Saya masih ingat, ada seorang manusia yang mengajarkan saya perihal bintang.
Dia suruh saya mencari 'Orion Belt' di dada langit. Ah, sudah. "Orion Belt tu apa?" Macam pernah dengar. Dia bagitahu, "Cari 3 bintang yang jelas yang sejajar kedudukannya," lalu menunjukkan ke satu arah. "Ok, jumpa!" ujar saya dengan ke'excited'an yang tak dibuat-buat.
"Ok. Dah jumpa Orion Belt, kita cari bintang Utara dan bintang Selatan. Nampak tak bintang warna biru dan kuning kat hujung tu?"....mata saya tak berkelip mencari bintang-bintang yang dimaksudkannya. "Ok, jumpa dah."
Hening sekejap. Saya tak puas hati, dan bertanya, "Kenapa dengan bintang tu?"
Dia tersenyum (lawak ke soalan saya tu?ishk). Ujarnya, "Kalau tak ada kompas, carilah bintang tu. Bintang tu akan sentiasa ada walau kat mana pun awak pergi. Yang biru tu penunjuk Utara, dan yang kuning tu-"
"Penunjuk arah Selatan?" sambung saya. Dia angguk. Saya sangat gembira malam tu sebab dapat ilmu baru. Gembira sampai habis semua orang pun saya nak bagitahu cara nak tahu arah dengan melihat bintang.
Sama macam Al-Quran dan as-sunnah. Macam bintang tu, semoga manusia jadikan dua perkara ni sebagai panduan arah hidup. Tapi, tak ramai yang tahu bagaimana, kan? Jadi, orang yang tahu kena sampaikan pada orang yang tak tahu supaya lebih ramai orang dapat tahu dan berkurangan orang yang tak tahu.
Sebagaimana bintang yang tak hilang tu, Al-Quran dan as-sunnah sepatutnya perlu dibawa ke pmana-mana sahaja yang kita pergi. Belayar menongkah arus, pegang pada dua benda ni. Dengan izin-Nya, kita tak akan mudah terpesong dari jalan yang benar. InsyaAllah.
Tuesday, 10 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment