Pages

Friday, 27 February 2009

kuiz dari adik


Abqari : Kak Long, I want to ask you a question.
Kak Long: Huh? What question? (terkejut sebab adik guna Bahasa Inggeris)
Abqari : Adik nak bagi kuiz ni... dengar lah~~(rising tone)
Kak Long: Ye, ye. Kak Long dengar.
Abqari : What animal lives in the desert, has fat in its tail and can change it to water when it feels thirsty?
Kak Long: (sincerely i was thinking about cactus...but it's an animal @.@) Camel? Kangaroo?
Abqari : Kangaroo ...yes....but, there is another name after kangaroo
Kak Long: Er...er...kangaroo jack?
Abqari : Nooo
Kak Long: Kangaroo Desert?
Abqari : No
Kak Long: Err...any clue?
Abqari : Haiwan Kak Long paling geli
Kak Long: Cockroach? (*oh crap! that's an insect)
Abqari : No.... it's grey in colour
Kak Long: Elephant? (but i don't hate elephant...ufff)
Abqari : *chuckle* (seems excited coz I sounded very dumb hehe)No~~(rising tone)
....
Kak Long: emmm~~ (T.T) tak tahu~~
Abqari : Kanggaroo Rat! (^^)v

************

saya seronok pulak melayan kuiz-kuiz dari Abqari. Takpe. Biarlah saya kedengaran macam blur blur, asalkan dia boleh praktis menggunakan Bahasa Inggeris di rumah. Kanak-kanak. Mereka suka kalau mereka boleh menunjukkan mereka tahu sesuatu yang mana orang dewasa terlepas pandang. Jadi, selagi mana mereka tak rasa inferior terhadap kebolehan mereka sendiri (dalam hal ni merujuk pada penggunaan Bahasa Inggeris), kanak-kanak akan ambil risiko untuk mencabar zon selesa mereka. Take note. heheh..

(p/s: sejauh mana kebenaran fakta soalan yang Abqari guna, saya tak tahu (dia tak rujuk buku masa dia tanya soalan nih, cuma ingat apa yang cikgu dia tanya je). Saya belum jumpa lagi bahan bacaan yang menerangkan kebolehan Kangaroo Rat tukar lemak dia jadi air hahahaha~~ kalau korang tahu, bagitahu saya, ye. At least, saya boleh counter attack Abqari muahahaha)

Saturday, 21 February 2009

'Tempat yang paling jauh adalah masa lampau'

kalau boleh, saya sendiri mahu 'masa' dianjakkan kembali ke waktu saya masih belum kenal manusia lain bernama kawan. Bukan saya menyesal berjumpa mereka... saya cuma kesal sebab banyak perkara terjadi yang saya rasa saya boleh tempuhi dengan cara lebih baik...

Apa-apa pun, benarlah kata orang; Pengalaman mendewasakan saya.

Dear friends, I dedicate this video for you...


Friday, 20 February 2009

tak sukew (bak kata Kak Cik)

saya bengang dengan budak lelaki Islam yang senang-senang pegang budak perempuan yang tak ada pertalian keluarga dengan dia. Apakah kalau lelaki itu ada adik-beradik perempuan, dia akan redha kalau sisters dia dipegang/disentuh oleh lelaki yang tak ada pertalian keluarga dengan mereka langsung? Wah! Abang yang tak kisah adik dia disentuh/diraba/dipegang oleh orang lelaki yang takde pertalian, saya kira sangat tak bertanggungjawab. So, kalau korang tak suka adik perempuan/ kakak korang diperlakukan sedemikian rupa, korang pun jagalah tangan sendiri. Keep it safe from Hell, man!

Tuesday, 17 February 2009

kepala punya cerita

Kalau seorang bukan Islam bertanya, "Kenapa you tak pakai tudung?", wajarkah muslimah yang ditanya tu menjadi berang?

Bila dilontarkan dalam situasi yang macam ni, biasanya, jawapan standard adalah, "Tak bersedia."

Chup! Tak boleh salahkan mereka seratus peratus. Biasanya, mereka yang bagi jawapan macam ni dah melihat ramai muslimah yang bertudung yang buat hijab ni macam 'chipsmore'; sekejap ada, sekejap tak ada *hilang*.

Hmmm...sendiri pikir la....sendiri pikir, kenapa anda pakai tudung? Nak nampak lawa ke? Nak boyfriend puji ke? Nak join into a group ke? Kena paksa ke? Tepuk dada, tanya iman.

*****************************

Saya mula pakai tudung masa sekolah rendah, masa kemangkatan SultanTerengganu waktu tu. Semua pengawas perempuan beragama Islam yang dah akil baligh disarankan memakai jibat (tudung) putih ke sekolah. Saya ikut. Lepas dah tak dikuatkuasakan dah pasal tudung tu, saya tanya ibu, "Ibu, boleh tak Kak Long tak pakai tudung dah gi sekolah?" Ibu saya jawab, "Dah elok pakai tudung tu, teruskanlah. Dok molek jenih la bukak balik.".... Alkisahnye, saya pakai sampai tengah hari je. Saya pakai 'cap' bilamana ada latihan ko-kurikulum waktu petang. heheh.
Nak dijadikan cerita, oleh kerana kecuaian saya yang hampeh ni, tudung sekolah selalu je tertinggal dekat toilet... i mean, bilik persalinan. Bila nak pergi amik balik, tudung dah tak ada; tak tahu apa jadi dengan tudung. Banyak kali pulak tu, sampai ibu saya cakap, "Berapa kali nak hilang tudung ni? Tudung bukan murah tahu. Kalau setiap minggu kena beli tudung, bankrap la ibu."...

Maka, demi mengelakkan saya kehilangan tudung untuk kesekian kalinya, saya pun amik keputusan drastik untuk pakai tudung tu waktu latihan pancaragam. Teringat Cikgu Mustapha yang nak naik angin sebab tak 'nampak' saya, "MANA ATHIRAH? TAK DATANG KE??"...ishk cikgu ni, padahal saya berdiri depan mata dia. Slow-slow, saya angkat tangan. Cikgu saya tu terkejut, kawan-kawan saya yang dalam barisan lain pun terkejut melihat saya pakai tudung. "Wah, dah jadi ustazah. Baik ustazah," gurau Cikgu Mustapha (dia terkejut sebenarnye, sebab saya nampak dia urut2 dada dia hehe).

*******************************
It's a blessing in disguise. Entah berapa ramai lagi yang berjaya mengekalkan pakai tudung semenjak kemangkatan Sultan Terengganu tu. Orang kata, kalau dilatih untuk buat sesuatu rutin sepanjang 30 hari, badan kita akan terbiasa dengan perbuatan tu. Kalau nak dikira, saya tak bersedia pun nak pakai tudung masa tu; tapi sebab saya seorang yang sangat nak ikut peraturan(dulu), maka, saya tak rasa terbeban pun dengan isu tudung tu. Alhamdulillah. Lagi satu, sebab masa kanak-kanak, kita tak berfikir sangat tentang persepsi orang lain dan pendirian diri. Jadi, perubahan tu jadi mudah heheh.

Apa yang saya nak cakap sebenarnya, ya? Oya, tentang isu tak bersedia pakai tudung. Kalau ada orang tanya kenapa anda tak pakai tudung, janganlah marah. Boleh jadi, diorang sedang mencari hidayah Allah. Jadi, jawablah dengan berhemah dan janganlah memburuk-burukkan muslimah yang lain.

Oya. Ada orang yang nak berubah pakai tudung, tapi tak buat dengan memberi alasan, diorang tak suka bila diorang pakai tudung, orang lain bagi perhatian pada perubahan tu...emmm... Malu ke bila buat mende elok? Semua orang bagi perhatian, sebab nak kongsi kegembiraan melihat seorang lagi hamba Allah berjaya mendahulukan Allah dalam hal kehidupannya. Tak mulia ke tu? Kalau orang kata, "Cantiknya awak pakai tudung,"...terimalah pujian tu, cakaplah, "Segala puji bagi Allah."...insyaAllah, kita cuba hindarkan rasa ujub dan riak bila orang puji heheh.

Oh yeah, yang bertudung pulak, jangan menghina orang tak bertudung. Sebab, mana tahu, Tuhan balas balik kat korang; boleh jadi korang dah tak hingin nak pakai tudung dah bila sampai kat tempat lain. nauzubillah. kita sama-sama protect each other ye, protect kawan-kawan daripada terpengaruh dengan bisikan jahat nafsu. *hug*

Wait! Ada satu isu lagi iaitu yang tak sempat nak cover kepala bilamana ada tetamu lelaki yang hadir. Kalau orang lelaki tu faham dan dia sendiri nak menahan pandangan matanya, boleh je keluar balik dari tempat tu dan bagi peluang kat budak perempuan tu pakai tudung, kan? Dan, budak perempuan tu pulak, kalau dia betul-betul nak menjaga, boleh je bergegas pakai tudung kan? Tapi, biasalah, syaitan akan mencantikkan perbuatan buruk kita dengan membisikkan, 'Takpe, takpe. Jangan malukan budak perempuan ni. Tak payah suruh dia tutup kepala." Budak perempuan tu pulak, "Rileks, rileks. Jangan panik dan jangan buat orang lelaki ni pun panik. Teruskan je cakap."...sanggup korang tukar beberapa minit 'tak mahu malu' tu dengan bahang neraka? ingatkan saya jugak.

to my friends, yang dah memilih hijab, teruskan pendirian ni. Yang bakal 'merahsiakan perhiasan' ni, saya doakan anda selamat melalui perubahan ini. *girls, group hug*... Oya!ni ada video yang menarik, tajuknye...heheh, Hijab.


dunia sementara

betul tak kalau saya kata 'dunia sekarang bukan dunia yang kita impikan?'

fitrah manusia mahu merdeka, tak mahu ditindas sesiapa.
fitrah manusia mahu hidup dalam keadaan selamat, terhindar dari bala bencana.

tapi, apa manusia buat?

bila diajak ke arah kebebasan dari dunia mainan ni,
tak jemu-jemu mereka menolak dan menarik diri.

bila diajak ke arah keselamatan,
mereka tak mahu meninggalkan kota buatan.

falsafah tak sudah

semua orang tahu benda ni nak kena ubah...
semua orang tahu ni bukan jalan pilihan terbaik...
tapi, sebab apa tak ada yang nak bergerak ubahkan?
kenapa tak ada orang yang ubah arah ni, supaya semua orang dapat melalui jalan yang betul?

comfort zone...


hai katak, mahu mati kena pijak atau keluar dari kasut ni??

Tuesday, 10 February 2009

katak dalam kasut

(sorry, ni entry ke-3 untuk pagi ni)

Pernah korang merasai kelembikan si katak bilamana korang sarungkan kasut sekolah waktu awal pagi? EEEEyeww!! Banyak kali tau tak. Ishk.

****************************
Apa yang saya alami sejak kecil, di Terengganu, kalau ada orang bercakap menggunakan bahasa Inggeris, dikatakan berlagak. Aduh, macam mana nak fasih berbahasa Inggeris kalau masyarakat tak membantu? Practice makes perfect, lupa ke?

Kemudian, bilamana subjek Sains dan Matematik di-bahasa-inggeris-kan, ramai yang marah.
Sekarang nak di-bahasa-melayu-kan balik.

Aduss
Kesian adik-adik saya, adik-adik korang, yang dah belajar dalam Bahasa Inggeris. Sekejap bahasa ibunda, sekejap bahasa kedua. Pening la! Ah! Mungkin sebab mak bapak risau anak-anak tak dapat straight A. Mungkin.

Memanglah tak nampak kesan dalam masa yang singkat ni. Bagi masa. Pada masa yang sama, mak bapak pun kena belajar tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

"Tak de la nanti kalau pelancong datang, kita terpingga-pingga nak jawab. Senyum sahaja lah, labu. Kita main angguk-angguk je, ye" (quoted: Bapak 2009).

Ok, yang muslim pulak, kenapa asyik tengok Bahasa Inggeris sebagai bahasa penjajah semata-mata? Ok, ok. Rilek pak cik, cool. eheh.

Baik belajar bahasa Arab? Betul, belajar Bahasa Arab tu memang bagus, sebab Bahasa Arab tu bahasa syurga. Tapi, tak salah belajar banyak bahasa kan? Oleh kerana ramai orang faham Bahasa Inggeris, tukarlah mindset; tak nampak ke Bahasa Inggeris tu sebagai satu medium untuk berdakwah. Boleh fahamkan lebih ramai orang tentang Islam.

Ini tak. Kalau saya chat terselit bahasa inggeris, ada le yang label saya, "America awk ni." America? Kenapa pulak America?? Walhal, kita di Malaysia (sepatutnya) guna British English; kenapa tak label saya "England awk ni."???? grrrr

Rasa nak baling kasut je kat orang tu. Nasib baik tak kenal.

Saya pernah tanya adik-adik saya, kenapa diorang tak mahu cakap Bahasa Inggeris? Diorang jawab, sebab malu. Nanti kawan-kawan kata diorang nak riak.

ahhhh...mindset kena tukar~~~ bila belajar dan guna Bahasa Inggeris, bukanlah maksudnya kita melupakan jatidiri kita. Tak!

Jati diri tu satu subjek yg lain. Kalau berbahasa melayu pun, jati diri sebagai melayu muslim tetap boleh terhakis. Ramai je saya tengok bangsa Melayu, yang berbahasa Melayu sahaja, tapi, baju dia mak datuk, tak cukup kain; Lelakinye dengan tindik...ahhhh...emmm...

*************************
ni yang saya kata, katak dalam kasut; terperosok kat dalam kasut tak mahu keluar. Buat orang lain sakit hati. Tak payah luaskan horizon, duduk je dalam kasut tu. Yep, bagi katak-katak tersebut, kasut tu adalah zon selesa. Walhal, zon selesa tu sebenarnya zon menunggu dihalau keluar!

p/s: lain kali kalau alergik sangat dengan bahasa Inggeris, sila gunakan bahasa Melayu yang betul. Kalau tak nak jugak, tak payah pandai-pandai labelkan orang lain, ok?

mencari arah

Saya masih ingat, ada seorang manusia yang mengajarkan saya perihal bintang.

Dia suruh saya mencari 'Orion Belt' di dada langit. Ah, sudah. "Orion Belt tu apa?" Macam pernah dengar. Dia bagitahu, "Cari 3 bintang yang jelas yang sejajar kedudukannya," lalu menunjukkan ke satu arah. "Ok, jumpa!" ujar saya dengan ke'excited'an yang tak dibuat-buat.


"Ok. Dah jumpa Orion Belt, kita cari bintang Utara dan bintang Selatan. Nampak tak bintang warna biru dan kuning kat hujung tu?"....mata saya tak berkelip mencari bintang-bintang yang dimaksudkannya. "Ok, jumpa dah."

Hening sekejap. Saya tak puas hati, dan bertanya, "Kenapa dengan bintang tu?"

Dia tersenyum (lawak ke soalan saya tu?ishk). Ujarnya, "Kalau tak ada kompas, carilah bintang tu. Bintang tu akan sentiasa ada walau kat mana pun awak pergi. Yang biru tu penunjuk Utara, dan yang kuning tu-"

"Penunjuk arah Selatan?" sambung saya. Dia angguk. Saya sangat gembira malam tu sebab dapat ilmu baru. Gembira sampai habis semua orang pun saya nak bagitahu cara nak tahu arah dengan melihat bintang.

Sama macam Al-Quran dan as-sunnah. Macam bintang tu, semoga manusia jadikan dua perkara ni sebagai panduan arah hidup. Tapi, tak ramai yang tahu bagaimana, kan? Jadi, orang yang tahu kena sampaikan pada orang yang tak tahu supaya lebih ramai orang dapat tahu dan berkurangan orang yang tak tahu.

(gambar dari sini)

Sebagaimana bintang yang tak hilang tu, Al-Quran dan as-sunnah sepatutnya perlu dibawa ke pmana-mana sahaja yang kita pergi. Belayar menongkah arus, pegang pada dua benda ni. Dengan izin-Nya, kita tak akan mudah terpesong dari jalan yang benar. InsyaAllah.

my sisters and my brothers...kak long rindu~~!!

Kak Cik dan saya


Kak Wa dan saya


Abqari aka Adik



Afiq dan saya

Orang tua kata, 'air dicincang tak akan putus'...
Orang tua jugak kata, 'carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua'

Hakikatnya, kami adik-beradik sedarah.

Hakikatnya lagi, Allah kata umat Islam adalah bersaudara. Maka, saya sepatutnya ada ramai lagi sisters dan brothers.

Hakikatnya lagi, awak dan saya adalah dari satu keturunan...keturunan manusia bernama Adam dan pasangannya Hawa.

Hakikatnya, semua manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa. Kalau kulit awak putih, awak juga manusia sepertimana orang yang kulitnya gelap. Yang membezakan kita, cuma taqwa.

(hakikatnya sekarang, Kak Long rindu nak tengok korang berempat *wink*)

Saturday, 7 February 2009

menahan keinginan

Ada kawan saya bagitahu, bila kita letakkan satu prinsip dalam diri, Allah akan uji balik. Contohnya, "saya tak mahu couple"... Ditakdirkan Allah,ada seorang lelaki yang memang kita impikan, datang bagitahu yang dia suka kite. Cair tak??
Contoh lagi, "tak mahu dah buat pertunjukan macam ni"... Ditakdirkan Allah, datang tawaran yang kita tunggu-tunggu selama ni. Datang begolek-golek, datang tak diminta pun. Datang dalam jumlah yang banyak.


Allah uji sikit, dah rebah. Uji kepercayaan sikit, dah goyah.

(gambar dari sini)
Maka, hari ini saya rujuk balik pada entry ni, tarian dan aku. Reflek balik apa yang saya tulis. Masihkah saya kuat untuk terus dengan pegangan ni? Doakan saya, brothers and sisters.

"Dan adapun org-org yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahahan diri dari keinginan hawa nafsunya; maka sungguh, syurgalah tempat tinggalnya" [an-naziat:40-41]

amin.

Friday, 6 February 2009

macam semput nafas

PLAGIARISM

macam nak terhenti jantung, bilamana Steve Ansell (lecturer kitorang yang saaaaaangat baik *doakan dia dapat hidayah Allah*) tunjukkan borang bertulis 'Plagiarism Statement'. berpinar mata, nak vomit pun ye.

Maka, sejak Selasa 3hbFebruari yang lepas, saya tak senang duduk. Gelisah memanjang. Ishk, saya ciplak kerja orang ke? Borang tu untuk saya isi ke? Kesian Steve, tak pasal-pasal saya cuba elakkan diri daripada dia. Takut beb. Bukan setakat mengelak berjumpa, email2 dia pun saya tak berani baca. Takut.

...takut berhadapan dengan realiti. Seboleh mungkin, saya cuba mengelak dari mendengar perkara-perkara yang tidak saya inginkan. Tapi, kalau dah ditakdirkan Allah sebegitu, saya mahu lari ke mana? Setiap inci bumi ni adalah hak mutlak Allah.

Maka, hari Jumaat 6hbFebruari, saya hantar assignment TEYL part 2. Sampai dekat INTED, Dania suruh saya 2 isi borang : 'Module Evaluation' dan ...'Plagiarism Statement'. Saya pandang je Dania tu (rasa macam Puss in Boots dalam cerita Shrek pulak...)

Dania tanya saya kenapa saya nampak terkejut. Saya tanya, "Do I need to fill in this form?" sambil menunjukkan borang Plagiarism Statement tu. Dania tersenyum. Dania kata, "Oh, don't worry. It's just part of the rules. Everyone has to fill in this form. All your friends have done theirs....yadayadayada".

Apa??

Rasa lega yang amat. Rasa macam dah terlepas dari satu bala yang agak besar.
Tapi, rasa bengong jugak...bengong sebab berfikir banyak sangat 2-3 hari ni. Bengong sebab buat conclusion sendiri yang tak betul pun hipotesisnya. Hahahhaa
Bagusnya adalah, perasaan takut tu mengajar saya supaya memberi kredit secukupnya dalam setiap assignment mendatang.

Moral of the story:
Jangan ciplak kerja orang dan claim sebagai idea sendiri.
Jangan buat conclusion tanpa mendapat kepastian dari sumber-sumber yang dipercayai.
Jangan tensionkan diri sendiri tentang benda yang dah lepas sampai tak jadi kerja.

Wednesday, 4 February 2009

Reciting the Qur'an

(gambar dari sini)

dengan jujur, saya katakan saya belum lancar membaca al-Quran. Kadang-kadang, tersasul bacaan, tersilap tajwid. Apa yang paling haru, ada tanda bacaan yang saya tak faham; Belasah saja la labu, fikir saya (AMARAN: JANGAN TIRU AKSI INI).

And when I heard my friends reciting the Quran, I would always feel fascinated with their ability in reciting Allah's kalam beautifully. I wanna be like them. I wanna be someone who could read the words of Allah in a beautiful manner. The Prophet SAW said: 'Beautify the Qur'an with your voices, for a beautiful voice increases the beauty of the Qur'an'. (Darimi)

It's like your love letter which you would always try to find a soothing tone whenever you read it. I want to feel His warm love through His letter, don't you want it too?

Sometimes, I struggled to finish a page of the Quran. Yes, it's one of my many weaknesses. True, during that 'sometimes', I felt demotivated to continue with the recitation. What worse was I didn't believe I can improve.

Well, Allah knows me best. He knows I need motivation. So, when I was in Manchester last week, I came across a book entitled 'In the Prophet's Garden: A selection of ahadith for the young'. I just browsed through it, and (with Allah's will) stopped at page 16.

I was stunned.

It stated,
The Prophet SAW said: 'Whoever recites the Qur'an with skill will be in the company of the noble and righteous emissaries (of God on the Last day); and whoever recites the Qur'an with difficulty, making great effort, will have a double reward'. (Ahmad, Darimi)

Subhanallah. Somehow, when I read that hadith, I was very happy, as if I heard Him telling me that He's looking not at the result, but the effort I actually made.

Oh yeah! For the sake of encouraging you to recite the Qur'an, I'm happy to share this hadith with you:
The Prophet SAW said: 'Someone who is in the habit of reciting the Qur'an will be told (on the Day of Judgement), 'Keep on reciting, and rising higher (in Paradise)! Recite as beautifully as you used to during your lifetime, for your station will be where the last verse of your recitation ends'. (Abu Dawud, Tirmidhi)

Aim for a higher place. Aim for a place nearer to Allah. InsyaAllah.

Tuesday, 3 February 2009

10p

What can you buy with 10p? or 10 cents?

Sweets? Maybe.

True. Tengah duit banyak, nilai 10p tu berapa la sangat. Dalam kocek, dalam dompet ada berpuluh-puluh pounds lagi. Setakat 10p, ahh, tak heran pun.

But 10p for me, is the value of pride and honesty.

Let say, a man went to a fast-food restaurant and aiming to buy the cheapest food they offered. And the cheapest was a 90-pence fried chicken. But, when he gave the cashier a 1-pound coin, the cashier did not return any change,and claimed that the price was actually 1 pound. Angry? Frustrated? or you would feel it's ok? Whatever the man's feeling was, he went out from that restaurant with his one piece fried chicken.

The cashier then talked to his manager, asking about the actual price. And the manager said, "It's 90 pence."

but then, the manager instantly added, "ah, never mind. It's only 10 pence."

***********************************

I was there, witnessing everything. I saw the customer's face, and how calm he was. I saw him eating just outside the place. I was shouting to the cashier (in my heart, okay), "You still can catch him now! Go give him the change!".... no one made a move. There was a small kid with his parents in that place. I pity that boy, coz he saw an adult modelled a bad behaviour to him.

I don't have the guts to tell the cashier. One, I did not want to make a scene. Two, I was trying to save the restaurant owner's face. He was very kind, but that mistake might cost him his business.

***********************************

Ditakdirkan Allah, saya menyaksikan kejadian tu. Mungkin itu caranya Allah nak bagi peringatan pada saya. Jujurlah dalam mencari rezeki. Jujurlah, supaya tak ada yang haram dalam rezeki yang kita dapat.

Ah. Teringat pula pada ibu dan bapak. Saban hari, ibu akan pulang kerja dengan badan yang penat. Bapak seorang pemandu pelancong, jadi cuma dapat pulang mungkin sebulan sekali. Tapi, kerja bapak memaksanya bekerja dari awal pagi hingga lewat malam (kena pastikan pelancong-pelancong tu selesai semua urusan rasmi).

Saya pernah ke pejabat di mana ibu bekerja. Saya lihat cuma beberapa orang yang bekerja. Yang lain duduk bersembang; asap rokok berkepul-kepul; ada yang jual barang. Saya kasihan pada ibu. Ibu mengidap asma, tapi dia terpaksa duduk dengan fail-fail berhabuk. Terpaksa berkompromi dengan orang yang hisap rokok. Ibu kata, "Tak apa. Ibu cari rezeki halal. Ibu dibayar untuk bekerja dengan fail-fail ni, bukan untuk duduk bergosip setiap hari." Saya diam.

Bapak pesan, "I don't mind working days and nights. As long as you study hard and be a good person." Kemudian, bapak sambung membaca akhbar. Cermin matanya dah bertambah tebal. Urusan kerjanya melibatkan orang-orang luar negara; dari pelbagai lapisan masyarakat, dari pelbagai bidang kerja. Sebab itu bapak menghabiskan masa luangnya membaca akhbar dan menonton berita.

**********************************

Nilai 10 pence, 10sen... nilailah sendiri.

(teringat waktu kecil tak cukup 10sen untuk cukupkan duit tabung menjadi RM50)
gambar dari sini