Ada ibu bapa yang amat menekankan aspek akademik ke atas anak masing-masing. Saya agak terpempam apabila ada ibu bapa boleh naik angin apabila anaknya tidak mendapat markah 90 ke atas. Saya dan ibu saya cuma mampu bertukar pandang tatkala mendengar keluhan emak budak tu. Satu, saya memang tak setuju jika keputusan anak yang kurang memuaskan (err...kurang memuaskan ke 90++?) dicanang-canang pada orang sekeliling. Dua, saya sama sekali tidak setuju apabila ibu bapa merendah-rendahkan anak-anak di hadapan orang lain. Kata-kata seperti “ah, anak aku tak boleh harap”, “dia tu pemalas” atau “anak aku tu tak pandai” jika dituturkan di hadapan anak-anak, pasti mencalarkan perasaan. Lagipun, setiap kata-kata anak Adam adalah doa, apatah lagi kata-kata dari ibu dan bapa sendiri.
Ada pula ibu bapa yang cuba memotivasikan anak-anak mereka membaca dengan menjanjikan hadiah yang bermacam-macam. Saya bimbang, sebab kanak-kanak apabila dijanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan, mereka akan hilang kepercayaan pada orang dewasa. Saya tidak mahu mereka jadi begitu. I’ve personally experienced it. I’ve had promised my brother to bring him to the library last December. Nak cari buku kartun Lat. Saya ambil masa beberapa minggu sebelum saya berjaya bawa kereta ke Perpustakaan Negeri Terengganu tu.
Akibatnya, adik saya merajuk dalam beberapa minggu itu. Kesian la pulak.
Tapi, yang saya perhatikan, membaca boleh jadi satu perkara menyeronokkan! Kenapa adik saya beria-ia mahu ke perpustakaan dan mencari buku-buku tersebut? Kenapa sepupu saya tak mahu langsung melihat buku walau disuruh berkali-kali oleh emaknya? Satu, sepupu saya tu merasakan membaca itu satu bentuk hukuman ke atas dirinya yang asyik main je satu hari. Dua, mana la budak-budak mahu membaca tatkala ibu dan bapanya sibuk menonton TV.
Kadang-kadang akibat terlalu taksub pada pencapaian akademik, kita gagal memberi ruang kepada mereka untuk 'reading for pleasure'. Budaya membaca hanya wujud apabila peperiksaan bakal menjelang. Kita gagal mewujudkan satu budaya' membaca atas dasar cintakan ilmu'. Walhal, kalau kita berikan ruang pada sesiapa untuk memilih bahan bacaan mereka, kita akan dapat belajar lebih banyak tentang diri mereka.Adik perempuan saya sukakan novel. Agak jiwang. Namun, akhirnya saya mengerti, gaya bahasa di dalam novel yang dibacanya sesuai dengan jiwanya. Akhirnya, mutu bahasanya bertambah baik dan gaya penulisannya lebih teratur. Oh, that's why she loves 'Penulisan Bahasa Melayu'. Barulah saya tahu.
Abqari pula sukakan buku-buku fakta. Ensiklopedia dan buku-buku sains menjadi kegemarannya. He loves quizzes.
For muslims, this is the thing to ponder upon: Apa tujuan kita membaca? Sekadar mengisi masa lapang atau untuk mencari ilmu? Kenapa nak cari ilmu? Untuk kepentingan dunia semata-mata atau untuk kita mendekatkan diri pada Yang Maha Pencipta?
Ada tak kita rasakan bahawa 'membaca adalah satu kewajipan' sebagai seorang manusia?
.
.
.
.
Hahah. Sila rujuk surah Al-Alaq, ayat 1-5.
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)
Ada tak kita rasakan bahawa itu adalah satu arahan? Arahan untuk membaca dan menimba ilmu? Saya juga merasa agak payah untuk mula membaca. Subhanallah, Allah punyai perancangan yang sangat rapi. Allah kurniakan saya sahabat-sahabat yang gemar membaca. Berlainan genre, namun semuanya menuju ke arah matlamat yang sama; iaitu mengenali Allah dan memahami agama ini. Banyak sangat manfaat yang kita peroleh dengan membaca. Sedar tak sedar, membaca mengurangkan tabiat-tabiat bercerita pasal si fulan dan si fulan. Setiap kali berjumpa dengan kawan-kawan, terasa seolah-olah mahu berkongsi apa yang telah dibaca, terlupa langsung nak mengumpat. 'Allow me to enlighten you' heheh. Bahan bacaan yang baik tentu mengandungi peringatan kepada kita orang Islam. InsyaAllah, once you've gained your reading momentum, it's difficult to stop you. And you'll crave to learn more and more and more. Dah baca tu, jangan lupa nak kongsi pula dengan orang lain heheh :) Moga kita sama-sama memanfaatkan antara kita.
0 komentar:
Post a Comment