Pages

Monday, 15 February 2010

telekung itu sedang sembahyang.

saya tak faham.
Kenapa mereka sangat panik bila saya tak pakai telekung sembahyang? Ala, telekung warna putih tu, yang korang guna masa solat je tuh...

Saya perbaiki soalan saya: Kenapa mereka sangat panik bila saya tak pakai telekung sembahyang semasa saya nak mendirikan solat?

Baik, baiklah. Tujuan utama saya bukan untuk perhangatkan isu ini. Saya cuma mahu kalian yang membaca ni, luangkan sedikit masa untuk berfikir.

Aurat kita cuma dijaga waktu solat sahaja ke? Kenapa bila saya pakai baju-baju biasa untuk solat, maka banyak lah alasan diberikan oleh orang yang tak setuju dengan tindakan saya.

"Kita Mazhab Shafi'e. Kena ikut mazhab."
"Telekung kan labuh menutup punggung. Nanti kalau sujud, tak adalah ternampak bentuk tubuh."
"Baju kita nih kan kotor."

Maaf. saya kurang faham.
pakai jeans ketat dan baju singkat untuk ke Mydin Mall etc tak mengapakah? Allah tak nampak ke kita dalam Mydin Mall?
Apakah tidak ada kemungkinan untuk kita membongkokkan badan mengambil sesuatu yang terjatuh (barangkali di khalayak)? Dan jika pada masa itu kita memakai pakaian yang tidak labuh menutup punggung, bagaimana?
Baju kotor terkena apa? Apakah ada najis yang zahir pada pandangan mata? Ada terbau sesuatu yang tidak menyenangkan dari pakaian itu?

Mementingkan pemeliharaan aurat agar ibadah diterima adalah satu sifat yang mulia. Tapi, apakah ibadah kita cuma ketika di atas tikar sembahyang? Apakah aurat kita tidak dinilai ketika kita bukan di atas sejadah?

0 komentar:

Post a Comment