Pages

Tuesday, 11 November 2008

kemahuan vs. terbaik

Dah macam rutin rasanya pergi ke gelanggang badminton. Penat, tapi tak jemu sebab adanya kawan-kawan yang semangatnya menyala-nyala (hahahhaha, moga-moga kita semua pun camtu dalam semua perkara ...erk..DUSH ><
Pulang dari latihan badminton semalam pun sama; tetap bising dengan cerita-cerita. Tapi, ada sesuatu yang mengusik perasaan saya semalam. Topiknya ringan, namun impaknya berat pada jiwa saya. Cerita pasal 'boyfriend'-'girlfriend'. mmmm....
Katakan saya tahu kawan saya suka pada seseorang, saya akan terus sokong dan usahakan agar kawan saya tuh dapat lelaki yang dia inginkan. Saya tumpang bahagia kalau kawan saya bahagia... Tergamam juga saya bilamana ditegur, "Habis tu, kau nak dia dengan mamat tuh? Setakat kawan kita tuh, mamat tuh buat main je."... lebih kurang begitulah ayatnya... Saya senyap; tak, saya tak marah dengan apa yang saya dengar sebab ada kebenaran terselit dalam kata-kata itu.
Saya tahu selama ini, saya tak berfikir panjang dalam membuat sesuatu perkara. Tapi baru semalam saya menyedari saya ini bukan insan yang kritis dalam membuat penilaian. Pada saya (yang akalnya sejemput cuma), seburuk mana pun lelaki yang diminati kawan saya tuh, saya harap lelaki itu tak akan menyebabkan kawan saya hidup susah e.g. susah hati, resah jiwa, pendam rasa... Harapan saya, lelaki yang kawan saya suka, tak akan main-mainkan kawan saya ini. Maka, saya tak sanggup highlight kan keburukan lelaki tersebut. Nampaknya, terlalu positif pun buruk akibatnya. Dan yang menerima kesannya tentulah si dara yang mengharap.
Kadang-kadang saya tengok orang ada couple, saya pun rasa nak ada couple. Tapi, bila saya fikir balik, tak apalah, saya belum bersedia. Belum bersedia dari sudut emosi. Emosi tak stabil, macam mana nak ada hubungan yang stabil? Saya belum boleh selesa dengan diri saya, macam mana saya nak buatkan si dia selesa dengan saya? eheh. Lagipun, saya tengok contoh di sekeliling, ramai yang terpaksa 'meredah hujan di tengah hari'. Saya tak sanggup.
Jadi, buat kawan-kawan, saya tumpang bahagia melihat korang bahagia, boleh? Tapi, sebab saya ini tak memahami dunia couple nih, maafkan saya kalau tak dapat menyelami perasaan korang. Tapi, saya doakan agar pilihan korang adalah pilihan terbaik yang telah Allah sediakan. Allah Maha Mengetahui, kan?
"Boleh jadi apa yang kamu suka bukanlah yang terbaik buatmu.
Dan boleh jadi perkara yang kamu tidak suka, adalah baik buatmu.
Allah pasti memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya."
Kita tak tahu macam mana kisah kita nanti di hari-hari mendatang; saya cuma tahu, Allah Maha Mendengar... maka, mintalah pada Dia agar diberikan kita pilihan yang terbaik...Amin.
p.s. Terbaik, bukan sesuatu yang dapat diukur melalui banyaknya wang ringgit atau tingginya kedudukan. Bukanlah terbaik itu maksudnya nombor satu. Ia pilihan yang terbaik bila mana kita dapat mengambil iktibar dan belajar mengenal Allah dan mengenal diri. Bukankah orang-orang yang beriman sentiasa mengambil pengajaran daripada sejarah? terbaik sesuatu pilihan bila mana ia mendekatkan kita pada Illahi. insyaAllah....

1 komentar:

TRAVELLER said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment