that you only need to glide peacefully
and expect no bumps nor hindrance ahead
if only life demands nothing,
but offering fun and enjoyment
throughout the way
then God must have forgotten you
because He did nothing to make you remember Him;
or God must have not love you
because He did not test your love.
Kadang-kadang kita lupa pada Dia bilamana kita tengah lapang dan bersenang-lenang; almaklumlah, nama pun 'insan' iaitu pelupa. Maka, dengan kasihNya, Dia turunkan kesempitan dan kesusahan supaya kita nih kembali kepada Dia.
Ishk, mana ada Allah zalim. Dugaan yang Allah bagi tu, supaya kita manusia pelupa nih dapat ingat Dia balik. Kalau Allah sayang pada seseorang hambaNya tuh, Allah akan senantiasa bagi 'something' agar hamba tuh sentiasa berada dalam keadaan mengingatiNya.
"Kalau tak tahan, mintalah pada Dia. Mengadulah pada Dia. Menangislah depan Dia. Allah malu untuk membiarkan tangan-tangan yang menadah padaNya kembali kosong." Jadi, janganlah bersangka buruk pada Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kekasihNya.
Maka, redha lah dengan ujian dan dugaan yang Allah bagi.
Sabar dan redha, tak sama.
Sabar; sakit dugaan tuh kita rasa, tapi kita cuba bertahan dan kita sembunyikan dari mata kasar orang sekeliling.
Redha; tak rasa sakit pun bila dapat ujian tuh, malah rasa gembira atau tak ada perasaan (tak rasa pape yang negatif la maknanya). Sebabnya, bagi orang yang redha ni, dugaan yang datang adalah anugerah yang Allah bagi. Sape tak mau anugerah? Free, beb! Dapat saham pulak tuh...saham Akhirat la...hehheh
Alkisahnya, dalam dunia nih, Allah sentiasa menguji orang-orang yang mencintaiNya. Oh, cinta sejati mana yang tak diuji? Laila dan Majnun? Romeo & Juliet? Ini kisah cinta Khaliq dan 'abid. Maka, tak ada la kisah 'if only life is so smooth and demands nothing' tuh. Sebab tanpa halangan dan cobaan, tak tersenarai la kisah-kisah 'true love' sepertimana yang kita semua dah baca sebelum nih.
Ok. Jadi, wahai cik Tirah, belajarlah untuk jadi orang yang redha dengan ketentuan Allah. Belajarlah jadi orang yang suka menerima 'anugerah' Tuhannya. Belajarlah untuk melapangkan dada pabila musibah menimpa.
(P.S. pasni, mesti Allah uji balik sebab Dia nak tengok betul ke tidak kau buat macam yang kau cakap nih. Satu prinsip kau letak, Allah akan uji nak lihat sejauh mana benar prinsip yang kau cuba tegakkan nih. Ingat, cik Tirah; REDHA.)
0 komentar:
Post a Comment