kadang-kadang, saya rasa saya cakap terlampau banyak sampai orang lain muak mendengar.
Ishk...tak tahulah persepsi orang lain macam mana. (><)
1.Ada orang memang peramah...ada aje bende dia nak cerita...
2. Ada orang menggunakan sesi perbualan tuh untuk meluahkan perasaan dan sekadar ingin berkongsi kisah-kisah hidup seharian.
3. Ada orang terpaksa bercakap supaya situasi tak menjadi awkward.
4. Ada orang paksa diri bercakap sebab dia takut dia tak ada kawan (mencari sense of belonging).
5. Ada orang ...kalau bercakap tak mahu berhenti dan sentiasa mahu menjadi subjek tumpuan orang ramai...konon dia lah paling pandai dalam topik tuh haish...dan paling tak tahan kalau tak bagi can langsung untuk orang lain mencelah (hish, nak kena sekeh baru faham nih). Owh! Kalau macam nih bukan perbualan la maknanya...ini lecture versi tak formal yahaha!
Tapi yang saya tahu, kalau saya pendengar, saya sendiri jadi bosan kalau cuma satu pihak bercerita.
I mean, saya boleh menjadi pendengar yang baik, tapi attention span yang pendek menyukarkan saya muahhahahha...
Kelakarnye, dalam sesi lecture, tindakan luar kawal sering cuba menyatakan tanda-tanda apabila kita kebosanan. Tak berniat pun kadang-kadang, tapi terzahir juga melalui perbuatan:
1. Menguap...kadang-kadang otak tak cukup oksigen nih, and dah hilang fokus dengan apa yang kawan saya tengah duk cakap.
2. Pandang kiri kanan...mencari subjek baru supaya minda boleh kembali fokus.
3. Mata jadi besar dan lubang hidung kembang...ini tandanya tengah menguap jurus tutup mulut.
4. Mata tengok lurus ke arah orang yang tengah bercakap (untuk tempoh yang lama). Ini pandangan dia dah tembus ke belakang dinding da...
5. Jawapan-jawapan pendek seperti: "Ok", "Hm", "Ok Ok" etc dan diselangi dengan suasana senyap yang pelik...
Somehow, I know I can be boring (ye ye , saya tahu beza 'bored' dan 'boring'). It's because sometimes I kept on talking for hours and failed to notice the listeners' body language of being bored. Sometimes, I just can't stop though I noticed the signs which left the listeners' cursing silently hehehe.
Saya tahu ramai kawan-kawan saya tak sanggup/sampai hati nak mengakhiri perbualan yag boring. Ishk, menjaga hati betul la diorang nih. Sampai kadang-kadang, dah lenguh kaki berdiri pun tak sanggup nak cakap 'stop' kat orang di hujung talian. Kadang-kadang dah panas cuping telinga, tapi masih cuba bertahan mendengar cerita-cerita bohsan orang tu. Saya boelh naik lelah kalau saya cuba bertahan macam nih. ishk.
....
hahaha. Nasib baik saya cuma perlu taip dan korang sendiri ada hak memilih untuk membaca entry-entry dalam blog ni. Walaupun bosan, tapi korang still ada pilihan nak terusakan membacanya atau tidak. Berlainan dengan bercakap dan mendengar. Ada ketika menjadi pendengar tidak memberikan kita kebebasan untuk bertindak mengikut suka hati kita heheh. Terima kasih sebab sudi meluangkan masa 'membaca' ...peace.
3 komentar:
u go girl..
muahahahahahahahaha
merindui keramahan n lesung pipit tirah...seriously!!!^-^
huhu...terharu dengan sekongan ramai (ala-ala dapat award atas pentas hehe)
Post a Comment