Period pain...sakit...sampai kadang-kadang tak boleh bergerak atau buat apa-apa.
Ya Allah, kecil macam tu saja ujian yang Kau bagi kat aku...betapa lemahnya aku, sampai aku cuma layak dapat ujian yang kecil macam ni aje. Bukan aku nak ujian lagi besar, bukan. Aku cuma sedih, sebab iman aku cuma layak diuji dengan period pain aje. Period pain yang sebulan sekali ni pun aku dah asyik mengaduh dan mengadu.
Tuhan, cuma Engkau yang tahu apa yang sebenarnya tersirat dalam kalbu ni. Cuma Engkau yang dapat menilai sejauh mana keikhlasan aku. Adakah aku benar-benar sabar dengan ujian sebab nak dapat redhaMu, atau sekadar menunjuk-nunjuk pada orang lain bahawa aku adalah orang yang sabar. NAuzubillah.
Tuhan, Kau kata selemah-lemah iman adalah berdoa apabila melihat kemungkaran berlaku. Tapi, aku selalu terlupa nak panjatkan doa minta pertolongan dan hidayahMu apabila aku nampak kemungkaran di depan mata. Iman aku tak layak jadi selemah-lemah iman pun. Tak berimankah aku?
Tuhan, Kau kata tidak benar-benar beriman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Aku selalu fikir pasal diri sendiri dan kadang-kadang tak ambil kisah pun tentang kawan-kawan aku. Ya Allah, Kau benci tak kat aku yang pentingkan diri ni? Aku lupa nak salurkan duit dan bantuan pada saudara seislam di Palestin, di Afghanistan sana. Aku asyik fikir aku nak pegi jalan ke mana, nak makan apa, nak beli apa. Ampunkan aku yang selalu lupa ini, Tuhan. Aku juga pentingkan diri, Tuhan. Aku tak bagitahu orang lain tentang kebenaran Islam, aku tak bagitahu orang yang tak tahu pasal mentauhidkan Mu. Aku ingat aku jadi baik seorang sudah cukup. Aku lupa, nanti di Akhirat kelak, orang-orang yang tak tahu ni akan claim pada Engkau bahawa aku tak berusaha nak fahamkan mereka pasal Islam; nanti diorang kata tak adil diorang je masuk neraka; diorang akan mintak supaya aku ditarik masuk ke dalam neraka bersama mereka.
Allah, Kau kata, orang beriman akan buat yang terbaik dalam setiap liku hidupnya. Tapi, aku selalu buat kerja sambil lewa. Aku selalu procrastinate buat kerja, aku selalu buat kerja macam melepaskan batuk di tangga. Tak cukup beriman rupanya aku.
Allah, aku kata aku cinta padaMu. Tapi, aku selalu lupa baca surat cintaMu; Al-Quran itu selalu saja sepi di atas rak buku. Ya Allah, aku kata aku cinta padaMu, tapi aku selalu tak buat macam yang Kau suruh. Aku selalu buat apa yang Kau larang. Tapi, Kau sabar je dengan kerenah aku. Aku mintak maaf, Ya Allah. Aku pakai tudung pun tak sempurna; kadang-kadang nampak rambut juga, kadang-kadang nampak klip rambut warna-warni. Ampunkan aku Ya Allah. Jangan kerana urat rambut yang nampak ni, kau biarkan malaikat ahzab renggut rambut aku ke nerakaMu Ya Allah. Aku kena air panas pun aku menjerit sakit. Padahal, api yang kau bagi kat dunia cuma sebesar biji sawi api neraka. Tak mahu, Ya Allah. Aku tak mahu masuk neraka. Aku tak sanggup jadi bahan bakar api neraka. Aku takut. Aku sangat takut. Aku tak mahu sengsara dalam neraka selama-lamanya.
Tuhan, kau kata, dosa syirik adalah dosa yang tak terampuni walau sekelumit pun besar syirik tu dalam hati. Aku tak pernah sembah benda lain selain daripadaMu. Tapi...owh!!tapi... tapi aku selalu meletakkanMu di tempat kedua selepas perkara-perkara lain di dunia. Aku selalu lewatkan solat; aku laksanakan solat lepas aku tengok drama, komik etc. Aku ingat selama ini syirik itu cuma apabila aku sembah pada benda lain selain daripadaMu. Rupa-rupanya, riak dalam beribadah juga syirik bagiMu. Rupa-rupanya, percaya clover boleh bagi 'good luck' pun satu bentuk syirik bagiMu. Rupa-rupanya, percaya doktor atau tabib atau dukun itu boleh menyembuhkan penyakit pun adalah syirik bagiMu. Aku tak tahu, Ya Allah. Aku mintak ampun.
Aku nak masuk syurga, Ya Allah. Aku tak mahu duduk walau sekejap dalam neraka tu. Aku tak sanggup. Setan pun boleh meraung dalam neraka sebab azabMu yang pedih. Aku tahu Ya Allah, syaitan itu musuh yang nyata tapi aku selalu ikut telunjuk dia. Aku bodoh, Ya Allah. Syaitan kata hidup di dunia untuk bersuka-ria. Duduk di dunia cuma untuk puaskan diri sendiri; seks, cinta, harta, makanan, bermalas-malasan...aku banyak kejar nikmat dunia sementara. Aku lupa, keuntungan sebenar yang Kau nak bagi di Akhirat kelak adalah syurga yang kekal itu.
Ya Allah, kau kuatkanlah aku. Jadikanlah aku orang yang benar-benar beriman padaMu. Aku selalu lupa, jadi Kau ingatkanlah aku. Jangan Kau lekakan aku dengan kelewatan azabMu. Aku tak boleh bayang betapa pedih azabMu nanti; tapi, aku tahu ia sangat dahsyat dan tak tercapai akal dangkalku ini. Allahumma ajirna minannar... Kasihanilah kami Ya Allah, kami tak sanggup menahan siksa api nerakaMu.
Sunday, 4 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komentar:
Subhanallah tirah...sangat2 menginsafkan...moga saya pun sentiasa beringat...
Post a Comment