Pages

Friday, 5 September 2008

and i found him back...


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam...

Hari ni, saat ini, saya sangat gembira. Allah kembalikan sesuatu kepada saya, sesuatu yang hilang sejak bertahun-tahun lamanya; my brother. Sampai sekarang saya tak berhenti tersenyum bahagia.

Tak, ini bukan kes mati hidup semula atau siri jejak kasih TV3, hehe...ini kisah ikatan hati antara saya dan adik lelaki saya. Alhamdulillah, rasanya semua perkara yang keruh telah dijernihkan, ikatan yang putus dahulu telah disambung kembali...

ALKISAHNYA Semalam (beberapa jam yang lalu, 12.45am waktu Plymouth) hati saya meronta-ronta mahu mendengar suara ibu, Kak Wa, Kak Cik dan adik. Huhu Terima kasih kepada penaja utama, Skype, dengan kadar panggilan yang rendah, saya mampu menelefon rumah saya di Terengganu yahaha :). Langkah kanan...alangkah beruntungnya saya, bapak pun ada kat rumah, kebetulan bercuti sebelum dia kembali bekerja esok hari...

Sudah 1 jam setengah saya berbual dengan hampir semua orang (hurmm tak sempat jugak nak berbual dengan kak cik), bilamana hati saya teringat pada adik lelaki saya yang sekarang menuntut di Matrikulasi UIA...apa khabar agaknya dia di sana? Soalan itu saya ajukan kepada ibu, dan respon ibu berbunyi "OH, ALHAMDULILLAH, DIA SIHAT yadayadayada..." ...respon yang pada hemat saya, berlagu riang. Makin kuat pula desakan hati saya untuk mengetahui perkembangan terbaru adik lelaki saya itu. Seakan-akan memahami, ibu 'membuka jalan' dengan memberitahu perkembangan Afiq dalam dunia badminton...satu dunia yang sememangnya dikongsi oleh kami berdua (my bro n i) :D

Terus sahaja saya ucapkan salam pada ibu, putuskan talian dan mendail nombor rumah Pak Su saya di Rawang. Matlamat saya mahu mendengar suara Afiq sekejap pun tidak mengapa... Dalam kepala saya cuma mahu mengucapkan syabas kerana berjaya ke pusingan kedua dalam Pertandingan Badminton Terbuka UIA...(alasan yang tak konkrit, kan? tapi tak mengapa, sebab saya cuma memerlukan alasan untuk mendengar suara Afiq; hehehe Afiq, Kak Long tak boleh berhenti senyum la hehe)

Allah mudahkan jalan; orang yang menjawab panggilan saya adalah Afiq sendiri. "Kak Long ke? Afiq ni.." satu pembuka bicara yang cukup membuatkan hati saya seronok. 2jam lamanya kami bergayut, tak jemu saya mendengar ceritanya...apa yang terjadi dalam tempoh 4 tahun yang lalu...apa yang terjadi padanya setelah masuk ke matrikulasi...Ia perbualan dari hati ke hati...

Ia perbualan yang sangat bermakna, kerana saya dan adik saya ini jarang berbual semenjak 4 tahun yang lepas...bukan jarang, tapi hampir tiada 'komunikasi berkesan' dalam tempoh itu.

Sepanjang tempoh 4 tahun ini, saya selalu berdoa agar Allah kembalikan Afiq yang dulu; yang chubby, yang riang, yang mesra, yang bising, yang keletah, yang kelakar, yang selalu berkongsi cerita dengan saya. Pada fikiran saya, tak mengapa kalau dia gemuk macam dulu, asalkan dia kembali rapat dengan saya. Alhamdulillah, saya bertemu kembali 'kawan karib' saya yang hilang itu; kawan karib semasa kanak-kanak; penglipurlara hati saya; my sidekick; my 'makan' buddy; my badminton partner...hehehe syukur...

Mmmm...everything is back to normal, slowly but steadily...Terima kasih Tuhan!

0 komentar:

Post a Comment