"syurga mereka di dunia"
itu jawapan blogger hamka bilamana ada orang tanya bila orang kafir nak jadi miskin.
Jadi, orang Islam kena yakin; tak apa susah di dunia; sebab kita bukan kejar syurga sementara ni. Kita nak kejar syurga yang kekal tu. Yeah!
Abu bakar r.a., Umar r.a., dan Uthman r. a. contohnya, bukannya berasal dari keluarga yang miskin. Mereka peniaga yang berjaya. Tapi, semua harta mereka dilaburkan untuk jalan dakwah dan demi menegakkan Islam. Sebab mereka yakin bahawa pelaburan mereka yang ikhlas itu, Allah S.W.T. bayar berkali-ganda di akhirat kelak. Sahabat-sahabat juga yakin, kesenangan dan kemewahan di dunia ini tidak kekal dan tak mampu menjamin tiket ke syurga nanti. Malah, mungkin ada hartanya yang akan menjadi fitnah kepada pemiliknya. Faham ke? Huhu
Tapi, Rasulullah s.a.w. tak suruh kita hidup merempat, sebab Rasulullah pernah melarang sahabatnya tidak meninggalkan apa-apa untuk keluarganya. Rasulullah s.a.w. tak suruh kita hidup meminta-minta, sebab itu menyebabkan kita bergantung harap pada manusia. Rasulullah s.a.w. suruh kita rajin berusaha, dan bergantung harap pada Yang Maha Esa sebab urusan rezeki itu dalam pengetahuan Allah semata-mata. Siapa yang Allah nak bagi rezeki lebih, itu Allah punya bicara.
Oya! Rasulullah tak juga suruh kita lupakan dunia, tapi, janganlah sampai dihanyutkan oleh arus dunia. Ingat tu. Perihal orang fakir yang ada pulak, ada sebabnya. Allah tak jadikan sesuatu tanpa sebab. Fakir miskin ni, Allah jadikan mereka sebagai tiket untuk orang kaya masuk syurga. Faham ke? Sebab, macam yang saya cakap kat atas tadi, harta tu kadang-kadang menjadi fitnah ke atas orang yang memilikinya. Jadi, keluarkanlah zakat, supaya dapat membersihkan harta yang kita peroleh itu. Zakat tu pulak akan disalurkan (insyaAllah) kepada orang yang kurang bernasib baik. Orang yang kurang bernasib baik ni pulak, mendoakan kesejahteraan orang-orang yang menyalurkan duit tu...sekian. Lebih kurang macam tu la jalan ceritanya. Jadi, kalau dapat rezeki lebih, janganlah buat dunno je kat orang yang kurang bernasib baik; mungkin dalam rezeki yang kita peroleh itu ada bahagian-bahagian mereka. Wallahua'lam.
Sunday, 28 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment