Seronok duduk ramai-ramai, bersembang; kadang-kadang bersembang pasal hiburan, kadang-kadang hal pelajaran, kadang-kadang tentang teman idaman (@^^@)
Namun, perasan tak, seringkali 'brek' kita tak makan bila terbabas masuk bab mengata orang. Orang tu begini la, orang tu begitu la; seronok kan mengata aib orang lain, setan pun seronok la cucuk. Makan daging saudara sendiri. (<--klik link sebelah untuk video)
Menjadi juruhebah radio tak rasmi begini saya kira adalah satu pekerjaan yang tak beretika langsung. Oya, perlu diingatkan, 'menceritakan aib orang lain untuk menjatuhkan maruah' dan 'menceritakan perihal orang untuk mencari penyelesaian dan pengajaran' adalah dua perkara yang amat berbeza.
- mendedahkan aib orang lain demi keseronokan adalah dengan tujuan mengaibkaan orang tersebut; iaitu dengan matlamat menjatuhkan air muka atau merendahkan martabat orang tersebut
- berkongsi ehwal demi mencari penyelesaian selalunya bukan perkara yang seronok untuk dibicarakan. Tidak ada niat untuk merendahkan martabat orang itu hatta menjatuhkan maruahnya di hadapan orang yang mendengar. Dan selalunya, perkara sebegini tidak akan dihebahkan pada orang ramai; mungkin beberapa orang sahaja yang diyakini dapat memberi jalan penyelesaian
"Ala, releks la. Kitorang bukannya mengumpat. Kitorang cakap yang benar je."
Err...betul la korang cakap yang benar, yang betul. Kalau korang cakap benda tak betul, fitnah pulak namanya, kan?kan?
************************************
Macam mana dengan mengeji, ,mencerca atau maki orang secara depan-depan?"Ala, releks la. Itu lebih baik daripada mengata belakang. Baik kitorang cakap straight je kat *tooot tu."
Eish. Nak tegur pun, tak payah maki-maki. Cakap elok-elok. Cakap apa yang dia salah. Yang nak pi bagi gelaran bukan-bukan kat dia tu, kenapa?
"Ahh, biarlah. Baru puas hati aku. Dah dia tu menyakitkan hati sangat. Padan la muka dia."
'Selawat, istighfar banyak-banyak.'...err
Jap, jap. Bila korang dengar orang cakap suruh selawat, istighfar ni, mesti ada perasaan nak tak nak je kan?
Iyelah, time-time marah ni, suruh istighfar, selawat pulak. Tak kena la!
************************************
(gambar dari sini)
(gambar dari sini)
Marah itu kan ibarat api. Dan syaitan itu sifatnya dari api.
Api lawannya apa?
Ye, murid-murid. Api lawannya air.
Apa sifat air? Sejuk, mendinginkan. JADI, kalau marah, cuba amik air sembahyang, dengan ikhlas dan mengharapkan amarah tu surut. Lebih baik kalau amarah itu terus dapat padam.
"Tak syok la. Dah marah, kena la terus marah. Dah amik air sembahyang nanti, dah tak 'feel' nak marah."
Ha. Itulah tujuannye. Supaya marah tu dah tak melarat. Supaya sengketa tak bawak mudarat.

**********************************
Pernah duduk dalam satu komuniti yang korang rasa tak selamat tak? Dalam entry ni nak menjurus kepada keselamatan dari segi verbal la. Duduk dengan orang yang suka kata-mengata orang lain, suka mengumpat, suka mencela kelemahan orang lain...pernah ke merasainya? (note: kata-mengata ni tak semestinya terjadi menggunakan suara yang lantang; dan tak juga dalam keadaan si pencerita tu marah; 'menganyam ketupat' ni boleh dilakukan dalam apa jua suasana, ikut cita rasa). Kalau saya la orang yang diumpat tu, tentu saya tak hidup dengan aman. Yelah, asyik kena kutuk je. Buat ini salah, buat itu salah. Lalu kat sebelah je pun, ada tarik muka.
Hish. Macam la si pencerita tu perfect, tak ada kelemahan langsung. Orang lain je banyak cacat celanya. Dia sorang je la yang betul, yang rasional semua tindak-tanduknya.
hmm...apa perasaan duduk dalam komuniti macam tu? Tak selamat?
Rasulullah SAW bersabda: yang dikatakan muslim itu adalah manusia selamat bahaya lidah dan tangannya.
Jadi, nak jadi muslim ke tak?
Imam Ali RA: Hati yang jahat terletak pada mulutnya, dan mulut yang baik, terletak pada hatinya.
Fikir-fikirkan.
Rasulullah SAW juga bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
(link kat atas ni, digalakkan baca. boleh sama-sama belajar dan faham :) )
Pilih la yang mana korang nak. Ingat-ingatkan saya kalau saya terseronok mengata orang lain. Kalau korang rasa macam tak best dengar orang lain mengumpat, tak payahlah takut untuk tidak ketawa bersama-sama... mintak maaf, kalau ada silap salah.

3 komentar:
“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” [al-ankabut:38]
Masha Allah, muhasabah diri balik. Jazakillahu khayran kathira ya ukht. Remind me too. Biar menangis di dunia...
Fastaqim kama umirta...
wallahua'lam
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
salam, can i link your blog?
waalaikumusalam wbt. eira eixora, silakan :)*salah-silap sila tegur, ye.
traveller, sama-sama kita beringat huhu
Post a Comment