Pages

Monday, 12 December 2011

mencari


Assalamualaikum wbt.

Cuti dah hampir sampai ke penghujung. Dalam cuti ini jugalah ramai kawan-kawan yang melangsungkan ikatan pernikahan. Barakallahu feekum. Mohon maaf sebab tak dapat hadir (><).

Dalam umur yang sebegini, soalan-soalan yang biasa singgah adalah:

"Tak ada boyfriend?"

"Kak Long dah ada orang belum?"

"Ada berkenan pada siapa-siapa?"

"Bila nak nikah nih?"

Dulu, saya akan jawab, "ish, mana ada".

Sekarang, jawapan standard adalah, "Sampai jodoh, one day, insyaAllah."

Semenjak saya faham bahawa kata-kata anak Adam adalah satu doa, maka, (of course) saya mahu jadikan kata-kata saya satu doa. Apatah lagi, soalan-soalan seperti di atas bukan sekali dua perlu dijawab; boleh dikatakan hampir semua saudara saya bertanyakan hal yang serupa. Maka, jawapan berbentuk doa menjadi pilihan saya. Amin. (^^)

Sebenarnya, sebagai insan biasa, saya tak lari daripada dibelenggu dengan kerisauan terhadap persoalan jodoh (@_@'). Suatu hari, De (ini panggilan untuk mak uda saya) berpesan kepada saya supaya amalkan ayat ni:

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡأَزۡوَٲجَ ڪُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ وَمِنۡ أَنفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُونَ (٣٦
QS. Yasin (36): 36

Amalan orang Melayu lazimnya menjadikan bacaan-bacaan sebegini sebagai ritual. Maksud saya, akan ada orang menyuruh begini: "baca 7 kali, sapu kat muka." "Baca sebelum keluar rumah." etc. etc. etc.

Saya kurang bersetuju kalau sekadar menjadi pak turut. Saya sudah dinasihatkan oleh sahabat-sahabat agar menjadi orang yang berusaha mencari kesahihan sesuatu amalan. Maka, saya senyum sahaja kepada pemberi petua. Namun, nombor ayat itu saya lekatkan kuat-kuat dalam kotak ingatan saya (^^). Saya mahu mengetahui maksud ayat itu!

Ada sahaja kelapangan masa, saya membelek mencari ayat yang dimaksudkan. Yasin, 36. Yasin, 36. Jumpa! Subhanallah! Ini maksudnya:


QS. Yasin (36): 36

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan berpasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

Allah is The Greatest! He knows what I've been worried about. Allah knows. Allah knows.

Dear Athirah, this is a reminder for you! You don't need to worry. Allah dah ciptakan semuanya dengan pasangan masing-masing. You already have a partner; you just haven't found him, just not yet .... Doa! Wahai jiwa! Make lots of doa!

I will meet him, someday. InsyaAllah.

1 komentar:

Anonymous said...

Salam

Answering your worries is your beloved ustaz: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=E-IQZItyS4c

Love,
traveller

Post a Comment