Lalu, atas takdir-Nya, bumi UK menjadi tempatku mencari makna hidup sebenarnya. Tempat yang asing pada mulanya bagi diriku, menjadi tempat aku kembali kepada fitrahku. I rediscovered the faith. Di sana, aku dipertemukan dengan teman-teman yang punyai matlamat dan arah tuju yang sama, Akhirat. Diri kerdil ini disiram dengan pengisian rohani, dan jiwa ini dikuatkan dengan cerita-cerita dari al-Quran dan hadis. Subhanallah, indahnya perasaan jiwa yang terisi. Betapa kuatnya aku di tanah asing. Musim-musim yang berlalu, membuatkan aku lebih mencintai ciptaan-Nya.
Setiap pertukaran musim membuatkanku sedar akan masa yang berlalu, dan hidupku yang semakin singkat. Apabila aku sedar akan makna sebenar hidup, persepsiku terhadap dunia, berubah. Semangat untuk menyampaikan menjadi berkobar-kobar. Kerana itu, tertulisnya blog, terhasilnya lukisan-lukisan untuk menyampaikan mesej Islam.
Pulang ke tanahair, situasi berbeza menyebabkan aku terhanyut, kembali. Astaghfirullah. Aku sekarang berada dalam zon selesa. Kembali ke tanahair. Kembali ke pangkuan keluarga. Terdedah kepada media massa yang menghamburkan hiburan-hiburan murahan. Terdedah kepada masyarakat yang berstatus Islam yang lain dari apa yang dinyatakan dalam al-Quran. Dan aku hanyut dalam lautan budaya mainstream yang jauh dari nilai agama. Aku menjadi lemah di tanah asalku.
Maka, benarlah kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib, yang bermaksud, “Jiwa kamu jika tidak disibukkan dengan ketaatan akan disibukkan dengan kemaksiatan”. Maksiat,secara mudahnya adalah perkara-perkara yang menjauhkan kita dari Allah. Kadang-kadang, bukanlah kita tidak sedar bahawa apa yang kita lakukan itu mempunyai unsur maksiat. Tapi, sangat sukar untuk menguatkan jiwa agar berpisah daripada perkara-perkara maksiat tersebut, kan? Sangat sukar untuk mengakui bahawa apa yang kita lakukan itu, salah… atau ungkapan yang lebih tepat, dosa. Kadang-kadang, pelbagai alasan dihamburkan untuk mengelabui kesalahan perbuatan itu atau meng’halal’kan perkara maksiat. Contohnya, “Aku dah cuba dah, tapi tak boleh. Aku tak mampu.” Aku tak mampu meninggalkan perkara yang menyebabkan saham dosaku berganda. Aku tak mampu meninggalkan maksiat.
Kita lupa, bahwa usaha itu yang dinilai Allah. Kita lupa, bahawa Allah yang memberi kita kekuatan dan ketabahan. Maka, berdoalah. Letakkan perngharapan pada Allah agar Dia menuntun diri kita kepada-Nya. Sedarlah wahai jiwa yang lemah, that Allah is The One who holds our hearts, seolah-olah di antara dua jari yang mana senang sahaja bagi-Nya untuk membolak-balikkan hati kita ini. Maka, kerana itu, aku sangat takut. Sangat takut zaman gelapku kembali. Aku sangat takut kehidupan yang tidak ada arah seperti dahulu.
Pernah satu ketika aku menjadi hairan akan orang yang boleh berubah wataknya apabila berhadapan dengan lain orang. Fulan 1 menjadi baik wataknya apabila berhadapan dengan Fulan 2. Percakapan Fulan 1 menjadi lembut dan tiada kata-kata makian terucap dari lidahnya. Namun, apabila Fulan 2 tiada, Fulan 1 kembali kepada watak asalnya yang asal; kata-katanya kasar, dan ada caci-maki terselit dalam percakapannya. Aku terfikir, kenapa dia berpura-pura baik di hadapan Fulan 2? Apakah Fulan 1 cuma boleh menjadi baik apabila Fulan 2 ada berdekatan? Qudwah hasanah. Fulan 1 melihat ciri-ciri yang baik dalam diri Fulan 2, yang mana tidak terlihat olehya dalam diri fulan-fulan yang lain. Faham tak? Soalan yang patut aku tanyakan pada diri adalah, ‘apa ciri-ciri yang ada pada Fulan 2 yang menyebabkan orang lain juga mahu berperilaku baik?’ Apakah kelemahan diri aku yang menyebabkan orang lain tak ada perasaan segan pun buat maksiat?
Kerana itu, aku butuh teman-teman yang saling memberi peringatan atas dasar saling mencintai. Yang sama-sama berusaha mencari redha-Nya, yang SENTIASA berusaha mencari redha-Nya. Yang mencintai Allah dan Rasul melebihi kecintaan kepada selain keduanya. Yang sama-sama berjanji untuk memperbaiki diri. Teman-teman yang solatnya dan ibadahnya, hidup dan matinya, adalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang sentiasa berusaha mencari penyelesaian masalah mengikut lunas-lunas yang disyariatkan Allah. Aku perlukan orang yang mengingatkan aku tentang negeri abadi.
Sangat senang untuk berubah secara hakikatnya.
Namun, adalah amat sukar untuk istiqamah. Maka, berdoalah mohon kekuatan daripada-Nya.
1 komentar:
Aslm wbt Athirah yg memiliki Basirah,
Masha Allah, takut sungguh tatkala membaca ini. Rasanya seperti ingin menangis. Doakan ya, agar kita thabat di jalan ini, no matter what happen.
Remember the words of our brother in Palestine, if people and the world around you go against you, will you still go on?
May Allah keep us in this path...
[al-Imran:08]
Jazakillahu khayran kathira for the reminder
iLOVEu sister...
Love,
traveller
Post a Comment