"macam mana nak tentukan sama ada seseorang tu berubah kerana Allah atau tak?" kawan saya tanya.
PANG! macam kena tampar kat muka rasanya bila ditanya soalan tu. Saya tak sanggup dengar, sampai saya kata, "Stop dulu. Nak digest info. Dah tepu otak." Saya tak sedar bahawa saya telah meletakkan hukuman tanpa bicara antara dua pihak. Saya tak sedar bahawa saya cuma mendengar cerita dari satu pihak sahaja, dan terus membuat kesimpulan tanpa merujuk cerita dari pihak kedua. So unfair. Kawan saya terus-terusan mempersoalkan siapa kita untuk mengklasifikasikan perubahan orang lain, sebab 'niat' adalah sesuatu yang sukar dikesan mata kasar.
Betul soalan sahabat saya tu. Macam mana kita nak tahu sama ada seseorang tu berubah (ke arah kebaikan) Lillahi taala atau tak?
Bukan semua orang Allah bagi kesedaran/hidayah tanpa melalui orang lain. Kadang-kadang, Allah temukan kita dengan seseorang yang akan menjadi asbab/sebab untuk kita mulakan proses perubahan. Tapi lepas tu, bergantung pada orang tu la sama ada mahu membetulkan niatnya atau tak. Kalau niat kerana nak kagumkan manusia, penghargaan duniawi itu sahajalah yang akan diperolehi. Tapi kalau berubah ikhlas kerana Allah dan mengharapkan redha Allah, insyaAllah hatinya akan dituntun oleh Pemilik Hati; jiwanya dipenuhi cinta Illahi. Seeloknya, penghargaan dari manusia itu sudah tidak menjadi isu pokok dalam misi perubahannya.
Ini satu situasi:
A ditegur oleh B sebab asyik buat suara manja-manja dengan pak we dia
Tapi, kawan-kawan dia yang lain (si C ke, D ke, G, Z...suka hati la nak kasi huruf apa hehe) tak berapa setuju sebab A berubah dengan sangat drastik. Kawan-kawan yang lain ni risau sebenarnya. Risau bahawa A berubah disebabkan B semata-mata. Lebih baik A fikir semula sama ada wajar atau tak dia meneruskan perubahan itu. Baik.
Yang mana korang rasa A patut buat? Teruskan menjaga perasaan B, atau ikut cakap C,D, G, Z etc?
..........
Kawan-kawan yang risau adalah satu rahmat dari Allah untuk A. B sebagai pemberi peringatan juga adalah kasih sayang dari Allah dalam bentuk seorang manusia. Bagi saya, perubahan tu wajar diteruskan. Tapi, niat perlu diperbetulkan. A tak perlu nak bagitahu satu dunia, "Saya telah berubah kerana Allah Taala" sebab takut nanti kata-kata sedemikian menimbulkan perasaan riak atau perasan bagus; ikhlas adalah satu perasaan yang sangat sukar dicapai, serius cakap.
end of note.
(pS: nyaris demam sebab nak betulkan mindset)
3 komentar:
i vote for teruskan jage perasaan B, sebab lame2 insyaAllah feeling itu akan terubah dengan sendirinya. Mcm berzikir...mule2 just buat hanya di mulut (sangat sweeping statement). Pastuh lelame masuk dlm hati. Bukan ke klu buat byk2 kali lame2 jadi habit? Pastuh, the next stage would be internalization, whereas owang itu sendri akan figure out the core of mende yg die betulkan. Niat dah baek kan...insyaAllah akan di-direct ke jalan yg betul.
heheh sebenarnya, tak payah pilih untuk sokong salah satu. Dua-dua pihak kawan tu betul dan seiringan. 'C et al' nak A mulakan sesuatu perkara dengan niat yang betul (innamal 'amalu bin-niat), sebab tak mahu A penat semata-mata manusia. Dan B memberi peringatan bukan untuk keuntungan peribadi B; tapi sebab mahu A sentiasa dalam redha Allah. Jadi, rasanya, B pun akan naik risau kalau A hanya berubah demi mendapatkan redha B. (pening la guna huruf ni). (^0^)/
btul..
sebenarnya kita tak pyh nak susah2 pk untuk org..
setiap manusia dh boleh pk untk kebaikan diri masing2..dan setiap org tahu apa yg dia buatkan?..
cuma kadang2 sebagai kawan mungkin lah "c et al" dan 'b' ada juga memainkan peranan.
jadi setiap org,pergi dgr edcoustic-berubah..pastu kita pk sama2..hehehe
Post a Comment