Pages

Friday 6 February 2009

macam semput nafas

PLAGIARISM

macam nak terhenti jantung, bilamana Steve Ansell (lecturer kitorang yang saaaaaangat baik *doakan dia dapat hidayah Allah*) tunjukkan borang bertulis 'Plagiarism Statement'. berpinar mata, nak vomit pun ye.

Maka, sejak Selasa 3hbFebruari yang lepas, saya tak senang duduk. Gelisah memanjang. Ishk, saya ciplak kerja orang ke? Borang tu untuk saya isi ke? Kesian Steve, tak pasal-pasal saya cuba elakkan diri daripada dia. Takut beb. Bukan setakat mengelak berjumpa, email2 dia pun saya tak berani baca. Takut.

...takut berhadapan dengan realiti. Seboleh mungkin, saya cuba mengelak dari mendengar perkara-perkara yang tidak saya inginkan. Tapi, kalau dah ditakdirkan Allah sebegitu, saya mahu lari ke mana? Setiap inci bumi ni adalah hak mutlak Allah.

Maka, hari Jumaat 6hbFebruari, saya hantar assignment TEYL part 2. Sampai dekat INTED, Dania suruh saya 2 isi borang : 'Module Evaluation' dan ...'Plagiarism Statement'. Saya pandang je Dania tu (rasa macam Puss in Boots dalam cerita Shrek pulak...)

Dania tanya saya kenapa saya nampak terkejut. Saya tanya, "Do I need to fill in this form?" sambil menunjukkan borang Plagiarism Statement tu. Dania tersenyum. Dania kata, "Oh, don't worry. It's just part of the rules. Everyone has to fill in this form. All your friends have done theirs....yadayadayada".

Apa??

Rasa lega yang amat. Rasa macam dah terlepas dari satu bala yang agak besar.
Tapi, rasa bengong jugak...bengong sebab berfikir banyak sangat 2-3 hari ni. Bengong sebab buat conclusion sendiri yang tak betul pun hipotesisnya. Hahahhaa
Bagusnya adalah, perasaan takut tu mengajar saya supaya memberi kredit secukupnya dalam setiap assignment mendatang.

Moral of the story:
Jangan ciplak kerja orang dan claim sebagai idea sendiri.
Jangan buat conclusion tanpa mendapat kepastian dari sumber-sumber yang dipercayai.
Jangan tensionkan diri sendiri tentang benda yang dah lepas sampai tak jadi kerja.

2 komentar:

minimainimira said...

tirah,ko takut mcm ko plagiarise je..
relax2.

Athirah Dahman said...

mana la tahu, dalam yang aku duk buat reference tu, ada gak yg aku terlepas pandang ke...x ke naya?heheh

Post a Comment