Pages

Tuesday 1 December 2009

rezeki

Alhamdulillah. Rezeki Allah tu ada di mana-mana. Rezeki ...

Ada orang tolong hantarkan aku balik rumah. Alhamdulillah.

Thursday 12 November 2009

half-a-day escapism

I think, the consequences for such action would be:
1. Budak-budak tak boleh tutup mulut sebab rahang dah longgar
2. Pengetua/Guru Besar panggil sebab perkara tu telah menyebabkan gangguan pada budak-budak kelas lain
3. Budak-budak dah tak berani nak ketawa sebab takut kena denda 'ketawa tak berhenti di kaki lima sampai cikgu suruh berhenti'
4. Mak bapak budak-budak datang untuk cari punca anak masing-masing kena denda. Diskusi. Heheh.

I'll report the 'end result' next year, ok? heheh
For the time being, I'm still 'berhempas-pulas' dengan dissertation.

Sunday 8 November 2009

key to jannah 1




Oh! I've found this video on Youtube, and I think it's worth sharing. Sharing is caring hehe.




OH, and check out this link! It's a lecture by brother Nouman Ali Khan that focuses on 'Being the best to our parents'. If you have time, do spend your time listening to his lecture/speech.

When you're with your parents, throw away your ego and be patient with them. They've gone through a lot of trouble just to raise you up and feed you well. Pernah terfikir tak, mak bapak mungkin sampai sanggup berhutang untuk memenuhi keperluan seharian anak-anak? Pernah terfikir tak yang mak bapak sanggup mengikat perut supaya anak-anak dapat makan setiap hari? Kadang-kadang, kita terlupa nak lihat kebaikan mereka sampailah mereka dah tak ada... naudzubillah...

Oh, dear.

Kita selalu lupa untuk bersyukur, kan?

Sunday 1 November 2009

for cik Awatif

kena kejar anjing adalah satu perkara yang menakutkan, itu saya akui.
Maka, sebagai langkah KESELAMATAN, marilah kita melakukan senaman-senaman yang dapat membina STAMINA.

bak kata cik Awatif, 'do it in small scale, and gradually increase the quantity'.
yang penting katanya, 'istiqamah'.

mari kita bina badan yang cergas.
badan cergas, otak cerdas.

nanti kalau nak kena hantar gi perang pun, tak jadi masalah. huhu.

fikir sekejap

Adakah anda:

1)muslim?
2) malas?
3) tak minat membaca?
4) tak mahu buat planning (perancangan), untuk jangka pendek mahupun jangka panjang?

kalau anda ada semua kriteria di atas, TAHNIAH! Anda adalah di antara orang-orang yang berpotensi untuk menjatuhkan Islam.

*end of post*

Friday 30 October 2009

KU BERLARI

Monday 19 October 2009

mujahadah




Saturday 10 October 2009

dissy distraction

Jangan 'distracted' lama-lama. nanti hilang 'points' penting dalam kepala.


Friday 11 September 2009

september ini.

Dah 3 hari saya demam dan selsema (pray it's not H1N1). The weather here is not helping me much; it's not rained for the past few days and it's getting hotter day by day. Plus, makcik depan rumah asyik bakar sampah...hari-hari bakar sampah. ishk. Pencemaran terbuka sungguh.

Saya tak keluar-keluar dari rumah semenjak Sabtu lepas. Kuarantin diri sendiri heheh. Nak buat cemana, tahap kesihatan saya tak mengizinkan saya merayau-rayau. Asyik-asyik suruh adik-adik saya belikan fresh milk lah, panadol soluble lah...haish... (fresh milk sebab saya gastrik n panadol tu untuk selsema nih...srroooott).

heheh. kita beralih ke cerita lain pulak.

Sincerely, saya rindu pada orang-orang Plymouth. Saya rindu pada 'taman-taman syurga' yang kita bina bersama. I mean, di sini belum berpeluang untuk duduk-duduk dengan sesiapa dan berkongsi ilmu tentang hakikat kehidupan. Siapalah saya ini di mata mereka; cuma seorang orang muda yang baru pulang dari UK dan tak layak berkata-kata tentang Islam dan Iman.

Tak apalah. Saya cuma perlu tunjukkan qudwah yang baik. Namun, untuk istiqamah adalah satu perkara yang sukar. Cuma Allah yang mampu bagi kekuatan itu pada saya. doakan.

Tuesday 25 August 2009

konfius

Dulu selalu keliru antara perkara yang membatalkan wudhuk dan perkara yang membatalkan puasa. Ustazah saya pernah pesan, kalau nak ingat, senang je. Biasanya wudhuk akan batal jalau ada jisim (gas, pepejal atau cecair) keluar dari badan. Puasa batal bila masuk sesuatu ke dalam tubuh badan. Heheh. So, kentut tak membatalkan puasa. Jangan tahan kentut pulak lepas nih (macam dua orang sahabat saya hehehe).

Puasa


Bulan puasa nih, berjimat-jimatlah, dan sama-sama la berkongsi rezeki yang ada. Sharing is caring! (^0^)/

syukur

tabung


Susah nak bayangkan pahala tu macam mana, kan? OK. Bayangkan pahala tu macam duit. Duit tentu korang sayang, kan? Saya pun sayang duit. Maka, kalau korang sayangkan pahala macam korang sayangkan duit, jagalah pahala kebajikan korang tu elok-elok. Maknanya, janganlah kurangkan duit tabung tu dengan buat perkara-perkara yang mungkar iaitu perkara-perkara yan menjauhkan diri kita dari Allah. Banyakkan buat perkara makruf iaitu perkara-perkara yang mendekatkan diri kita pada Allah. InsyaAllah. Ada usaha, ada hasil (ayark! ayat ni memang buat saya rasa macam kena pelempang T.T) OKies! Selamat berpuasa! Ramadhan Mubarak!

Thursday 6 August 2009

second chance



Alangkah beruntungnya orang-orang yang apabila mahu melakukan perkara-perkara mungkar, ingatannya terus menghala pada Allah SWT.

Grab the chance. Taubat. You won't know whether you'll be that lucky next time...

Tuesday 4 August 2009

nafsu

Sunday 2 August 2009

she's here


Sabrina Mahmood's here! Memang pandai Yan simpan rahsia. I screamed until my voice went hoarse!! ishk...heheh

Saturday 1 August 2009

senses


cuba list perkara yang korang buat hari ni....pastu, cuba tanda yang mana korang buat yang niatnya kerana Allah...

I've done it...dan malu nak tayang list tu pada orang lain...ishk~~

Tuesday 28 July 2009

nampak


sering lupa pada hakikat ada yang Maha Melihat, kan?

Monday 27 July 2009

email


Ada email system macam tak ada, kan? Saya le antara orang-orang yang masih nak duduk kat zaman buta IT tuh. Susah woo, nak buka email orang lain (macam la susah sangat nak bukak email, one click away je pun padahal). Adakah korang, expect other people to read what you've sent through emails but refuse to read from others? Susah betul la... A thought lingered in my head; Adakah aku rasa aku lah manusia paling penting dalam dunia ni, dan cuma apa yang aku sampaikan aje yang mendapat status penting dalam hidup semua orang? Apa yang orang lain sampaikan, tak layak mendapat masa aku untuk dibaca atau didengar.

Selfish kot...

Sunday 26 July 2009

Syarat wajib solat

ko pun same...


Dalam kita menegur orang, kita lupa untuk menggunakan 'a humble approach'. Jadinya, kita rasa diri kita 'best' dan tak ada kekurangan.

Teringat pada kata-kata seorang sahabat dekat, katanya, "Mana-mana ayat al-Quran yang kita rasa kita suka, kita ambil. Yang mana yang kita rasa berat nak laksanakan, kita tinggalkan. Macam, main-main dengan hukum Allah."

Oh! Barulah saya faham kenapa sahabat-sahabat sangat dipandang tinggi. Bayangkan, nak derhaka pada mak bapak pun, sahabat tak berani sebab takut pada perintah Allah. ishk... apa nak jadi dengan kau nih, Tirah?

Saturday 25 July 2009

Peringatan dari manusia

Nota: Tasnim = mata air yang diminum oleh mereka yang dekat (kepada Allah)

thoughts

Makan untuk ....

Jangan bersangka

Friday 24 July 2009

(@.@)

tengah gian melukis...ada pensel, 0.5 pen, rollerball pen dan marker= semua jalan.... (^^)
(p/s: cerita ini rekaan semata-mata. Tapi ibu saya betul-betul boleh merapu sampai tahap cenggitu. Abqari lagi la, memang kaki mengusik...)

Tuesday 21 July 2009

(^^)



i think this is one of the funniest scene i've experienced in my life. My little brother copied a very funny scene from Majalah Ujang and experimented it on the other brother.
Kelakar memang kelakar, tapi, rasanya saya sendiri pun boleh gugur jantung kalau dikejutkan adik dengan cara sedemikian....(T.T) Amal belum cukup nak dibawa ke Mahkamah Agung nanti ~~

Monday 13 July 2009

lihat alam

Semalam (hari Ahad), saya berpeluang melawat Eden Project di Cornwall. The admission fee is GBP8 for students, but believe me, it's reasonable. For those who hasn't seen it, Eden Project is actually a 'global garden' where they reserve plants from humid tropical regions to Mediterranean-type climates. Let's take a look on what we've experienced there :)


(overview of Eden Project)

The first stop was at the Rainforest Biome. Ye, rindu Malaysia la katakan, tengok hutan ala Malaysia pun jadilah... pengubat rindu T.T


Nah, air terjun. Aduh, dah lama tak tengok dan berkelah di kawasan air terjun.

Ada hutan buluh. It provides shade from the hot burning sun. Sangat menyamankan; nature's original air-conditioning system huhu. Sincerely, I didn't want to step outside of it coz it was a hot sunny day. Tapi, risau la pulak... bukan ke akan gatal-gatal badan kalau kena pokok buluh??



And then, we moved to the Mediterranean Biome. Izyan and I were so attached to the blooming flowers that we felt like spending the rest of the day there, admiring them. I'll upload the pictures in my Flickr account soon (^^)>``.

**********************************
It's a wonderful experience. But, let's relate it to reality. Think about the global warming and drastic climate changing. How long do you think, mother earth could stand the pollution? Hey, manusia bukankah kena uruskan dunia nih sebaiknya? Bukankah tumbuhan-tumbuhan tu juga makhluk? Entah-entah, pada masa hadapan, tumbuh-tumbuhan cuma dapat hidup dalam kawasan yang terbina sebegini. But, trust me. Man-made wouldn't be the same like Allah's. Feel dia tak ada.

Baru-baru ini, saya berbual dengan seorang kawan tentang pengurusan sampah tempat saya bekerja. Saya kata, "Membazir betul. Setiap kali nak kemaskan bilik lain, kena tukar gloves and apron. Banyak betul sampah dalam satu hari."

Kawan saya kata, "Tapi, diorang RECYCLE. See, sistem diorang saling melengkapi. Terurus. Sebab tu, mungkin bagi orang-orang kat sini, benda tu tak nampak membazir. Bagi kita, ye la. tengok kat Malaysia. Makin banyak bahan dipakai, makin berlonggok sampah dekat tempat pembuangan sampah."

Oh. Betul juga. Hmm, tak payah tengok jauh. Saya sendiri tak recycle barang. Ada je tong-tong tersedia untuk plastic, paper and tin di depan rumah. Tapi, susahnya nak ubah mindset untuk buang benda alah tu ke dalam tong yang berkenaan. Pagi tadi, terdengar dari luar rumah, pak cik yang kutip bahan-bahan recycle mengeluh, "I hate it when they don't put the things into the plastic bags. They don't even care to use it."

Err...saya kaku dalam bilik; mute kan laptop- konon-konon tak ada orang dalam rumah. Malu sendiri. Ok, ok. Pas ni, kena buang sampah elok-elok. Mana yang boleh kita kitar semula, kita asingkan. Huhu.

Teringat pada Egypt; bak kata orang sana, sangat memalukan kalau buang sampah ke dalam tong sampah. Oh!! tak boleh terima T.T

Friday 10 July 2009

closer than veins

closer than the veins...

closer than the veins...

what would be closer than that?

how close is that?

i can't even imagine,

but i can feel it...

Satu hari yang berlalu


Entah apa yang saya buat hari ini; sedar-sedar siang sudah bersisa dan malam makin menyeliputi bumi. Harap-harapnya, tidak ada perbuatan yang menjadi penghalang amalan saya diangkat ke langit T.T

Wednesday 8 July 2009

dalam bilik

There's a world where
I can go and
tell my secrets to;
in my room
in my room

Bilik. Tak kira lah bilik macam mana sekali pun, asalkan suatu ruang tertutup. Siapa nak jadi roomate kalau hari-hari kuat mengadu? Siapa nak jadi roomate kalau hari-hari sedih? Siapa roomate yang paling tahan dengan perangai buruk kita? Siapa yang akan menjadi pendengar setia dan pengubat hati lara?

Allah. Tuhan Yang Maha Halus, Maha Penyayang.

Dalam satu bilik, bernama hati...

Cuma nak tanya, ada lampu tak dalam bilik bernama hati?


Sunday 5 July 2009

o bulan


today, i stumbled upon this sweet song.

Oh bulan
(nak dengar lagu? klik kat sini. Just pay attention to the song, ok. I dunno where else to find it. The only version I could find on youtube is Shiela Majid's, which I less prefer huhu T.T)

Oh bulan,
Di manakah bintang?
Sudah terlindung di kayu ara.

Oh sayang,
Di manakah Bujang?
Sudah menjadi orang perkasa.

Yup. very Short indeed. One of Malaysian folk songs...but how come I never know about it?? Anyway, the first person to sing it to me was Zainal Abidin! ye la, dengar online je la. Bukan live show ishk. But, as a kipas-susah-mati Zainal Abidin, this is entertaining enough for me. I love the melody, I love the way he sings! oh ~~~~

Tetiba, terfikir... 'What if we change the lyric?'

Tirah's version...(mari nyanyi sama-sama~~)

Oh Tuhan
Ya Rahman,
Di manakah tenang?
Sudah terangkum di kalam cinta.

Oh Tuhan,
Di manakah senang?
Sudah termaktub di syurga sana.

mula balik!

Ya Rahman,
Di manakah tenang?
Sudah terangkum di kalam cinta.

Oh Tuhan,
Di manakah senang?
Sudah termaktub di syurga sana.

ulang sampai mamai...
oh~~ gonna sleep with this song(my version) tonight~~

Friday 3 July 2009

Dia ada

Kenapa perlu gusar sekiranya di pihak yang benar?

kan Allah ada...

Thursday 2 July 2009

Strawberry picking


Alhamdulillah, all praises to Allah. He makes everything possible for us.

30June2009, Tuesday.

It was a warm sunny day. Yup, the kind of weather that makes you sweat and drench your clothes heheh.

We went to Lukes Farm for a strawberry-picking afternoon. I had a hard time to start picking my first strawberry. So. for the first fifteen minutes, I only walked up and down the strawberry alleys and had fun watching my friends racing to pluck the best.

************************************

Oh yeah! Finally! My first one. Slightly bigger than the rest, and I was very satisfied with it. Of course it's big, coz it's from a higher grade alley, which we're not supposed to pick any from there T.T Betul-betul tak perasan. Kesian encik Orlando Bloom sebab dia yang tolong amikkan huhu.

Ho yeah! I think that's enough... with the warm weather, the strawberries won't last long T.T aaa~~~

I think what I like most about Lukes Farm are ....

1) the decoration...


CLASSIC


2) the staffs...

WELCOMING (from what I've seen la...)


and

3) the fact that I've spent the afternoon with you people...

***HUGGIES***
























MILK + STRAWBERRY
+ SUGAR = strawberry milkshake?? heheh (^0^)/