hari ni saya start training kat Peninsula, hospital kat Plymouth nih. Tadi pagi bangun lambat, berlari-lari pergi tempat kerja (padan muka kau, tirah). Sampai kat kaunter, Barry the Security Guard sambut...heheh...memang rase secured pun; mati-mati ingat akan kena lecture dengan ketua unit...mujur tak...
Bermulalah tugas saya sebagai Catering Assistant; tengok-tengok je hari ni. Fuhh, pening jugak tengok cara diorang nih... 'breakfast, tea, dinner, supper'...err...bila masa patient2 ni nak berhenti makan? ishk...hahaha tu cerita sampingan...
hati saya sayu; semua pesakit dan hampir semua kakitangan orang-orang tua, orang-orang yang berumur. Sue, Ruth, Barry dan Linda; semuanya sudah nampak garis-garis usia pada wajah mereka. Usia yang pada fikiran saya, sudah boleh berehat di rumah. Tapi, mereka masih bekerja dan komited terhadap tugas masing-masing. Sepanjang saya berada di hospital hari ni, melawat setiap wad berkali-kali; saya cuma nampak wajah-wajah yang kesunyian. Kalau yang bertuah, dapatlah duduk dengan sekurang-kurangnye seorang teman sebilik. Itulah teman berbual mereka. Kalau tak kerana tugas, saya mahu sahaja duduk bersama mak cik-mak cik orang putih ni dan mendengar kisah mereka. Sayang seribu kali sayang, kefahaman saya dalam Bahasa Inggeris sangat terhad dan saya kira, semakin merosot semenjak akhir-akhir ini.
Kalau di Malaysia, (menurut pengalaman saya), orang tua yang terlantar di hospital ada sahaja anak-beranak datang melawat. Tapi, mungkin itu cuma pengamatan yang lemah dari saya. Mungkin budaya di sini, orang-orang tua tetap mahu berdikari tanpa perlu bergantung pada anak-anak. Mungkin dalam kehidupan ini, mereka tak punyai zuriat? ah, wallahua'lam.
Lecak-lecak di sepanjang jalan ke tempat kerja tadi, masih berbekas pada seluar. Penat menghayun langkah tadi masih bersisa. dan saya terkenang ibu dan bapak saya, yang saban hari mengunggah tulang empat kerat mereka untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga. Ah, hina rasanya kalau tak mampu menilai setitis keringat mereka. InsyaAllah, moga Allah ikatkan hati-hati kami dengan taliNya. dan Moga Allah tidak menggelapkan hati saya untuk meninggalkan mereka berseorangan. semoga hari tua mereka penuh dengan kasih-sayang dan jauh dari kesunyian. Amin.
0 komentar:
Post a Comment