vendetta dan
venetta juga bukan perkara yang sama
hooker dan
hawker sama sekali berbeza
kenapa saya tak nampak???? kenapa kadang-kadang perkara mudah macam ni pun saya boleh keliru?
Dalam perkara sebegini, saya banyak menyedari kesilapan tatabahasa setelah ditegur oleh orang-orang di sekeliling. Jarang-jarang sahaja saya berupaya dengan sendirinya menyedari bahawa saya telah keliru dengan pemilihan kata yang hampir-hampir serupa. Tak teliti heheh.
Itu sebenarnya cuma pembuka bicara entry kali ini. Apa yang saya nak sampaikan kali ni ye? oh, tentang memberi
peringatan.
Katakan seorang kawan saya
menyedari bahawa saya telah keliru dengan istilah-istilah di atas; saya guna 'hooker' untuk merujuk kepada 'hawker' (contoh ayat: Eh, that's the hooker i'm talking about. Sate dia sedap!)
err...tapi, kawan saya nih
buat tak tahu je dengan kesalahan yang telah saya lakukan... BERMAKNA, pada masa akan datang, ada kemungkinan untuk saya mengulangi kesalahan tersebut di hadapan orang lain... dan memalukan diri sendiri... lebih-lebih lagi yang nak jadi cikgu bahasa inggeris nih... "Eh cikgu nih, hooker dan hawker pun tak boleh beza ke??" sindir anak murid itu... Wuwuwuwuuwuw; mesti saya tak tahu nak letak muka saya kat mana; maruah tercalar beb. ok ok, emo plak.
But that's one of the possibilities, if the mistakes haven't been corrected by anyone. Letting your friends believe that they are right when actually they aren't is an act of 'kezaliman'. In this case, your intention to correct your friends is not to humiliate him or her in public; you simply do it as an act of love :) ...because you don't want your friends to be humiliated by others for the same mistakes she/he makes.
Seperti dalam kehidupan biasa, lumrah kehidupan seorang manusia
tidak terlepas dari membuat kesalahan. Ada yang membuat kesilapan di awal pekerjaan, ada yang di pertengahan, dan ada yang di akhir pekerjaan. Allah dah aturkan sedemikian, supaya kita s
aling memberi peringatan dan membetulkan kesalahan yang dilakukan. Sebab lumrah manusia susah nak nampak kesalahan dan kelemahan diri sendiri, kan?
Siapa yang layak untuk menegur? Siapa-siapa sahaja. Tapi, perlulah berteraskan al-quran dan sunnah. Maksud saya, kalau seorang yang tak tutup aurat menegur kawannya yang nak pakai tudung, "Em, tak cantiklah kau pakai tudung. Kau nampak lagi chubby pakai tudung. emmm, baju kau nih labuh sangat la, lagi nampak kau gemuk." AH! Kalau nasihat hasutan macam ni, seeloknya masuk-telinga-kanan-keluar-telinga-kiri sudah...tak membantu iman pun.
Tapi, kalau yang tak tutup aurat tu bagitahu, "Emm, aku rasa kalau kau pakai pakaian yang kemas sikit, eloklah. Ni apa baju tak gosok nih??" hehehhe...terima la teguran sedemikian, sebab kekemasan tu pun adalah sunnah. Tak kira la dia tu siapa, yang penting tegurannya membuatkan kita mengikut syarak dan mencontohi sunnah.
Apa jenis peringatan yang perlu kita sampaikan?Peringatan yang meningkatkan iman, yang membantu membuang sifat-sifat jahiliyyah dari dalam diri. Peringatan itu kadang-kadang ada yang perlu disampaikan secara halus, dan ada juga yang perlu dikeraskan, sesuai dengan konteks penyampaian.
Contoh: Saya susah nak bangun pagi untuk subuh (nauzubillah), dan adik saya cuba kejutkan. Dia sangat faham bahawa saya akan kejar dia kalau dia jirus air kat muka saya. Maka dia pun meggulung kertas dan menghalakan salah satu hujung kertas itu pada telinga saya. Dia menjerit, "
MARABBUKA????" ...Maka, terasa bagai berhenti sejenak jantung saya bila mendengar ayat tu (cis...eh...thanks adik ;>). Saya terus terjaga, cerah mata saya, tak mengantuk terus. Itu dikira peringatan jugak. Peringatan secara tersiratnya adalah, '
Kau ingat kalau kau mati, kau dah cukup amal ibadat? Kau ni dah dijamin masuk syurga la nih sampai tak payah sembahyang? Kau ingat kau boleh jawab soalan dalam kubur nanti kalau tak sembah Allah sekarang?'...uhhh...
***************
'Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak'... kadang-kadang Allah kurniakan nikmat kefahaman Islam pada generasi yang lebih muda. Ini adalah salah satu cabaran, sebab orang tua selalunya agak susah nak ditegur atas alasan "aku lebih dulu makan garam". Kalau seorang anak nak menegur ibu bapanya, tegur secara halus, demi menjaga maruah mereka berdua.
Teringat pula akan satu pengalaman saya dengan seorang teman. Dia berkonflik dengan keluarganya. Memanglah yang dia perlukan pada waktu tu adalah sokongan dan pembelaan terhadap dirinya. Saya pada waktu tersebut tidak yakin bahawa keluarga kawan saya itu 100% bersalah. Semestinya saya mahu dia ceria kembali dan melupakan kesedihan itu. Tapi, pada masa yang sama, saya tidak mahu kata-kata saya menambah kebenciannya terhadap ahli keluarganya. Apa saya sanggup jika di hadapan Allah nanti mereka sekeluarga meminta saya bertanggungjawab kerana memecah-belahkan keluarga mereka? OHHH~~ Lalu, saya cakap, "Sabarlah. Parents kau sayang sebenarnya kat kau. Sebab tu diorang buat macam ni. Diorang nak kau balik je kat diorang. Diorang rindu tu sebenarnya, tapi malu-malu nak cakap heheh." Saya cuba berlawak, tapi tak kena tempat.... nasihat tak diterima :(
**************
Sebenarnya, nak menerima teguran bukan perkara yang mudah, sebab ianya memerlukan perubahan pada
mind-set . Mula la otak bercelaru, sebab nak 'assimilate' dan 'adapt' dengan maklumat baru. Tapi, percanggahan sebegini lah yang kita perlukan, sebab baru kita belajar.
"A man never tells you anything until you contradict him"
George Bernard Shaw
"Maka berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat" (alQuran 87:9)"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (alQuran 103: 1-3)