Pages

Monday 12 December 2011

A step towards happiness

"Kak Wa terima dia?? APA??"

Kuss semangat. Balik sahaja dari KARNIVAL PEMILIHAN ATLET BADMINTON TERENGGANU, aku dikejutkan dengan berita itu. Macam mana kakak aku ni boleh setuju nak kahwin dengan orang tu? Selama ni bermati-matian dia menolak (Tak adalah dia 100 peratus tak mahu pada lelaki itu. Ada beberapa perkara yang dia tak berkenan, tu je.)

AKu menguis-nguis nasi di dalam pinggan. Dalam kepala ni, berkecamuk pelbagai soalan. emo betul. ish! Apakah kakak aku takut tak ada orang lain mahu padanya? Kenapa dia nak terima pulak? Kenapa?

"Baik terima orang yang sayang kita lebih, Kak Long." jawab kakak aku. Aku senyap.

Kakak aku ini bukan orang yang memandang rupa, jauh sekali harta lelaki, hatta pangkat. Tidak ada dalam kamusnya semua itu. Dia tidak demanding. Dia tidak berpendidikan tinggi. Tapi akhlaknya, tinggi. Hatinya tulus. Tak lokek dengan ibu. Dia tak pernah membantah cakap ibu. Bukan seperti aku (yang kuat juga memberontak). Dia berkawan dengan semua orang, peramah. Tak pernah menilai seseorang berdasarkan fizikal dan taraf sosial. Dia cukup baik sebagai seorang manusia.

Kerana itu aku mahu dia mendapat yang lebih baik. Orang yang mampu membahagiakannya. Rupa-rupanya, lelaki yang menunggunya selama 6 tahun itu juga yang berjaya. Aku juga perlu menerima. InsyaAllah. Moga-moga ini yang terbaik.

******
Mula-mula pihak lelaki mahu datang merisik. Alih-alih, 5 hari sebelum, mahu terus bertunang. dan ibu panik. Hantaran! Macam mana nak siapkan hantaran??

Tapi, aku ni, banyak mulut. Selalu nak mempersoalkan adat. Ibu penat menguruskan. Beli itu,beli ini. i don't like seeing her all tired, coz then.. she'll be grumpy and easily irritated. kehhh, sounds familiar (><')

Aku jadi kasihan padanya, lantas bertanya, "Kenapa kena buat majlis pertunangan? Tak boleh ke pihak lelaki datang hantar cincin aje? Emm, tak buat hantaran tak boleh ke? Wajib ke? Dosa ke kalau tak ada balasan pihak perempuan? Kenapa perempuan kena bagi lebih? Buat je la sama, 5 balas 5."!!!!!!
seb baik tak kena 'PANG' dengan ibu. huhuhu. tidak, aku tak naik suara. aku tanya slow-slow. Tapi aku tak adalah membantah atau boikot. Aku cuma berusaha beri cadangan, atau jalan keluar supaya parents, family tak rasa terbeban nak menyiapkan ADAT Melayu itu. Malahan aku juga seronok mahu meraikan.

Maka persiapan menjelang majlis pertunangan pun bermula. Sabtu lepas, rumah warisan ini terhias cantik. Al-maklum, sudah lama rumah pusaka ini tidak meraikan sesuatu seperti ini. Maka, mak cik-makcik dan pakcik-pakcik terdekat sibuk membantu. Alhamdulillah. masing-masing menyumbangkan sesuatu bagi memastikan kelancaran majlis. Sekali aku tengok, dah macam nak buat majlis nikah pulak. Dengan karpet-karpet, langsir pinjam. Cantik sangat.

******

Ohya! Malam itu ada gerhana bulan. Maka, majlis mula dalam pukul 9.30 malam, supaya semua orang berpeluang solat sunat gerhana.
Rombongan lelaki tiba dengan 5 buah kereta. maka, penuhlah satu rumah. Terang-benderang macam nak raya. (Terjengket-jengket juga aku mencari si lelaki, tapi, cik adik oi, biasanya si lelaki tak akan datang majlis bertunang. nanti orang kata gatal. huhuhu. i dunno why, but i'm in love with this kind of adat. HALUS caranya.heheh.)
Dulang-dulang hantaran disusun sebelah-menyebelah. Masa inilah kedua belah pihak memperkenalkan ahli keluarga. Jurugambar-jurugambar pun mulalah beroperasi. Bunyi-bunyi lensa *snap* *snaP* serancak dialog jurucakap keluarga masing-masing. Doa selamat pun bergema. Dalam majlis ini jugalah mereka berbincang mengenai :
i) tarikh pernikahan
ii) jumlah hantaran
iii) sebarang kemusykilan lain (which tak ada pun :>)

Biasanya selepas perbincangan, dan kedua belah pihak bersetuju, maka adat menyarung cincin tunang dilaksanakan. (Emak si lelaki yang akan menyarungkan cincin tunang ke jari manis tangan kanan si perempuan, okay! Jangan memandai si lelaki nak pergi sarung cincin tuh sendiri. Kerat tangan baru tau!)
Tapi, majlis ni tak jadi macam biasa. Sebab bapak aku belum balik dari solat sunat gerhana. Orang lain pergi masjid lain dah lama balik. Tapi masjid kat kampung aku ni, mula lambat sikit. jadi, bagi menghormati bapak, semua tetamu dijemput makan terlebih dahulu.

(Of course Kak Wa aku mahu makan sama-sama. Perutnya dah meragam. itulah, orang suruh makan awal tadi, tak mahu. Kenyang la, hape la.) dengan rasa berat hati, terpaksa kami tak bagi dia keluar bilik untuk makan. Mana boleh. Anak dara ni tak boleh 'reveal' dulu. Tak saspens.

Tepat pukul 10 malam, semua orang kembali ke posisi masing-masing. Bapak pun dah balik. Tersengih dia. Apalagi, anak dara disuruh keluar, terus ke ruang tamu yang dah ada langsir bergantungan. Nganga semua orang. Kakak aku lawa tau. Sekali dia pakai baju cantik, semua orang tak lepas pandang. Kak Wa bersimpuh di atas kusyen bersarung kain berwarna krim. Ibu baru siap jahit semalam. hahahha. *klik* Klik* KLiK*!!!

Tetamu meminta diri. Sudah 10.30 malam. Selesai. Alhamdulillah!
(semua orang bergegas ambil pinggan, ceduk nasi panas, gulai daging, ayam masak merah, sambal belacan, ikan kering... PERGHHHH!melantak!)

****

Aku bukan membantah adat. Adat Melayu terkenal dengan kehalusan dan maksud tersirat. Aku suka. Cumanya, bilamana adat menjadi satu bebanan ke atas pelaksana, maka di situ aku berani mempersoalkan. 'Nanti apa orang kata?'- itulah baris ayat yang paling menakutkan masyarakat Melayu. kalau kita tahu kita tidak melanggar syariat Islam, dan berada di pihak yang benar, kenapa perlu takut pada kata-kata orang?
Sejauh mana yang aku faham, ISLAM lebih tinggi dan mulia dari mana-mana adat. ISLAM yang tidak membebankan dan mampu dilaksankan oleh semua golongan. Mari kita berusaha agar syariat lebih mudah untuk dilaksanakan.

*makan sirih itu memudahkan urusan jodoh, betul ke? pikir sendiri! Hewhewhewhew (>,<)

1 komentar:

Traveller said...

Salam

Malays are superb in weaving poetic words that will either melt the heart or puncture wounds; because of their sensitivity of other's feelings. However, at times, this were taken a bit too far that it hurts the religion. Malays too are excellent in their care for others (health, updates etc.). However, these feelings went a bit too far that made them nosy rather than caring; and reduced them to ghibah rather than protecting other's aib.

Wallahua'lam.

P/S: Eating sireh is found to be quite harmful for the teeth and gums. Jodoh? Nah, just make du'as - it's a win-win situation. Hehe

Love,
traveller

Post a Comment