Pages

Friday 27 March 2009

rindu tapi malu

Tadi saya 'paksa' housemate saya duduk bersembang dengan saya sampai pukul 1 pagi, again.

Sebagaimana saya akan panik dan cuba habiskan semua simpanan makanan sebelum saya keluar bercuti, saya akan cuba curi sebanyak mungkin masa seseorang yang saya tahu akan saya rindui. *sorry, kawan*

**************
Tarikh hari ini 14 April 2009. Yup. Saya dah tulis lama bahagian atas tu. Cik minimainimira belum balik dari Egypt. Dah tak sabar nak dengar cerita dari dia. Dah lama sangat tak berbual dengan dia. Si Ana bilik bawah tu pun dah macam tak keruan... iye la, selama ni, mira asyik duk layan dia hahahaha... sakit perut gelak kalau tengok diorang duduk bersembang. Asyik nak kenakan satu sama lain. heheh.

sabar ye, ana. Nanti Kak Mira tu balik la tu.

Sunday 22 March 2009

niat kerana Dia



"macam mana nak tentukan sama ada seseorang tu berubah kerana Allah atau tak?" kawan saya tanya.

PANG! macam kena tampar kat muka rasanya bila ditanya soalan tu. Saya tak sanggup dengar, sampai saya kata, "Stop dulu. Nak digest info. Dah tepu otak." Saya tak sedar bahawa saya telah meletakkan hukuman tanpa bicara antara dua pihak. Saya tak sedar bahawa saya cuma mendengar cerita dari satu pihak sahaja, dan terus membuat kesimpulan tanpa merujuk cerita dari pihak kedua. So unfair. Kawan saya terus-terusan mempersoalkan siapa kita untuk mengklasifikasikan perubahan orang lain, sebab 'niat' adalah sesuatu yang sukar dikesan mata kasar.

Betul soalan sahabat saya tu. Macam mana kita nak tahu sama ada seseorang tu berubah (ke arah kebaikan) Lillahi taala atau tak?

Bukan semua orang Allah bagi kesedaran/hidayah tanpa melalui orang lain. Kadang-kadang, Allah temukan kita dengan seseorang yang akan menjadi asbab/sebab untuk kita mulakan proses perubahan. Tapi lepas tu, bergantung pada orang tu la sama ada mahu membetulkan niatnya atau tak. Kalau niat kerana nak kagumkan manusia, penghargaan duniawi itu sahajalah yang akan diperolehi. Tapi kalau berubah ikhlas kerana Allah dan mengharapkan redha Allah, insyaAllah hatinya akan dituntun oleh Pemilik Hati; jiwanya dipenuhi cinta Illahi. Seeloknya, penghargaan dari manusia itu sudah tidak menjadi isu pokok dalam misi perubahannya.

Ini satu situasi:

A ditegur oleh B sebab asyik buat suara manja-manja dengan pak we dia (uih, lelaki, kalau dengar suara orang pompuan yang dia suka pun bley duk pikiaq bukan-bukan). Si A ni tak tahu yang suara pun boleh buat lelaki jadi tak betul. Jadi, bila dah ditegur oleh B, hari tu jugak A cuba kawal lenggok suara dia demi menjaga perasaan B. Baik.

Tapi, kawan-kawan dia yang lain (si C ke, D ke, G, Z...suka hati la nak kasi huruf apa hehe) tak berapa setuju sebab A berubah dengan sangat drastik. Kawan-kawan yang lain ni risau sebenarnya. Risau bahawa A berubah disebabkan B semata-mata. Lebih baik A fikir semula sama ada wajar atau tak dia meneruskan perubahan itu. Baik.

Yang mana korang rasa A patut buat? Teruskan menjaga perasaan B, atau ikut cakap C,D, G, Z etc?

..........

Kawan-kawan yang risau adalah satu rahmat dari Allah untuk A. B sebagai pemberi peringatan juga adalah kasih sayang dari Allah dalam bentuk seorang manusia. Bagi saya, perubahan tu wajar diteruskan. Tapi, niat perlu diperbetulkan. A tak perlu nak bagitahu satu dunia, "Saya telah berubah kerana Allah Taala" sebab takut nanti kata-kata sedemikian menimbulkan perasaan riak atau perasan bagus; ikhlas adalah satu perasaan yang sangat sukar dicapai, serius cakap.

end of note.

(pS: nyaris demam sebab nak betulkan mindset)

Tuesday 17 March 2009

do you sleep wearing ur headscarf?

'A man never tells you anything until he contradicts you.'

**********************************
apa saya perlu jawab pada orang yang mengatakan "I don't believe there's god" ?

"Biarlah. Itu kepercayaan dia."

Biar? Macam mana saya nak biar sedangkan saya tahu kepercayaan dia tak akan bawa dia pada kebaikan pun?

Apa modal yang saya ada, supaya dia ada perasaan nak cari kebenaran tu? Ingat, hidayah tidak datang bergolek. Allah bagi hidayah pada orang yang mencari.

Berdoalah.

Doa? Ya, doa saja yang saya ada. Saya manusia yang tak mampu bagi 'hidayah' pada dia, sebab 'hidayah' adalah milik mutlak Allah.

Oh mak cik, mak cik tahu tak saya sayang kat mak cik sebagai seorang manusia? Macam mana saya nak bagitahu mak cik bahawa Tuhan itu wujud?

Soalan mak cik agak kelakar, "Kalau semua orang mati masuk syurga, macam mana Tuhan nak muatkan semua manusia dalam syurga? I can't accept it! Dari semenjak berapa ribu tahun dahulu, berapa ramai orang dah mati...macam mana nak muatkan semua orang tu?"

Saya cuma mampu cakap, "Manusia sampai sekarang tak mampu jumpa limit angkasa sana. Besar ruang angkasa tu, boleh je nak muat semua orang. And Heaven is beyond expectation."

Saya tipu. Saya cuma cakap ayat yang pertama tu aje. The rest just lingered in my head. Tak guna saya cakap pasal syurga, sebab mak cik tu tak percaya wujudnya Tuhan. Kalau tak percaya Tuhan wujud, cemana nak faham tentang syurga dan Hari Kebangkitan Semula (benda ghaib)?

Ishk.

Oya....asas dia tak percaya adalah sebab, "If there's god, why should people suffer? Why there is so much misery, and bad things happened?"

adakah saya perlu jawab, "saya rasa doktor tak wujud. sebab kat dunia ni, banyak gila orang sakit, dan tak diberi rawatan" ?Perlukah jawab begitu? Saya cuma tersenyum (kambing), dan kepala ligat mencari ayat yang sedikit mantap...mencari, dan mencari. erk, idea makin lama makin meruap ke udara... hilang tanpa kesan... 'blank'.

aduh...mungkin itu bukan jawapan yang terbaik untuk mak cik tu.

Saya nak cakap, kalau tak pergi jumpa doktor tu, macam mana doktor nak bagi rawatan? Tapi, kita kena tahu, SEBAB apa kita sanggup nak jumpa doktor untuk terima rawatan tu? Betul tu, sebab kita PERCAYA kalau kita jumpa doktor, doktor boleh kasi ubat/rawatan untuk penyakit/sakit kita tu. Kita nak sembuh. Kita dah tak mahu penyakit tu!

Sama macam mencari Tuhan. Kita nak sembuh dari penyakit dunia. Tapi, isu pokoknya adalah kita PERCAYA bahawa Tuhan BERKUASA nak bagi rawatan untuk penyakit dunia tu. Isu pokoknya lagi, kita dah tak mahu dah penyakit dunia! Tapi, kalau dalam hati masih tidak mahu berpisah dengan penyakit, tak dapat den nak nolong ha.... Dan soal percaya, adalah soal tentang iman dalam dada. Rukun iman yang pertama? Percaya pada Allah; Percaya pada Tuhan. (note: iman=percaya)

Jadi, mak cik, soalan mak cik "If there's god, why should people suffer? Why there is so much misery, and bad things happened?" ada jawapannya...

Jawapannya, sebab manusia tak percaya pada Tuhan, dan tak mencari pun Tuhan tu. Tak percaya pada kewujudan Tuhan, walaupun dah diberi bukti yang banyak gila. Tak mahu beriman, sebab tak nampak Tuhan depan mata....

*****************

"You have long hair under that scarf, right?" soalan pertama mak cik tu tanya.

(hehehe, boleh pulak mak cik percaya bila saya cakap 'yes' walaupun saya tak tunjuk rambut saya takat mana)

"You don't sleep in that, do you?"

"Hehe. No, we just wear it when we go out from our house, or when there's any male friend around."

(saya tidur pakai tudung masa winter...sejuk~~ dan selalu tidur pakai kain sembahyang, nyaman ^^)

"Do you cover your face?"

"Nope. It's not compulsory. The most important point is that you need to cover all parts of your body, except your face and your palms."

banyak lagi soalan dia tanya tadi, tapi saya tak mampu nak tulis semua exactly macam yang terjadi. Soalan saya cuma satu padanya, "Are you a Christian?" dan begitulah bermulanya cerita macam dari awal entry ni...

.........

Mak cik tu berminat nak tahu kenapa kami berdua berbeza budaya. Tapi, kenapa dia nak tahu? Saya pun berminat nak tahu kenapa hehe... Saya nak tahu apa dia fikir. InsyaAllah, moga hatinya dituntun oleh Pemegang Hati sana. Hidayah tak datang bergolek ....

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186)

Allah dekat....



Wednesday 11 March 2009

photoshoot March 11, 2009

*tak habis lagi demam badminton...*

Situation:
You bring a watermelon as your snack during badminton practice... but you don't have a knife...

don't worry :)



Lee Yong Dae to the rescue! hehe

Monday 9 March 2009

jaulah Birmingham yang sebenarnya...

ini men's doubles. Sesi panaskan badan. Yang macam tengah nak bersedia melompat tu adalah Fu Haifeng; setiap kali dia smash, saya nampak asap dari raket/shuttlecock. Berapi~~fuhh. 305kmph.

Ini men's singles. Yup. That's Chong Wei, in white jacket... bermula saat ni, kitorang jerit sekuat hati nak kasi semangat untuk Chong Wei (terutamanya Cik Munirah aka Moon); siap keluarkan bendera Malaysia lagi heheh.

ini mixed doubles; ni masa lawan betul-betul. Nasib baik guards tak perasan saya ambil gambar... kalau tak, naya. Boleh jadi, terus kena rampas kamera huhu.

ok, ok. Apa jadi?
berita utama: Pemain China menang bolot semua gelaran juara; men/women singles, doubles and mixed doubles. Seronoknya, kitorang duduk seat depan, clear view (^^)v
berita tak best: Chong Wei kalah.
berita best: it was a close fight.
berita tak penting: kitorang tak sedih sangat pasal badminton.
informasi tambahan: gambar jadi gelap sebab tak guna flash (nama pun gambar curi*)

*****************

kalau orang tanya, "Apa kau dapat pergi Birm? Semata-mata nak tengok badminton? Buang duit gile."

Saya jawab, "Pergi tengok badminton adalah perancangan kami. Tapi, Allah sebenarnya bagi sesuatu yang lebih baik untuk kami di sana." huhu

****************************

Sedih kami lebih kepada sebab berpisah dengan sisters Birm. Korang memang pandai layan kami berdua; pendengar yang baik belaka. Dan Murni, kitorang pun tak tahu kalau tak ada tiket, tak boleh masuk stadium (><) mintak maaf~~

Moon dan saya terpaksa naik tren berlainan dari Birmingham New Street. Tren saya pukul 7.42PM, dan Moon, 8.20PM. Sebenarnya, kami tak dapat beli tiket tren bersama, entah mengapa 'booking system Crosscountry "weng" sepanjang tempoh kami nak beli tiket tu. Haish.

Tapi, Allah kesiankan kami heheh... maka ditakdirkan, saya bertukar tren di Bristol tu, dan akhirnya, saya naik tren yang sama dengan Moon (^.^) Yup. Kami sampai ke Plymouth bersama-sama. Oh! Teringat kisah Nabilah dan flight delay dari Egypt (^^)

*Balik kepada cerita Moon dan saya*

Moon cerita pada saya, dalam tempoh kami terpisah tu, ada seorang sister dari Pakistan duduk sebelah dia. Mungkin atas dasar sisterhood in Islam (Moon pun dilihat tengah baca Al-Quran masa tu), mereka berdua dapat mempercayai satu sama lain. Sister tu dengan selambanya bagi Moon handphone dia (handphone ke, Moon?) untuk tengok semua gambar-gambar dia semasa musim haji. Apa yang menarik, sister tu menghadiahkan Moon sebuah buku, sebagai tanda ukhuwah sebelum mereka berpisah. Kalau korang, sanggup tak nak bagi barang yang korang baru beli/sayang pada seseorang yang baru dikenali?

MasyaAllah! Sebenarnya, Allah bagi sesuatu yang lebih baik rupanya daripada apa yang kitorang idam-idamkan. Apa yang saya idamkan sebenarnya pergi Birmingham ni? *malu nak cakap, tapi, biarlah saya jujur* Saya cuma mahu menonton pemain Malaysia beraksi di All England 2009. Titik.

Tapi, Allah bagi pada saya merasai manisnya ukhuwah dan pahitnya perpisahan yang perlu dilalui. Allah bagi saya peluang untuk rasa, apa perasaan menziarahi saudara seagama. Kalau nak diikutkan, siapalah saya ni. Kenapalah diorang nak bersusah-payah jemput dan hantar kami? Kenapa tuan rumah rela tidur di atas lantai, sedangkan tetamu tidur beralaskan tilam empuk? Kenapa diorang makan ala kadar, tapi berusaha mengenyangkan tetamu yang datang?

Aduh. Terharu melihat layanan kamu pada kami, sisters. Jazakillah. Walaupun sekejap, tapi sangat bermakna. Murni, at least Murni berjaya jadi tour guide kami~~

Saturday 7 March 2009

Chong Wei!!!! tunggu kitorang¬¬¬

oh yeah. Sekarang saya dan Moon di Birmingham; rumah kenalan kami, Murni. Huhu. Esok akan ke National Indoor Arena (NIA) semata-mata nak tengok All England!! Hoho. Esok kami nak kibarkan bendera Malaysia.

Oh ye! Sedih la pulak nak bagitahu korang... Sarah (housemate Murni) bagitahu, kami tak boleh ambil gambar/video dalam stadium tu...dang!

sekarang saya dah pening/mamai/x betul/weng... sebab lupa nak makan Joy Ride (ubat untuk motion sickness). Oh yeah bebeh...Athirah tengah pening lalat. Maka, esok, kalau sempat, dia akan cuba amik gambar secara sembunyi-sembunyi...ho yeah

(p/s: saya dan moon ingat kitorang je la penyokong Malaysia yang datang dari jauh... cis...dah ramai dah orang Malaysia buat rombongan ke NIA tu...cit...dah tak rasa special hehe)

Friday 6 March 2009

bahana berlatih dikir barat

apa perasaan korang bila dengar lagu 'anak tupai'?
lagu ni:



kalau korang rasa lagu ni kelakar kerana liriknya, maka hayati balik tiap perkataan yang dinyanyikan...

ade seko anok tupa
tah jula mokte
kudung eko perut lapa
jale cari make
jale cari make

kejadie Tuhe dipanggil namo tupa
asalnya dale hute
sejenih mamalia

kalu pasa jakit kot dehe
diolah yang paling panda
jatuh jare jare
kerano dio tok sobar

sepanda pada tupa melompat
jatuh tanoh jugok
nak wi gamba ore jahat
jange telajak bangok

ore zame dulu
pakak hambak tupa
bimbe ko buah kayu
takuk tok de besa

nyo durie duku
kalo de nyo kerik tupa
pendek tahun tu
nyo durie tokde nak jual

tupa seko orang skampung
berambak hari hari
nya pakat likong nyo pakat plekong
tupa tokleh lari

setakak bedil ado
tupa habih mati
hok ni lah sayo raso
kita sangak rugi

kito manusio
tinggi mano pung kito ngaji
nok wak tupa seko
tentu skali doh tok jadi

lonih kampung atau bandar
jare bulih tengok
bapok tupa ibu tupa
jale bawok anok

raso sie sungguh
tengok seko anok tupa
kerano telajok kuruh
sapo tokleh(nok)niti pagar

bulu bulu pung habih luruh
air mate bera bera
mari dale baruh
bokali kene racun tebaka

entah lah...saya rasa sedih, sebab lagu ni banyak pesanan. Tapi, jarang orang memberikan perhatian terhadap mesej yang ingin disampaikan...

saya sangat suka lagu ni... betul, mula-mula dengar, saya gelak memanjang sebab lagu ni dinyanyikan dalam dialek Kelantan. Tapi, bila dengar betul-betul, tak mampu dah nak gelak. Kejamnya manusia, sampai tak rasa nyawa haiwan tu pun berharga...

Anak tupai tu, dah kudung ekornya...tupai yang kudung ekor, boleh ke dia melompat dari dahan ke dahan yang lain? Bukankah ekor tu berfungsi menyeimbangkan badannya semasa dia melompat? Kesian. Anak tupai ni, dah cacat...

Sabar: Pilihan

elaun baru masuk... dan saya terseksa T.T

(kenapa terseksa?? apa punya pelik la dia nih...duit ada pun terseksa?)

begini ceritanya...

masa elaun belum masuk, saya boleh je bertahan dengan apa yang ada. Makan sekadar apa yang ada. Tak ada hajat nak pergi berjalan mana-mana pun. Tak ada keinginan hatta nak buat online shopping sekalipun...

Sekarang duit dah ada. Saya memang berkeinginan nak beli itu dan ini... tapi, bila difikirkan balik, saya sayang duit yang baru masuk ni T_T

Sahabat saya bagitahu, "Kenapa nak sayang duit? Rezeki kan Allah yang bagi."

ZAPP!...aduh, sengal sekejap jantung heheh. Saya bukan takut duit saya abes... saya cuma mahu menahan diri daripada membeli sesuatu yang tak perlu yang akhirnya membuatkan saya menyesal sebab membazir duit. Orait? Maka hati, bersabarlah. Duit tu mungkin boleh guna untuk benda lain.

Oya! Lupa pulak. Sebenarnya, persoalan yang selalu berlegar dalam kepala saya adalah, "sebab apa sabar itu senang bila saya tak ada duit, sedangkan bila saya ada duit, makin susah saya nak kawal diri??"

Hohoho... nak dijadikan cerita, kawan saya, Nabilah bagi buku 'Patience and Gratitude' karya Ibn Qayyim al-Jawziyyah (translated by Nasiruddin al-Khattab), dan suruh saya baca untuk mengisi masa lapang. Toib, saya pun baca. (Sebenarnya, saya pun ada buku ni, cuma terlepas pandang beberapa muka surat penting Z.z heheh).

It was stated in the book, "Patience at the time of adversity is easier than at the time of ease". One of the salaf said, "Believers and unbelievers alike may have patience at the time of adversity, but only people of strong faith can have the patience at the time of ease."

Cuba bersabar ketika senang adalah lebih payah berbanding ketika kita susah. Sebabnya? Sebab kita ada pilihan dalam membuat keputusan ketika senang. Faham ke? Contoh paling mudah untuk saya bagi, adalah bab makanan (duhh heheh). Kalau kita lapar tapi kita tak ada makanan (no access to food), sangat senang untuk kita bersabar dalam situasi begini. Boleh je bertahan, hidup je heheh. Tapi, bila makanan terhidang depan mata, mintak maaf la, tak toleh kiri kanan dah...laju je tangan ambil makanan tu...ngapp! err, itulah saya huhu.

(kami , di Pizza Hut, tanpa duit. Cuma mampu beli aiskrim, roti Tesco dan satu pizza T.T memori)

Oya, pasal duit pulak, sama je ceritanya. Bila tak ada duit, saya boleh je memilih barang yang sangat diperlukan. Tapi, bila tahu duit ada banyak, saya jadi rambang mata; semua benda pun nampak penting... aduh. Saya suka tengok kawan-kawan yang pandai berjimat, dan pandai menguruskan kewangan mereka. Sangat bagus... dan saya rasa mereka sangat pandai :) Lebih-lebih lagi yang dah berfikir nak laburkan duit mereka beli aset; tanah la, rumah la...hmmm... memang tak tercapai akalku..mungkin satu hari nanti (^^)

Seronok pulak cerita pasal sabar nih...nanti saya sambung ek heheh~~kena hadam isi buku nih dulu ~~

Thursday 5 March 2009

koreksyen! correction!

barbican dan barbarian bukan benda yang sama
vendetta dan venetta juga bukan perkara yang sama
hooker dan hawker sama sekali berbeza

kenapa saya tak nampak???? kenapa kadang-kadang perkara mudah macam ni pun saya boleh keliru?

Dalam perkara sebegini, saya banyak menyedari kesilapan tatabahasa setelah ditegur oleh orang-orang di sekeliling. Jarang-jarang sahaja saya berupaya dengan sendirinya menyedari bahawa saya telah keliru dengan pemilihan kata yang hampir-hampir serupa. Tak teliti heheh.

Itu sebenarnya cuma pembuka bicara entry kali ini. Apa yang saya nak sampaikan kali ni ye? oh, tentang memberi peringatan.

Katakan seorang kawan saya menyedari bahawa saya telah keliru dengan istilah-istilah di atas; saya guna 'hooker' untuk merujuk kepada 'hawker' (contoh ayat: Eh, that's the hooker i'm talking about. Sate dia sedap!)

err...tapi, kawan saya nih buat tak tahu je dengan kesalahan yang telah saya lakukan... BERMAKNA, pada masa akan datang, ada kemungkinan untuk saya mengulangi kesalahan tersebut di hadapan orang lain... dan memalukan diri sendiri... lebih-lebih lagi yang nak jadi cikgu bahasa inggeris nih... "Eh cikgu nih, hooker dan hawker pun tak boleh beza ke??" sindir anak murid itu... Wuwuwuwuuwuw; mesti saya tak tahu nak letak muka saya kat mana; maruah tercalar beb. ok ok, emo plak.

But that's one of the possibilities, if the mistakes haven't been corrected by anyone. Letting your friends believe that they are right when actually they aren't is an act of 'kezaliman'. In this case, your intention to correct your friends is not to humiliate him or her in public; you simply do it as an act of love :) ...because you don't want your friends to be humiliated by others for the same mistakes she/he makes.

Seperti dalam kehidupan biasa, lumrah kehidupan seorang manusia tidak terlepas dari membuat kesalahan. Ada yang membuat kesilapan di awal pekerjaan, ada yang di pertengahan, dan ada yang di akhir pekerjaan. Allah dah aturkan sedemikian, supaya kita saling memberi peringatan dan membetulkan kesalahan yang dilakukan. Sebab lumrah manusia susah nak nampak kesalahan dan kelemahan diri sendiri, kan?

Siapa yang layak untuk menegur?

Siapa-siapa sahaja. Tapi, perlulah berteraskan al-quran dan sunnah. Maksud saya, kalau seorang yang tak tutup aurat menegur kawannya yang nak pakai tudung, "Em, tak cantiklah kau pakai tudung. Kau nampak lagi chubby pakai tudung. emmm, baju kau nih labuh sangat la, lagi nampak kau gemuk." AH! Kalau nasihat hasutan macam ni, seeloknya masuk-telinga-kanan-keluar-telinga-kiri sudah...tak membantu iman pun.

Tapi, kalau yang tak tutup aurat tu bagitahu, "Emm, aku rasa kalau kau pakai pakaian yang kemas sikit, eloklah. Ni apa baju tak gosok nih??" hehehhe...terima la teguran sedemikian, sebab kekemasan tu pun adalah sunnah. Tak kira la dia tu siapa, yang penting tegurannya membuatkan kita mengikut syarak dan mencontohi sunnah.

Apa jenis peringatan yang perlu kita sampaikan?

Peringatan yang meningkatkan iman, yang membantu membuang sifat-sifat jahiliyyah dari dalam diri. Peringatan itu kadang-kadang ada yang perlu disampaikan secara halus, dan ada juga yang perlu dikeraskan, sesuai dengan konteks penyampaian.

Contoh: Saya susah nak bangun pagi untuk subuh (nauzubillah), dan adik saya cuba kejutkan. Dia sangat faham bahawa saya akan kejar dia kalau dia jirus air kat muka saya. Maka dia pun meggulung kertas dan menghalakan salah satu hujung kertas itu pada telinga saya. Dia menjerit, "MARABBUKA????" ...Maka, terasa bagai berhenti sejenak jantung saya bila mendengar ayat tu (cis...eh...thanks adik ;>). Saya terus terjaga, cerah mata saya, tak mengantuk terus. Itu dikira peringatan jugak. Peringatan secara tersiratnya adalah, 'Kau ingat kalau kau mati, kau dah cukup amal ibadat? Kau ni dah dijamin masuk syurga la nih sampai tak payah sembahyang? Kau ingat kau boleh jawab soalan dalam kubur nanti kalau tak sembah Allah sekarang?'...uhhh...
***************

'Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak'... kadang-kadang Allah kurniakan nikmat kefahaman Islam pada generasi yang lebih muda. Ini adalah salah satu cabaran, sebab orang tua selalunya agak susah nak ditegur atas alasan "aku lebih dulu makan garam". Kalau seorang anak nak menegur ibu bapanya, tegur secara halus, demi menjaga maruah mereka berdua.

Teringat pula akan satu pengalaman saya dengan seorang teman. Dia berkonflik dengan keluarganya. Memanglah yang dia perlukan pada waktu tu adalah sokongan dan pembelaan terhadap dirinya. Saya pada waktu tersebut tidak yakin bahawa keluarga kawan saya itu 100% bersalah. Semestinya saya mahu dia ceria kembali dan melupakan kesedihan itu. Tapi, pada masa yang sama, saya tidak mahu kata-kata saya menambah kebenciannya terhadap ahli keluarganya. Apa saya sanggup jika di hadapan Allah nanti mereka sekeluarga meminta saya bertanggungjawab kerana memecah-belahkan keluarga mereka? OHHH~~ Lalu, saya cakap, "Sabarlah. Parents kau sayang sebenarnya kat kau. Sebab tu diorang buat macam ni. Diorang nak kau balik je kat diorang. Diorang rindu tu sebenarnya, tapi malu-malu nak cakap heheh." Saya cuba berlawak, tapi tak kena tempat.... nasihat tak diterima :(
**************

Sebenarnya, nak menerima teguran bukan perkara yang mudah, sebab ianya memerlukan perubahan pada mind-set . Mula la otak bercelaru, sebab nak 'assimilate' dan 'adapt' dengan maklumat baru. Tapi, percanggahan sebegini lah yang kita perlukan, sebab baru kita belajar.


"A man never tells you anything until you contradict him"
George Bernard Shaw

"Maka berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat" (alQuran 87:9)

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (alQuran 103: 1-3)

a fact is a fact; no matter where you got it


sometimes this type of reading source do potray the real world... ouch!

Wednesday 4 March 2009

peringatan tak disangka

Saya diajar mengucapkan 'Alhamdulillah' pada umur 21 tahun 7 bulan.

Betul. Perkara ni terjadi semasa dalam bas di Manchester. Ada seorang pak cik yang sangat baik hati tolong kami susun beg-beg baju kami dalam bas.

Tiba-tiba dia bertanya, "Are you Muslim?"

Terkesima kami semua. Dalam diam, hati saya berbisik, "Alahai Pak Cik ni... hijab yang kami pakai ni, belum cukup menunjukkan lambang seorang muslimah kah?"

Semua sisters bertukar-tukar pandang; tidak pasti dengan matlamat soalan pak cik tu agaknya. Namun, beberapa orang daripada sisters menganggukkan kepala. Ada yang menjawab, "Yes."

Pak cik tu bertanya lagi, "Are you Muslim?"

Saya kira dia tidak mendengar/perasan dengan jawapan secara lisan/tidak lisan kami, lantas dengan pantas mengiyakan soalan pak cik tu. "Yes. Muslim."

Pak Cik tu menggelengkan kepalanya samabil tersenyum. "No, no. Are you muslim? Say Alhamdulillah."

Huh? Eh? Saya kurang pasti dengan permintaan pak cik tu. "Alhamdulillah..." kami masih juga menyatakan hamdalah itu tergagap-gagap...antara dengar dan tidak...antara takut-takut dan yakin.

"Yes! Alhamdulillah. Are you muslim?" ujar pak cik tu untuk kesekian kalinya.

oh. Baru saya dapat menangkap.

Sisters semua menjawab, " Alhamdulillah!" dengan bersemangat. Saya tersenyum lebar, darah menyerbu ke muka... saya sangat bahagia. Sebabnya? Sebab, di tengah-tengah bandar Manchester, Allah temukan kami dengan seorang pak cik yang memberi peringatan pada kami.

Peringatan yang sangat menenangkan buat saya.

Peringatan tentang nikmat paling besar untuk manusia dari Maha Pencipta; Nikmat iman dan Islam. Dan betapa kita perlu bersyukur dengan nikmat ini. Alhamdulillah. Terima kasih pak cik, sebab mengajar saya mengucapkan 'Alhamdulillah'.

i'm a composer?; personality test ISFP

More than the other Artisans, Composers are in tune with their senses, and so have a sure grasp of what belongs, and what doesn't belong, in all kinds of works of art. While the other Artisans are skilled with people, tools, and entertainment, Composers have an exceptional ability-seemingly inborn-to work with subtle differences in color, tone, texture, aroma, and flavor.

Although Composers often put long, lonely hours into their artistry, they are just as impulsive as the other Artisans. They do not wait to consider their moves; rather, they act in the here and now, with little or no planning or preparation. Composers are seized by the act of artistic composition, as if caught up in a whirlwind. The act is their master, not the reverse. Composers paint or sculpt, they dance or skate, they write melodies or make recipes-or whatever-simply because they must. They climb the mountain because it is there.

This ability to lose themselves in action accounts for the spectacular individual accomplishments of some Composers, and yet on their social side they show a kindness unmatched by all the other types. Composers are especially sensitive to the pain and suffering of others, and they sympathize freely with the sufferer. Some have a remarkable way with young children, almost as if there were a natural bond of sympathy and trust between them. A similar bond may be seen between some Composers and animals, even wild animals. Many Composers have an instinctive longing for the wilds, and nature seems to welcome them.

Composers are just as plentiful as the other Artisans, say nine or ten per cent of the population, but in general they are very difficult to observe and thus greatly misunderstood. Very likely the difficulty comes from their tendency not to express themselves verbally, but through their works of art. Composers are usually not interested in developing ability in public speaking, or even in the art of conversation; they prefer to feel the pulse of life by touch, in the muscles, in the eyes, in the ears, on the tongue. Make no mistake, Composers are just as interested as other types in sharing their view of the world, and if they find a medium of non-verbal communication-some art form-then they will express their character quite eloquently. If not, they simply remain unknown, their quietness leaving their character all but invisible.


here is the link :

Carl Jung and Isabel Myers-Briggs typology Test

you need to answer 72 yes/no questions...and that's it!


The main question here is, 'Why did I take this test in the first place?'
The truth is, I just wanna figure out whether I am suitable for this job... I just wanna know why I am still struggling to accept the truth. I need 'the passion', really.

I kept on telling myself, "Things that I want may not be the things I need. Things I dream may not be the things I should have."