*A scenery worth of 4 hours walk, 20Egyptian Pounds, sweats, trembling legs, continuous tears, and i-hate-you-camel glares*
untuk pengetahuan korang, saya berpeluang melawat Mesir baru-baru ini. Seronok tengok tempat orang, seronok tengok gelagat orang, seronok belajar budaya baru. Tapi, entry saya kali ini bukan pasal Mesir secara keseluruhan, tapi saya nak fokus pada pendakian Gunung Sinai@ Jabal Musa. The journey started at around 2.00am. After some warm-up session (*chuckle* it didn't do any better for me hehe), we were all set to conquer Mt. Sinai.
Saya rasa tercabar sebenarnya, oleh tour guides kami. "Kalau irah sampai kat atas tu, tanpa naik unta, saya belanja"..."Irah, naik gunung ni boleh hilang 5 kilo"...uff tak tahulah apa perasaan saya masa tu; marah ke? entahlah, yang saya tahu, saya nak buktikan bahawa saya ni pantang diperlekehkan. Ohh, di awal perjalanan, saya la orang yang paling laju. Habis semua orang saya potong, "tepi, tepi, saya nak lalu " (hehehe tak ade la sampai cakap macam tu...nak kene lempang??)
Lepas seketika, saya seluk poket beg saya; alamak, inhealer tak ada! Ah, saya dah mula panik. Habis semua poket saya seluk, tetap tak ada. Oh, baru saya ingat, malam sebelumnya saya kemas beg galas saya, langsung terlupa nak masukkan kembali inhealer ke dalam beg. Abg Guna tanye "Tirah, u OK?"...mungkin dia perasan muka saya dah berubah menjadi risau. "Saya terlupa bawak inhealer".
Lepas seketika, saya seluk poket beg saya; alamak, inhealer tak ada! Ah, saya dah mula panik. Habis semua poket saya seluk, tetap tak ada. Oh, baru saya ingat, malam sebelumnya saya kemas beg galas saya, langsung terlupa nak masukkan kembali inhealer ke dalam beg. Abg Guna tanye "Tirah, u OK?"...mungkin dia perasan muka saya dah berubah menjadi risau. "Saya terlupa bawak inhealer".
Saya tak tahu apa yang terjadi, tapi sedar-sedar saya sudah berada dalam kelompok paling belakang. I was imagining the worst scenario that might happen to me; asthma attack, fainting, trouble breathing, slipped down...died X.X
Sebenarnya, perkara-perkara di atas tu bukan perkara yang amat saya risaukan. Saya paling takut menyusahkan orang kalau semua perkara tu terjadi. Ye la, kalau saya lelah, mesti kena ada orang yang jaga saya; meaning at least salah seorang drp kumpulan kami terpaksa membantutkan hasrat nak panjat gunung pagi tu...faham tak? saya takut dibebani dengan perasaan bersalah sebenarnya.
Akhirnya, kumpulan paling belakang ada 4 orang semuanya. Saya (obviously hehe), izyan, kak nad n pakcik husni. Kalau diikutkan, yang lain-lain tak ada masalah untuk mendaki lebih pantas, boleh je tinggalkan saya huhu...Tapi, atas rasa tanggungjawab, mereka bertiga tetap menemani saya.
It sounded very simple, right? Wait for this one friend, go up the mountain together...But the truth is, we took 2 hours longer than the rest of the group...and that was because of me. Kaki saya sudah tak mampu melangkah, dan itu pun belum sampai separuh jarak yang kami perlu lalui. Setiap 20 langkah, saya akan tercungap-cungap menarik nafas. Bayangkan kesabaran diorang bertiga terhadap kerenah saya.
Laluan gunung itu, semakin lama semakin curam. Ada satu ketika, saya cuba berjalan mengundur, dan saya rasa sangat ringan. Kak Nad suruh saya berhenti tapi saya kata "Ini lagi senang, rasa sangat ringan" dan saya tersengih... Kak Nad tarik saya dan dia kata "itu bukan berjalan, itu melayang namanya"...ish! masa itu, saya dah tak boleh berfikir dengan betul. Kak Nad dan Yan cuba sedaya-upaya memastikan saya berjalan di bahagian 'dalam', bukan di bahagian tebing gunung. Anything can happen.
Sebenarnya, ada je disediakan unta untuk para pendaki. Tapi, saya tak sanggup ambil. Pada awalnya, sebab cabaran yang diberi. Tapi akhirnya, sebab perasaan bersalah yang semakin kuat beraja dalam hati. I was thinking, that if I wanted to ride a camel, I should have done it earlier, much earlier. Not now, when I'd wasted these people's time waiting for me. Because of that, I thought "it's best if I rely on my own feet to reach the top of the moutain."
akhirnya, dengan takdir Allah, kami pun sampai ke puncak gunung. Masa itu, waktu Subuh sudah nyawa-nyawa ikan, sudah hampir habis. I felt very guilty, becoz I knew they all wanted to spend more time there before the sun rose. Solat Subuh pagi itu, amat bermakna buat saya. Pakcik Husni jadi imam, dan saya, Yan dan Kak Nad menjadi makmum. Just when my forehead touched the ground, tears rolled down my cheeks. I thanked Allah for making it possible for us to be on Mt. Sinai.
The rising sun was breathtakingly beautiful. It would not be possible for me if my friends there did not motivate me. Ada hikmah di dalam setiap perkara yang terjadi; saya belajar sesuatu: Apabila matlamat kita sama, kita akan saling membantu untuk mencapai impian itu. Mereka yang mempunyai tujuan yang sama, tak akan membiarkan kawannya terus-menerus ketinggalan...Terima kasih kawan-kawan :)
0 komentar:
Post a Comment