangan berharap balasan kepada manusia dalam urusan Allah. Takutlah pada Allah dalam urusan manusia dan jangan takut kepada manusia dalam urusan Allah."

Monday 13 October 2008

Anis Fakhriah binti Dahman


dear Kak Cik,
sorry Kak Long takde kat sana time Kak Cik amik exam PMR nih... i wish you good luck, and i'll pray the best of you... Kawan-kawan Kak Long pun wish Kak Cik good luck...
Kak Cik dah usaha, kan? jadi, buat la yang terbaik... Allah tahu apa yang Kak Cik dah lalui... jangan takut, Allah ada...
ingat, ibu dan bapak sayang kita semua...

re: time management=zero

tak jadik masuk jiu jitsu... tak jadik masuk basketball...x mampu (><)...n mim-alif-lam-sin hehe

awak...

for the past few months, i've been avoiding someone... and i don't have any clue whether avoiding that person is a wise thing to do...

penat, ye memang penat main sorok-sorok macam nih...i'm trying to be invisible to that person; worse, i'm trying to make my own self believe that i don't exist whenever that person is nearby... worst, when i can't fully dissappear from that person's life...

masing-masing dengan ego masing-masing...tak mahu mengalah...at the end, masing-masing merana

mintak maaf bukan sesuatu yang mudah...apalagi kalau berhadapan dengan orang yang kurang menunjukkan emosi...i'm making a fool to myself when i believe that that person could feel relief if i bow down first...well, at first when i asked for forgiveness, i don't have any assumption of what that person's answer might be...but now, i have the conclusion, "JUST SHUT UP AND HOPE BOTH OF US HAVE AMNESIA"

sometimes, whenever i feel that the person is cooling down and letting things go, i would accidently read something from that person stating how miserable the world is because of me...i'm 100% worth to be blamed, according to that person..humph...

hamba Allah ini, ada satu tembok besar mengelilingi hati dia...sukar untuk dipecahkan...sukar untuk menjenguk hati dia nih...kalaulah dia baca apa yang saya tulis nih, senang saya nak bagitau...Dia tak buka hati dia pada orang lain, macam mana orang lain nak buka hati mereka pada dia? (readers, masalah kt sini, saye tak pandai menyusun ayat yang indah, yang terkesan, yang maksudnya sama seperti apa yang terbuku di dalam hati...kadang-kadang, things went worse whenever i tried to fix it verbally)...

Duhai hamba Allah,
saya ini manusia biasa, awak juga manusia biasa... masing-masing ada kelemahannya...
saya pohon maaf, tapi awak rasa maaf saya itu tak ikhlas..maka awak biarkan...
saya jauhkan diri dari awak supaya awak selesa tanpa gangguan saya, tapi awak rasa saya anggap awak macam barang yang perlu dibuang...
saya tak faham~~~

bukan senang seseorang nak mintak maaf tau...bukan senang (dalam kes ini) untuk saya menebalkan muka untuk minta maaf pada awak...bukan senang nak kuatkan hati supaya minta maaf pada orang...bukan senang nak susun ayat bila jantung berdegup laju...but ur expression?*eheh priceless...

apa yang perlu saya buat? open apologize? so that every one could witness it? spread emails? so that every one could read it? nanti awak kata saya tak sincere pulak, nak menunjuk-nunjuk saya baik pulak...what else can i do? kalau saya asyik mintak maaf, nanti awak rasa saya lagi tak sincere; keep on harrassing you days and nights for forgiveness...ape kes, kan? kalau saya buat sesuatu untuk awak, nnti awak kata saya nak bodek, nak ampu awak... kalau semua telahan saya ni tak benar, Alhamdulillah...

arghh...apa saya tulis nih...luahan perasaan? sorry, blog... just need a space to write 'em down...

all i know, i'm not a good friend...tak mampu tegur bila saya rasa dia buat something yang went against my belief of Islam...saya rasa pasal itu kot...ye...dia buat something yang saya tau salah, tapi saya jadi pak turut, saya butakan mata saya dan berpura-pura saya tak nampak dia buat...saya rasa, inilah jalan kami, jalan yang terpisah...dan saya dah tak mampu nak ikut jalan dia lagi...

saya cuma harap, dia nampak jalan yang saya lalui ini dan jumpa pintu masuknya...

Saturday 11 October 2008

to someone...

of two roads diverged in the wood,
i followed the path u choose
but along the way, i found it unbearable for me and hurt my feet,
what seemed beautiful to you did not make me feel so...

of two roads diverged in the wood,
i then took the one you didn't choose,
but i kept glancing at my back, wishing you will follow
wishing you could see what i saw at the end of my road
wishing you could understand the path i chose could fit us both...

of two roads diverged in the wood,
the sound of your footsteps are getting fainter and fainter,
seems the paths brought us apart of one another...
should they never cross each other's again
but we have no knowledge
of what lies ahead...

Friday 3 October 2008

anak cucu cicit Hajah Jarah dan Haji Ngah


ini belum cukup...belum masuk famili Pak Ngah n Nyah, famili Pak De n De, famili Pak Su n Cu...

Wednesday 1 October 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Alhamdulillah, Allah panjangkan usia saya untuk merasai lagi kedatangan Syawal. Semalam, hari pertama beraya jauh dari keluarga. Kempunan makan itulah, inilah, macam-macamlah..hehe... Nak raya sangat pun tak boleh, ade kelas sampai petang...huhu...

Tapi, dalam senggang masa yang ada, ada insan yang baik hati, jemput saya menjamah makanan Hari Raya...emmm...sangat sedap, sangat nostalgik...nama pun ala kadar heheh...thanks korang!

Hari nih dah raya ke-dua dkt UK...tapi Malaysia baru yang pertama...Walau apa pun, i have had a very good time today...

1) lunch di umah 38...(makan dgn gumbira)
dah x ingat apa nama juadah hari nih...tapi ade kuih raye sekali..hehe...

2)dinner di umah 35... (korang, nasi minyak tuh sangat addictive, okay... x bley stop makan ishk)...
sekali tuan rumah perasan pulak saye n housemate x balik-balik lagi...hehe dah la datang awal sekali...balik pulak lambat sekali heheh...sambung makan lagi pas semua orang balik :P banyak gelak tau...cikgu saye pernah pesan, gelak kuat-kuat naik 5kg...(huhu now i know kenapa berat badan lepas makan naik dgn mendadak kehkehkeh hehe)

3) dpt gambar raya dari Malaysia...dapat tengok hampir semua ahli keluarga :)
sebenarnye, saya tak rasa sedih pun beraya jauh dari famili...sebab kawan-kawan ada, plus, the technology is so advanced nowadays that you don't really feel the distance between u n ur family (in this case, me n my family)...

Tapi, bila sepupu saya uploadkan gambar2 raya di Terengganu kpd saya (saya yang mintak sebenarnye in the first place huhu), tiba-tiba saya jadi sayu...rasa sayu sangat tengok wajah ibu saya...rasa sayu tengok gambar keluarga kami yang tak lengkap tahun ini..rasa sayu tengok kak cik seorang sedangkan orang lain dengan kakak masing-masing...



Rasa terkilan sebab tak dapat berkumpul sama-sama...tahun ini, macam yang saya katakan dalam entry yang lepas, semua orang balik ke Terengganu...semua 68orang...

bila tengok gambar-gambar diorang nih, memang rasa nak balik beraya di Terengganu jugak...tak tahu bila lagi boleh buat kumpul ramai2 macam nih...paling cepat pun, 2 tahun lagi...
Maka hati, bersabarlah...sob sob (jap, duit raye diorang simpan ke tak huhu)