Semalam saya bermimpi; mimpikan seorang lelaki berjubah. Siapa dia? Saya tak punya walau sekelumit idea; tak sempat melihat wajahnya. Namun yang saya dapat saya rasakan, dia seorang tamu di rumah saya...dalam mimpi semalam, dia sudah mahu berangkat pergi meninggalkan kami sekeluarga. Saya tidak mengenalinya, namun terasa hati saya seakan ada ikatan dengannya. Dalam mimpi itu juga saya tahu dia sudah lama menziarahi kami, namun saya kurang berusaha untuk mengenalinya atau berbual dengannya. Dan saat dia mahu berangkat pergi, hati saya tidak mampu untuk melepaskan dia...
Saya terjaga...lama saya saya merenung siling...
Siapa lelaki itu? Kenapa saya sedih sedangkan saya tak mengenalinya? Kenapa dia datang?
Saya tersentak...boleh jadi lelaki itu namanya Ramadhan...
Boleh jadi, lelaki itu satu metafora bagi bulan Ramadhan ini... Ramadhan kali ini amat istimewa buat saya, banyak yang lalui untuk mengenali diri sendiri. Mungkin kerana itu, saya rasa ada tautan hati dengan saudara dalam mimpi itu...
Sebagaimana saya mensia-siakan kedatangan tetamu dalam mimpi itu, saya mensia-siakan Ramadhan yang penuh barakah ini...kurang mengambil inisiatif untuk menangguk kelebihan yang ada dalam bulan mulia ini... Sekarang, baru saya menyesal, dan seakan berdoa agar Ramadhan ini berpanjangan...seperti dalam mimpi, saya mahu tamu itu memanjangkan tempoh ziarahnya di rumah saya...
Namun, dia ada urusan lain dan harus meninggalkan kami...dan Ramadhan kali ini juga akan mengikut sunnah alam, sebagaimana masa yang sentiasa berjalan...
Thursday, 25 September 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komentar:
Post a Comment