Pages

Wednesday, 21 January 2009

senyum dan ketawa

(gambar dari sini)

Saya masih ingat pesanan cikgu saya masa darjah enam, Puan Zabariah. Dia kata, cikgu dia bagitahu, kalau ketawa banyak, naik 5 kg... (faham ke? cikgu kepada cikgu saya tu punya pesanan). Patrick kata, ikut kajian, kalau sentiasa senyum untuk satu tahun, berat badan akan berkurangan sebanyak 2 kilo (2kg setahun, tak larat la nak tunggu huhu)

just in case ada orang tak nampak...point kat sini adalah, senyum dan ketawa adalah bukan perkara/perbuatan yang sama. Senyum tidak menggunakan tenaga bunyi. (@.@)


senyum itu satu sedekah.
dan yang saya pasti, mampu tersenyum adalah satu anugerah.
(gambar dari sini)
senyum dalam kegembiraan, adalah fitrah.
senyum dalam kebahagiaan, adalah gambaran perasaan yang indah.

namun, berapa ramai yang mampu tersenyum saat hati gundah?
berapa ramai yang masih tersenyum saat dirundung masalah?
ramaikah yang mempamerkan senyuman bila mendung datang bertingkah?

Saya akui. Saya bukan orang yang kuat melawan emosi. Saya akui, kebanyakan masa, saya adalah orang yang emosional; selalu membuat keputusan tanpa cuba bersikap rasional. Kadang-kadang, bilamana amarah melanda, habis orang sekeliling terkena tempiasnya. Jadi, memang pelik jadinya kalau saya cuba senyum saat saya bukan dalam keadaan gembira/bahagia. Muka saya dalam keadaan biasa pun dah garang. hehehe.

'nak jadi cikgu yang memberi inspirasi!'
tapi, cikgu yang sebegitu, tak semberono ikut emosi.
cikgu yang sebegitu, tak mudah ditumpaskan oleh faktor-faktor luaran.
cikgu yang sebegitu, bukan matlamatnya mengajar kerana nak duit kenyangkan perut untuk sebulan.

jadi, sekarang, kena latih diri untuk mengawal emosi. Senyum. Senyum. Ada masalah pun, kena senyum. Hei! Bukan ketawa la... ketawa banyak hati jadi mati. (*apa yang pasti, saya dah tak mahu tambah berat badan ikut cara selain daripada makan hehe)

2 komentar:

mfn said...

kamu mmg jenis mudah tersenyum. InsyaAllah turun 2kg every year. kehkehkeh. yg pasti jgn dipendam amarah itu. salurkan kepada rakan2, dan kaum kerabat kerna jika dipendam terlalu lama maka satu masa nnti ia akan meletup. wallahu'alam... =)

Athirah Dahman said...

cewwah...amin. err, mcm bom jangka plak ahaha.

Post a Comment