Monday, 12 December 2011
A step towards happiness
Kuss semangat. Balik sahaja dari KARNIVAL PEMILIHAN ATLET BADMINTON TERENGGANU, aku dikejutkan dengan berita itu. Macam mana kakak aku ni boleh setuju nak kahwin dengan orang tu? Selama ni bermati-matian dia menolak (Tak adalah dia 100 peratus tak mahu pada lelaki itu. Ada beberapa perkara yang dia tak berkenan, tu je.)
AKu menguis-nguis nasi di dalam pinggan. Dalam kepala ni, berkecamuk pelbagai soalan. emo betul. ish! Apakah kakak aku takut tak ada orang lain mahu padanya? Kenapa dia nak terima pulak? Kenapa?
"Baik terima orang yang sayang kita lebih, Kak Long." jawab kakak aku. Aku senyap.
Kakak aku ini bukan orang yang memandang rupa, jauh sekali harta lelaki, hatta pangkat. Tidak ada dalam kamusnya semua itu. Dia tidak demanding. Dia tidak berpendidikan tinggi. Tapi akhlaknya, tinggi. Hatinya tulus. Tak lokek dengan ibu. Dia tak pernah membantah cakap ibu. Bukan seperti aku (yang kuat juga memberontak). Dia berkawan dengan semua orang, peramah. Tak pernah menilai seseorang berdasarkan fizikal dan taraf sosial. Dia cukup baik sebagai seorang manusia.
Kerana itu aku mahu dia mendapat yang lebih baik. Orang yang mampu membahagiakannya. Rupa-rupanya, lelaki yang menunggunya selama 6 tahun itu juga yang berjaya. Aku juga perlu menerima. InsyaAllah. Moga-moga ini yang terbaik.
******
Mula-mula pihak lelaki mahu datang merisik. Alih-alih, 5 hari sebelum, mahu terus bertunang. dan ibu panik. Hantaran! Macam mana nak siapkan hantaran??
Tapi, aku ni, banyak mulut. Selalu nak mempersoalkan adat. Ibu penat menguruskan. Beli itu,beli ini. i don't like seeing her all tired, coz then.. she'll be grumpy and easily irritated. kehhh, sounds familiar (><')
Aku jadi kasihan padanya, lantas bertanya, "Kenapa kena buat majlis pertunangan? Tak boleh ke pihak lelaki datang hantar cincin aje? Emm, tak buat hantaran tak boleh ke? Wajib ke? Dosa ke kalau tak ada balasan pihak perempuan? Kenapa perempuan kena bagi lebih? Buat je la sama, 5 balas 5."!!!!!!
seb baik tak kena 'PANG' dengan ibu. huhuhu. tidak, aku tak naik suara. aku tanya slow-slow. Tapi aku tak adalah membantah atau boikot. Aku cuma berusaha beri cadangan, atau jalan keluar supaya parents, family tak rasa terbeban nak menyiapkan ADAT Melayu itu. Malahan aku juga seronok mahu meraikan.
Maka persiapan menjelang majlis pertunangan pun bermula. Sabtu lepas, rumah warisan ini terhias cantik. Al-maklum, sudah lama rumah pusaka ini tidak meraikan sesuatu seperti ini. Maka, mak cik-makcik dan pakcik-pakcik terdekat sibuk membantu. Alhamdulillah. masing-masing menyumbangkan sesuatu bagi memastikan kelancaran majlis. Sekali aku tengok, dah macam nak buat majlis nikah pulak. Dengan karpet-karpet, langsir pinjam. Cantik sangat.
******
Ohya! Malam itu ada gerhana bulan. Maka, majlis mula dalam pukul 9.30 malam, supaya semua orang berpeluang solat sunat gerhana.
Rombongan lelaki tiba dengan 5 buah kereta. maka, penuhlah satu rumah. Terang-benderang macam nak raya. (Terjengket-jengket juga aku mencari si lelaki, tapi, cik adik oi, biasanya si lelaki tak akan datang majlis bertunang. nanti orang kata gatal. huhuhu. i dunno why, but i'm in love with this kind of adat. HALUS caranya.heheh.)
Dulang-dulang hantaran disusun sebelah-menyebelah. Masa inilah kedua belah pihak memperkenalkan ahli keluarga. Jurugambar-jurugambar pun mulalah beroperasi. Bunyi-bunyi lensa *snap* *snaP* serancak dialog jurucakap keluarga masing-masing. Doa selamat pun bergema. Dalam majlis ini jugalah mereka berbincang mengenai :
i) tarikh pernikahan
ii) jumlah hantaran
iii) sebarang kemusykilan lain (which tak ada pun :>)
Biasanya selepas perbincangan, dan kedua belah pihak bersetuju, maka adat menyarung cincin tunang dilaksanakan. (Emak si lelaki yang akan menyarungkan cincin tunang ke jari manis tangan kanan si perempuan, okay! Jangan memandai si lelaki nak pergi sarung cincin tuh sendiri. Kerat tangan baru tau!)
Tapi, majlis ni tak jadi macam biasa. Sebab bapak aku belum balik dari solat sunat gerhana. Orang lain pergi masjid lain dah lama balik. Tapi masjid kat kampung aku ni, mula lambat sikit. jadi, bagi menghormati bapak, semua tetamu dijemput makan terlebih dahulu.
(Of course Kak Wa aku mahu makan sama-sama. Perutnya dah meragam. itulah, orang suruh makan awal tadi, tak mahu. Kenyang la, hape la.) dengan rasa berat hati, terpaksa kami tak bagi dia keluar bilik untuk makan. Mana boleh. Anak dara ni tak boleh 'reveal' dulu. Tak saspens.
Tepat pukul 10 malam, semua orang kembali ke posisi masing-masing. Bapak pun dah balik. Tersengih dia. Apalagi, anak dara disuruh keluar, terus ke ruang tamu yang dah ada langsir bergantungan. Nganga semua orang. Kakak aku lawa tau. Sekali dia pakai baju cantik, semua orang tak lepas pandang. Kak Wa bersimpuh di atas kusyen bersarung kain berwarna krim. Ibu baru siap jahit semalam. hahahha. *klik* Klik* KLiK*!!!
Tetamu meminta diri. Sudah 10.30 malam. Selesai. Alhamdulillah!
(semua orang bergegas ambil pinggan, ceduk nasi panas, gulai daging, ayam masak merah, sambal belacan, ikan kering... PERGHHHH!melantak!)
****
Aku bukan membantah adat. Adat Melayu terkenal dengan kehalusan dan maksud tersirat. Aku suka. Cumanya, bilamana adat menjadi satu bebanan ke atas pelaksana, maka di situ aku berani mempersoalkan. 'Nanti apa orang kata?'- itulah baris ayat yang paling menakutkan masyarakat Melayu. kalau kita tahu kita tidak melanggar syariat Islam, dan berada di pihak yang benar, kenapa perlu takut pada kata-kata orang?
Sejauh mana yang aku faham, ISLAM lebih tinggi dan mulia dari mana-mana adat. ISLAM yang tidak membebankan dan mampu dilaksankan oleh semua golongan. Mari kita berusaha agar syariat lebih mudah untuk dilaksanakan.
*makan sirih itu memudahkan urusan jodoh, betul ke? pikir sendiri! Hewhewhewhew (>,<)
fakta auta
err... Aku pandang sekilas ke arahnya. Dari tadi tak habis-habis cerita pasal orang. Apa motif? Habis sahaja air di dalam gelas, aku terus berdiri, mahu menuju ke dapur. "Sudahlah. Apa cerita pasal orang?" aku senyum padanya.
Terjegil matanya. Ah, bukan aku tak biasa dengan jegilan tak puas hati itu. Ujarnya, "Orang bagitahu fakta. Bukan nak mengumpat.
Aku tersengih. "Iya. Betul. Bukan ke mengumpat tu maksudnya menceritakan fakta tentang orang? Kalau tak fakta, AUTA (tipu dalam loghat Terengganu). Jadi fitnah pulak."
Segera aku tinggalkan orang-orang tua itu terpingga-pingga. Apa yang dicakapkan kembali kepadaku pun aku tak dengar. Jarak ruang tamu ke dapur agak besar. Sampai di dapur, aku menghembus nafas lega. LEGA! Berjaya lari dari menadah telinga ini. Iya. AKu sudah banyak kali buat begini. Melarikan diri. Adik aku juga pun pernah menegur, katanya aku kurang ajar. Orang berasa hati dengan sikap aku yang suka 'angkat kaki' ini.
Tapi, apa aku boleh buat? Hati aku merusuh. Aku tak mahu menadah telinga mendengar umpatan orang. Sudah ditegur jangan mengumpat, aku juga yang dipersalahkan. Salahkah aku bilamana aku melarang membuka aib orang lain? AKu juga yang jadi ALIEN. Tak apalah. Tak mampu mengubah dengan lidah, baik aku arahkan tubuh aku berubah tempat. Heheh.
Kembali aku menapak melintasi ruang tamu. Mahu ke bilik. Aku tahu dia makan hati dengan sikapku. Jadi, aku pun bertanya padanya, "Tak tahulah. Dulu orang belajar, mengumpat tu menceritakan hal orang. Samaada baik atau buruk. Ke, orang salah dengar?"
"Em. Betullah. Orang tak kata salah." itu jawapan darinya.
Settled. Masuk bilik. Kunci pintu. FUUHHH.
'Oh, hati. Kau kena kuat. At least, kau kena tolong aku menidakkan kemungkaran. Kau jangan goyah, beb!'
mencari
Assalamualaikum wbt.
Cuti dah hampir sampai ke penghujung. Dalam cuti ini jugalah ramai kawan-kawan yang melangsungkan ikatan pernikahan. Barakallahu feekum. Mohon maaf sebab tak dapat hadir (><).
Dalam umur yang sebegini, soalan-soalan yang biasa singgah adalah:
"Tak ada boyfriend?"
"Kak Long dah ada orang belum?"
"Ada berkenan pada siapa-siapa?"
"Bila nak nikah nih?"
Dulu, saya akan jawab, "ish, mana ada".
Sekarang, jawapan standard adalah, "Sampai jodoh, one day, insyaAllah."
Semenjak saya faham bahawa kata-kata anak Adam adalah satu doa, maka, (of course) saya mahu jadikan kata-kata saya satu doa. Apatah lagi, soalan-soalan seperti di atas bukan sekali dua perlu dijawab; boleh dikatakan hampir semua saudara saya bertanyakan hal yang serupa. Maka, jawapan berbentuk doa menjadi pilihan saya. Amin. (^^)
Sebenarnya, sebagai insan biasa, saya tak lari daripada dibelenggu dengan kerisauan terhadap persoalan jodoh (@_@'). Suatu hari, De (ini panggilan untuk mak uda saya) berpesan kepada saya supaya amalkan ayat ni:
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan berpasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.