Pages

Thursday, 1 January 2009

kena tag dengan zatimj...(ye, aku banyak masa sekarang muahaha)

A. 5 fakta tentang aku

1) suka hidangan yang berwarna-warni; baru semangat nak makan hehe
2) senang kena distract bila tengah mendengar orang bercakap. Distracted tengok orang tu selak rambut la, tengok tangan dia tergawang-gawang mengikut rentak dia bercakap la. Sebab tu saya selalu lupa apa orang cakap. Easily distracted.
3) senang tidur….di mana-mana, bila-bila, apa-apa jurus gaya hehe
4) Tak tahu apa nak buat bila ada kawan tengah moody…Cuma tahu buat jurus tikus lalu (senyap je, tak berani nak tegur).
5) tak suka cerita-cerita pasal hantu. Sebab senang terbayang…imaginasi yang sangat melampau

B. 5 Perkara menakutkan aku di dunia

1)tempat gelap. Ni sebab ada tertengok cerita hantu (rujuk A no. 5) yang suka menyerang manusia bila tempat tu gelap. Dah berapa tahun dah cerita Toothfairy tu, tapi kesannya sampai sekarang. Ishk.
2)sendirian dalam bilik yang sangat luas
3) klinik gigi yang hingaq dengan bunyi mesin-mesinnya. Kalau bunyi tu tak kedengaran, xde hal
4) mimpi dah mati; tak sempat nak taubat
5) Allah lupa kat saya...mana mau lari beb?

5 lagu buat masa sekarang

1) Firdaus feat. Cat Farish & Akbar – Ku berlari (winter retreat, korang masih ingatkah?hehe)
2) Untouchable feat. Hwayobi – It’s Okay
3) errr…ayat kursi boleh? Sebab selalu jalan tempat sunyi dan gelap, tu je la halwa telinga saya huhu
4) Senario – Sebelum dan Sesudah (sebab ada lirik pasal cari kerja dan ponteng kerja)
5) Zain Bhikha – Allah Knows

D. 5 perkara yang selalu disebut

1) Tentang makanan dan nak masak apa.
2) Tentang berat badan yang tak turun-turun.
3) Tentang tempat yang nak dijelajahi.
4) sakit kaki
5) Tentang kemalasan yang melanda (zatimj 2008). (hehe, mintak maaf ye cik zati; cilok ayat)

5 perkara yang amat bernilai

1) lahir dalam umat yang Allah sayang.
2) jadi perempuan; sebab dalam Islam, Allah bagi banyak kelebihan sebagai kaum Hawa
3) my family
4) kawan-kawan, teman-teman, saudara-saudari yang saya kenali sekalian
5) air…anywhere


5 pertama kali dalam hidupku

1) Pertama kali pukul budak lelaki yang bukan keluarga adalah masa umur 6 tahun. Sebab, budak lelaki tu warnakan ‘elephant’ dalam buku kerja saya dengan pelbagai warna (eg. kaki biru, belalai hijau, ekor kuning…) . Kitorang tertukar buku sebenarnya. Tapi, budak lelaki tu fobia la kot dengan saya.


2) Pertama kali main badminton ialah masa darjah 6. Itik dengan angsa pun boleh gelak tengok saya main, mungkin mereka pun nak balas dendam dengan menggunakan serangan psikologi sebab saya guna kaum kerabat diorang as shuttlecocks.


3) Pertama kali jatuh motor …tak ingat bila, tapi dipercayai masih belum berumur 9 tahun. Saya (pembonceng belakang), mak saya (tukang bawak), dan adik saya (penghuni raga motor) sedar-sedar dah ada dalam longkang depan rumah, terbaring bertindih 3 orang. Adik saya kena jahit kat bibir. Berudu je kot yang mati malam tu.


4) Pertama kali keluar dari Semenanjung Malaysia sebab nak datang Plymouth ni. Dapat la saya merasa pergi oversea. Sebelum ni, Thailand dan Singapura pun belum pernah jejak (Sekarang pun masih belum).


5) Pertama kali kena tag dalam blog. Hahahaa. Hehe. Seronok jugak. Sekurang-kurangnye saya tak payah fikir tajuk entry kali ni. Macam syok pulak, ni yang merapu tak sudah ni.


5 org yg aku nak tag

syaz, diana mohd. kamal, mira rahman, yan saizan, fayadh ~~ hahahaha (sape yang xde blog tu, bley numpang tulis kat sini...tak kisah pun hehe)

4 komentar:

Anonymous said...

haha tirah...best ek kene tag?kalu sy kene tag laen kali...saya tag awak pulok ok..haha...

insyaAllah tag akan diselesaikan dlm masa terdekat..^-^

Athirah Dahman said...

yahaha! cepatnye dah dapat respons hehe. chaiyyo! chaiyyo!

zatiMJ said...

haha.takpe2 cilok2. eh fayadh nur ade blog ker?

minimainimira said...

wohooo pukul budak laki..
tabik2

Post a Comment