Pages

Monday, 9 March 2009

jaulah Birmingham yang sebenarnya...

ini men's doubles. Sesi panaskan badan. Yang macam tengah nak bersedia melompat tu adalah Fu Haifeng; setiap kali dia smash, saya nampak asap dari raket/shuttlecock. Berapi~~fuhh. 305kmph.

Ini men's singles. Yup. That's Chong Wei, in white jacket... bermula saat ni, kitorang jerit sekuat hati nak kasi semangat untuk Chong Wei (terutamanya Cik Munirah aka Moon); siap keluarkan bendera Malaysia lagi heheh.

ini mixed doubles; ni masa lawan betul-betul. Nasib baik guards tak perasan saya ambil gambar... kalau tak, naya. Boleh jadi, terus kena rampas kamera huhu.

ok, ok. Apa jadi?
berita utama: Pemain China menang bolot semua gelaran juara; men/women singles, doubles and mixed doubles. Seronoknya, kitorang duduk seat depan, clear view (^^)v
berita tak best: Chong Wei kalah.
berita best: it was a close fight.
berita tak penting: kitorang tak sedih sangat pasal badminton.
informasi tambahan: gambar jadi gelap sebab tak guna flash (nama pun gambar curi*)

*****************

kalau orang tanya, "Apa kau dapat pergi Birm? Semata-mata nak tengok badminton? Buang duit gile."

Saya jawab, "Pergi tengok badminton adalah perancangan kami. Tapi, Allah sebenarnya bagi sesuatu yang lebih baik untuk kami di sana." huhu

****************************

Sedih kami lebih kepada sebab berpisah dengan sisters Birm. Korang memang pandai layan kami berdua; pendengar yang baik belaka. Dan Murni, kitorang pun tak tahu kalau tak ada tiket, tak boleh masuk stadium (><) mintak maaf~~

Moon dan saya terpaksa naik tren berlainan dari Birmingham New Street. Tren saya pukul 7.42PM, dan Moon, 8.20PM. Sebenarnya, kami tak dapat beli tiket tren bersama, entah mengapa 'booking system Crosscountry "weng" sepanjang tempoh kami nak beli tiket tu. Haish.

Tapi, Allah kesiankan kami heheh... maka ditakdirkan, saya bertukar tren di Bristol tu, dan akhirnya, saya naik tren yang sama dengan Moon (^.^) Yup. Kami sampai ke Plymouth bersama-sama. Oh! Teringat kisah Nabilah dan flight delay dari Egypt (^^)

*Balik kepada cerita Moon dan saya*

Moon cerita pada saya, dalam tempoh kami terpisah tu, ada seorang sister dari Pakistan duduk sebelah dia. Mungkin atas dasar sisterhood in Islam (Moon pun dilihat tengah baca Al-Quran masa tu), mereka berdua dapat mempercayai satu sama lain. Sister tu dengan selambanya bagi Moon handphone dia (handphone ke, Moon?) untuk tengok semua gambar-gambar dia semasa musim haji. Apa yang menarik, sister tu menghadiahkan Moon sebuah buku, sebagai tanda ukhuwah sebelum mereka berpisah. Kalau korang, sanggup tak nak bagi barang yang korang baru beli/sayang pada seseorang yang baru dikenali?

MasyaAllah! Sebenarnya, Allah bagi sesuatu yang lebih baik rupanya daripada apa yang kitorang idam-idamkan. Apa yang saya idamkan sebenarnya pergi Birmingham ni? *malu nak cakap, tapi, biarlah saya jujur* Saya cuma mahu menonton pemain Malaysia beraksi di All England 2009. Titik.

Tapi, Allah bagi pada saya merasai manisnya ukhuwah dan pahitnya perpisahan yang perlu dilalui. Allah bagi saya peluang untuk rasa, apa perasaan menziarahi saudara seagama. Kalau nak diikutkan, siapalah saya ni. Kenapalah diorang nak bersusah-payah jemput dan hantar kami? Kenapa tuan rumah rela tidur di atas lantai, sedangkan tetamu tidur beralaskan tilam empuk? Kenapa diorang makan ala kadar, tapi berusaha mengenyangkan tetamu yang datang?

Aduh. Terharu melihat layanan kamu pada kami, sisters. Jazakillah. Walaupun sekejap, tapi sangat bermakna. Murni, at least Murni berjaya jadi tour guide kami~~

0 komentar:

Post a Comment