Pages

Monday 4 August 2008

anak ibu




Ibu saya selalu kata, "Kak Long, dah macam panda bear dah mata tu. Itulah, tidur lambat-lambat lagi. Ibu dah suruh buat kerja awal-awal tak mboh...yadayadayada"

Kalau dulu, saya sangat tak suka dengar ibu membebel (siapa suke?)...tapi sekarang, bila dah besar dan tak ada orang melarang, saya mula faham; bebelan ibu itu tanda dia kisah, tanda dia sayang, tanda dia risau.

Entahlah...tapi orang lain cakap, ibu manjakan kami sangat...Manja? Tak kisah pun. Saya ni anak sulung, tapi perangai tak pernah macam yang sepatutnya. Kalau dengan adik, saya berebut nak baring atas peha ibu...tapi, biasanya adik yang menang...sebab kepala dia lagi ringan daripada saya hehe (lenguh la ibu saya kalau saya baring lama-lama).Kadang-kadang (kebiasaannya), kalau ibu tengah suapkan budak-budak kecik, kami tumpang sibuk..mintak suap hehe...bak kata Ama dan Kak Yunni "nak kasih sayang".

Masa kami kecik-kecik dulu, sebelum tidur, ibu buatkan minuman panas; milo, susu, vico @ horlicks. Tapi, lama-lama, ibu dah tak buatkan lagi sebab kami adik-beradik degil tak mau minum; selalu menyorok sampai minuman tu sejuk...Tapi, kami selalu curi-curi minum air dalam gelas ibu (hehehe sangat seronok, kami cover line sesama kami). Ada sebab kami buat begitu; sebabnya, kami rasa, apa-apa air dalam gelas ibu lebih sedap daripada kami punya...even plain water tasted better in her glass :) Kadang-kadang, ibu tak sempat pun minum, air dah habis dan dia kena buat lagi sekali...masa tu, mulalah kami adik-beradik gaduh.

"Yang pegi minum sampai habis tu kenapa?"

"Ah, abang yang minum sampai separuh. Kak Cik minum sikit je."

"Kesian kat ibu. Ha~ha~ (goyangkan jari) Tak tahu, nanti ibu marah."

"Eh, Kak Long yang start minum dulu. Kak Long cakap air ibu sedap."

"Kak Long tak suruh Afiq dengan Kak Cik minum-" wengwengngaumMeoweeeekscreech...mulalah bercakar...hehehe

Padahal, ibu dah tahu perangai kami...ibu sengaja letak dalam satu gelas; air tu dia buat satu koleh sebenarnya, tak tunjuk kat kami je...

Walau macam mana penat atau marah sekalipun seorang ibu, kalau anak dia buat sesuatu yang baik, penat tu akan hilang dan amarah tu akan reda. But sometimes, we took things for granted. We always think that there's always tomorrow to show her our love. We always think she'll always be there. We seldom think that death is very near to the extend we've forgotten to make her life free from pain. Tak salah kan kalau kita cakap kita sayang mak bapak kita setiap hari?

Kak Long rindu~~

Duduk di rantau orang, perkataan rindu tentu sahaja meniti di bibir. Duduk di rantau orang, tentu sahaja hati terkenang-kenang kampung halaman.
Apa khabar, ibu? Jangan risau, kak long tak pernah tak cukup makan. Terlebih sebenarnya hehe. Oops, yes, yes, I'll reduce the food intake...
Bapak ok? Don't worry, I'm as healthy as a cow...cow? ishk lain pulak maknanya...Bapak pun dua kali lima, ok.
Yo bro, sihat kamu? ...huh? Stress?Biasalah tu, nama pun belajar; mana mungkin senang.
Kak Cik dan Kak Wa rindu Kak Long? hehe I know, I know. I pun rindu you...kita kan tidur sekatil, kadang-kadang sebantal...makan pun sepinggan (cis, semua pun malas nak amik pinggan huhu)
Adik? Yuhu, adik?? Ha? Adik merajuk lagi? Beli je la aiskrim 2posen tu...ape? dah makan 3? melantak ke?

haih...apa khabar itik-itik kepala hijau?
apa jadi dengan angsa-angsa yang sudu aku dulu?
masih hidup ke kucing yang amik ikan aku tu?
ayam katek tu lepas hajat kat tangga rumah lagi ke??

*Tirah, kan tahun depan kau dah nak balik...sekejap je tu...ni pun dah setengah tahun kau kat sini...

Pain and joy


Since I can remember, I have always have great passion in sports. But one thing i lack of, is the physical build of an athlete. Saya suka mencuba, dan saya sudah mencuba pelbagai jenis sukan. Saya suka menonton siaran-siaran berkenaan sukan; suka meneliti pergerakan atlet dalam sesuatu acara. Let say, i like the arts in sports.
Itu gambar semasa KAGUM 2007, di Ipoh. Itu gambar selepas habis pertandingan. Gambar gembira kami :)
Saya tak main pun sebenarnya...tapi, saya bukan duduk saja; saya jadi tukang sorak. Seronok, pak cik yang bawak bas pun sama2 jadi pasukan sorak IPBA. Kadang-kadang, boleh gugur jantung dengar pak cik bas ni jerit (dan menggerunkan pasukan lawan hahahha).
Saya suka berlatih, saya suka pengalaman bersusah-payah begini. Sebab saya tahu, suatu hari nanti, perkara-perkara sebegini yang akan saya rindukan. Memang betul pun, saya sangat rindu saat-saat kami berlatih. Walaupun ada beberapa perkara yang mengguris hati saya, saya tetap merasakan semuanya sebagai pengalaman berharga dalam hidup saya.
Saya pernah mop lantai gym, sebab kasihan pada pemain sebenar...hehehe tapi tak sempat nak habiskan mop lantai...3 pakcik ni (abg wan, encik faiz, n mr ahmad aka matjack)dah sampai dan amik alih kerja saya hehe (sorry, saya buat lantai basah)
begitulah sebenarnya...saya suka perasaan berpasukan...bila sama-sama rasa susah dan senang. hmmm, rindu duduk rehat ramai-ramai dekat scud lepas main badminton :)

Sinai dan matlamat

*A scenery worth of 4 hours walk, 20Egyptian Pounds, sweats, trembling legs, continuous tears, and i-hate-you-camel glares*
untuk pengetahuan korang, saya berpeluang melawat Mesir baru-baru ini. Seronok tengok tempat orang, seronok tengok gelagat orang, seronok belajar budaya baru. Tapi, entry saya kali ini bukan pasal Mesir secara keseluruhan, tapi saya nak fokus pada pendakian Gunung Sinai@ Jabal Musa. The journey started at around 2.00am. After some warm-up session (*chuckle* it didn't do any better for me hehe), we were all set to conquer Mt. Sinai.
Saya rasa tercabar sebenarnya, oleh tour guides kami. "Kalau irah sampai kat atas tu, tanpa naik unta, saya belanja"..."Irah, naik gunung ni boleh hilang 5 kilo"...uff tak tahulah apa perasaan saya masa tu; marah ke? entahlah, yang saya tahu, saya nak buktikan bahawa saya ni pantang diperlekehkan. Ohh, di awal perjalanan, saya la orang yang paling laju. Habis semua orang saya potong, "tepi, tepi, saya nak lalu " (hehehe tak ade la sampai cakap macam tu...nak kene lempang??)

Lepas seketika, saya seluk poket beg saya; alamak, inhealer tak ada! Ah, saya dah mula panik. Habis semua poket saya seluk, tetap tak ada. Oh, baru saya ingat, malam sebelumnya saya kemas beg galas saya, langsung terlupa nak masukkan kembali inhealer ke dalam beg. Abg Guna tanye "Tirah, u OK?"...mungkin dia perasan muka saya dah berubah menjadi risau. "Saya terlupa bawak inhealer".
Saya tak tahu apa yang terjadi, tapi sedar-sedar saya sudah berada dalam kelompok paling belakang. I was imagining the worst scenario that might happen to me; asthma attack, fainting, trouble breathing, slipped down...died X.X

Sebenarnya, perkara-perkara di atas tu bukan perkara yang amat saya risaukan. Saya paling takut menyusahkan orang kalau semua perkara tu terjadi. Ye la, kalau saya lelah, mesti kena ada orang yang jaga saya; meaning at least salah seorang drp kumpulan kami terpaksa membantutkan hasrat nak panjat gunung pagi tu...faham tak? saya takut dibebani dengan perasaan bersalah sebenarnya.

Akhirnya, kumpulan paling belakang ada 4 orang semuanya. Saya (obviously hehe), izyan, kak nad n pakcik husni. Kalau diikutkan, yang lain-lain tak ada masalah untuk mendaki lebih pantas, boleh je tinggalkan saya huhu...Tapi, atas rasa tanggungjawab, mereka bertiga tetap menemani saya.

It sounded very simple, right? Wait for this one friend, go up the mountain together...But the truth is, we took 2 hours longer than the rest of the group...and that was because of me. Kaki saya sudah tak mampu melangkah, dan itu pun belum sampai separuh jarak yang kami perlu lalui. Setiap 20 langkah, saya akan tercungap-cungap menarik nafas. Bayangkan kesabaran diorang bertiga terhadap kerenah saya.
Laluan gunung itu, semakin lama semakin curam. Ada satu ketika, saya cuba berjalan mengundur, dan saya rasa sangat ringan. Kak Nad suruh saya berhenti tapi saya kata "Ini lagi senang, rasa sangat ringan" dan saya tersengih... Kak Nad tarik saya dan dia kata "itu bukan berjalan, itu melayang namanya"...ish! masa itu, saya dah tak boleh berfikir dengan betul. Kak Nad dan Yan cuba sedaya-upaya memastikan saya berjalan di bahagian 'dalam', bukan di bahagian tebing gunung. Anything can happen.

Sebenarnya, ada je disediakan unta untuk para pendaki. Tapi, saya tak sanggup ambil. Pada awalnya, sebab cabaran yang diberi. Tapi akhirnya, sebab perasaan bersalah yang semakin kuat beraja dalam hati. I was thinking, that if I wanted to ride a camel, I should have done it earlier, much earlier. Not now, when I'd wasted these people's time waiting for me. Because of that, I thought "it's best if I rely on my own feet to reach the top of the moutain."

akhirnya, dengan takdir Allah, kami pun sampai ke puncak gunung. Masa itu, waktu Subuh sudah nyawa-nyawa ikan, sudah hampir habis. I felt very guilty, becoz I knew they all wanted to spend more time there before the sun rose. Solat Subuh pagi itu, amat bermakna buat saya. Pakcik Husni jadi imam, dan saya, Yan dan Kak Nad menjadi makmum. Just when my forehead touched the ground, tears rolled down my cheeks. I thanked Allah for making it possible for us to be on Mt. Sinai.

The rising sun was breathtakingly beautiful. It would not be possible for me if my friends there did not motivate me. Ada hikmah di dalam setiap perkara yang terjadi; saya belajar sesuatu: Apabila matlamat kita sama, kita akan saling membantu untuk mencapai impian itu. Mereka yang mempunyai tujuan yang sama, tak akan membiarkan kawannya terus-menerus ketinggalan...Terima kasih kawan-kawan :)

Friday 1 August 2008

He knows

Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya, kan?

Kalau tidak kerana saya dikhianati seseorang, mungkin saya tidak mengerti nilai kesetiaan.
Kalau tidak kerana saya ditinggalkan, mungkin saya tidak memahami bagaimana peritnya berseorangan.
Kalau saya tidak diduga, mana mungkin saya akan mengenal perkataan cekal dan tabah.
Kalau saya tidak pernah merasai bagaimana tergurisnya hati apabila dicerca, mana mungkin saya memahami perasaan orang yang dihina.

Setiap perkara yang terjadi dalam hidup saya, bukan perkara yang sia-sia. Setiap satu kejadian membentuk siapa saya hari ini. Setiap orang yang saya temui, setiap liku yang saya lalui, setiap ilmu yang saya pelajari; InsyaAllah, mengajar saya erti hidup.

Allah Maha Mengetahui :)