Pages

Tuesday 17 February 2009

kepala punya cerita

Kalau seorang bukan Islam bertanya, "Kenapa you tak pakai tudung?", wajarkah muslimah yang ditanya tu menjadi berang?

Bila dilontarkan dalam situasi yang macam ni, biasanya, jawapan standard adalah, "Tak bersedia."

Chup! Tak boleh salahkan mereka seratus peratus. Biasanya, mereka yang bagi jawapan macam ni dah melihat ramai muslimah yang bertudung yang buat hijab ni macam 'chipsmore'; sekejap ada, sekejap tak ada *hilang*.

Hmmm...sendiri pikir la....sendiri pikir, kenapa anda pakai tudung? Nak nampak lawa ke? Nak boyfriend puji ke? Nak join into a group ke? Kena paksa ke? Tepuk dada, tanya iman.

*****************************

Saya mula pakai tudung masa sekolah rendah, masa kemangkatan SultanTerengganu waktu tu. Semua pengawas perempuan beragama Islam yang dah akil baligh disarankan memakai jibat (tudung) putih ke sekolah. Saya ikut. Lepas dah tak dikuatkuasakan dah pasal tudung tu, saya tanya ibu, "Ibu, boleh tak Kak Long tak pakai tudung dah gi sekolah?" Ibu saya jawab, "Dah elok pakai tudung tu, teruskanlah. Dok molek jenih la bukak balik.".... Alkisahnye, saya pakai sampai tengah hari je. Saya pakai 'cap' bilamana ada latihan ko-kurikulum waktu petang. heheh.
Nak dijadikan cerita, oleh kerana kecuaian saya yang hampeh ni, tudung sekolah selalu je tertinggal dekat toilet... i mean, bilik persalinan. Bila nak pergi amik balik, tudung dah tak ada; tak tahu apa jadi dengan tudung. Banyak kali pulak tu, sampai ibu saya cakap, "Berapa kali nak hilang tudung ni? Tudung bukan murah tahu. Kalau setiap minggu kena beli tudung, bankrap la ibu."...

Maka, demi mengelakkan saya kehilangan tudung untuk kesekian kalinya, saya pun amik keputusan drastik untuk pakai tudung tu waktu latihan pancaragam. Teringat Cikgu Mustapha yang nak naik angin sebab tak 'nampak' saya, "MANA ATHIRAH? TAK DATANG KE??"...ishk cikgu ni, padahal saya berdiri depan mata dia. Slow-slow, saya angkat tangan. Cikgu saya tu terkejut, kawan-kawan saya yang dalam barisan lain pun terkejut melihat saya pakai tudung. "Wah, dah jadi ustazah. Baik ustazah," gurau Cikgu Mustapha (dia terkejut sebenarnye, sebab saya nampak dia urut2 dada dia hehe).

*******************************
It's a blessing in disguise. Entah berapa ramai lagi yang berjaya mengekalkan pakai tudung semenjak kemangkatan Sultan Terengganu tu. Orang kata, kalau dilatih untuk buat sesuatu rutin sepanjang 30 hari, badan kita akan terbiasa dengan perbuatan tu. Kalau nak dikira, saya tak bersedia pun nak pakai tudung masa tu; tapi sebab saya seorang yang sangat nak ikut peraturan(dulu), maka, saya tak rasa terbeban pun dengan isu tudung tu. Alhamdulillah. Lagi satu, sebab masa kanak-kanak, kita tak berfikir sangat tentang persepsi orang lain dan pendirian diri. Jadi, perubahan tu jadi mudah heheh.

Apa yang saya nak cakap sebenarnya, ya? Oya, tentang isu tak bersedia pakai tudung. Kalau ada orang tanya kenapa anda tak pakai tudung, janganlah marah. Boleh jadi, diorang sedang mencari hidayah Allah. Jadi, jawablah dengan berhemah dan janganlah memburuk-burukkan muslimah yang lain.

Oya. Ada orang yang nak berubah pakai tudung, tapi tak buat dengan memberi alasan, diorang tak suka bila diorang pakai tudung, orang lain bagi perhatian pada perubahan tu...emmm... Malu ke bila buat mende elok? Semua orang bagi perhatian, sebab nak kongsi kegembiraan melihat seorang lagi hamba Allah berjaya mendahulukan Allah dalam hal kehidupannya. Tak mulia ke tu? Kalau orang kata, "Cantiknya awak pakai tudung,"...terimalah pujian tu, cakaplah, "Segala puji bagi Allah."...insyaAllah, kita cuba hindarkan rasa ujub dan riak bila orang puji heheh.

Oh yeah, yang bertudung pulak, jangan menghina orang tak bertudung. Sebab, mana tahu, Tuhan balas balik kat korang; boleh jadi korang dah tak hingin nak pakai tudung dah bila sampai kat tempat lain. nauzubillah. kita sama-sama protect each other ye, protect kawan-kawan daripada terpengaruh dengan bisikan jahat nafsu. *hug*

Wait! Ada satu isu lagi iaitu yang tak sempat nak cover kepala bilamana ada tetamu lelaki yang hadir. Kalau orang lelaki tu faham dan dia sendiri nak menahan pandangan matanya, boleh je keluar balik dari tempat tu dan bagi peluang kat budak perempuan tu pakai tudung, kan? Dan, budak perempuan tu pulak, kalau dia betul-betul nak menjaga, boleh je bergegas pakai tudung kan? Tapi, biasalah, syaitan akan mencantikkan perbuatan buruk kita dengan membisikkan, 'Takpe, takpe. Jangan malukan budak perempuan ni. Tak payah suruh dia tutup kepala." Budak perempuan tu pulak, "Rileks, rileks. Jangan panik dan jangan buat orang lelaki ni pun panik. Teruskan je cakap."...sanggup korang tukar beberapa minit 'tak mahu malu' tu dengan bahang neraka? ingatkan saya jugak.

to my friends, yang dah memilih hijab, teruskan pendirian ni. Yang bakal 'merahsiakan perhiasan' ni, saya doakan anda selamat melalui perubahan ini. *girls, group hug*... Oya!ni ada video yang menarik, tajuknye...heheh, Hijab.


2 komentar:

Anonymous said...

[al-kahf:10]
Mg Allah tuntun hati-hati ini ke arah-Nya dengan rahmat-Nya dan redha-Nya

fastabaqul khairats...

wallahua'lam

minimainimira said...

pernah sekali main2 dengan asyran cakap nak bukak tudung.
pastu dia buat tabik spring dia cakap aku hebat sebab boleh tahan panas neraka..
adoii sentappp..
mmg takmau bukak dah.pk pun taknak!

Post a Comment