Pernah tengok cerita ni? 'I not stupid' pada hemat saya bukan satu cerita lawak bodoh. Walaupun ini cerita dari Singapura, tapi isu yang diketengahkan dalam filem ini masih ada signifikannya dengan hidup rakyat Malaysia.
"It's a cruel world, u need to prove to others that your life is worth living"...itu mesej yang ingin disampaikan. Setiap kanak-kanak ini berdepan dengan masalah masing-masing. (Ya, ya...cliche kata sesetengah orang...ala, normal la tu, semua orang pun ada masalah...) Itu nada sinis yang mungkin kedengaran...
Contohnya, budak chubby yang becermin mata ini, (dalam cerita) adalah anak orang kaya; tidak pernah diajar berdikari dan sentiasa diajar agar jaga hal sendiri- 'kiasu'... Namun, sifat semulajadinya yang baik hati sering menyebabkan dia ditempelak masyarakat sekeliling. Ada satu ketika, si chubby ni mahu membantu kawannya menghidangkan makanan di kedai makan. Tapi, disebabkan si chubby ni tak biasa dengan kerja-kerja macam tu, dia hilang kawalan dan tertumpahkan hidangan di atas pelanggan...Mata-mata sinis yang memerhati sudah cukup untuk membuatkan dia meraung...
Macam kelakar kan? Tapi, yang saya tahu, air mata saya tak berhenti mengalir; seolah-olah saya sangat memahami apa yang dirasai oleh si chubby. Sampai satu ketika, dia menerima seadanya pendapat ramai yang mengatakan dia bodoh...Kalian, tak nampakkah usaha si chubby ni untuk menolong kawannya? Butakah mata kalian betapa dia berusaha untuk membuktikan dia seorang individu yang punyai akal fikiran dan perasaan?
Ah, cerita ni terlalu banyak isu yang ingin diketengahkan...bukan sekadar bahan tontonan biasa; Ibu bapa dan para guru, hayati cerita ini dan ambil pengajaran. Apa peranan guru, apa peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak?
(Setiap kali menonton, setiap kali itulah mata mula berair...)
0 komentar:
Post a Comment